Kami gembira apabila korang berminat dengan perbincangan tentang industri insurans. Pelbagai respons kami terima apabila kandungan berkaitan insurans kami terbitkan. Ada yang langsung tak suka, ada yang masih tertanya-tanya, dan ada yang kata insurans ni adalah hal yang penting dan perlu dimiliki oleh semua orang. Salah satu stigma yang paling besar yang ada dalam kalangan pembaca ORANGKATA adalah – ejen insurans ni sibuk nak jual insurans je, untuk keuntungan, bukan nak bantu orang pun!
Seperti yang kami pernah bincangkan dahulu, keadaan ini berlaku akibat adanya ejen-ejen insurans yang tidak terlatih. Mereka hanya fokus nak jual insurans tanpa memberi penerangan yang betul dan bagi bantuan ketika pembeli insurans tu dalam keadaan yang memerlukan. Mujurlah ada syarikat insurans yang dah mulakan program untuk melatih ejen insurans diorang.
Progam ini akan memberikan latihan kepada para ejen, dan diorang sasarkan untuk menambah 3,000 lagi ejen baru
Masih ada sesetengah orang yang fikir kerjaya sebagai ejen insurans ni hanyalah kerja separuh masa atau untuk isi masa lapang je. Melalui Allianz Life Changer (ALC), mereka yang terlibat akan diberi penerangan tentang kerjaya sebagai ejen insurans adalah kerjaya yang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan, di samping membantu orang lain.
Salah satu objektif ALC ni adalah memastikan ejen insurans yang belum lagi jadi sebahagian dari keluarga ALC faham kerjaya sebagai ejen insurans ni bukanlah semata-mata sebab nak jual insurans je. Macam yang kami kata awal-awal tadilah, ramai takut dengan ejen insurans sebab diorang kelihatan macam nak kejar jualan je. Program ALC ni nak tegaskan kerjaya sebagai ejen insurans bukan setakat mampu beri pulangan lumayan, tapi dapat membantu orang ramai juga.
Macam mana diorang nak lakukan benda-benda ni? Melalui program ALC, diorang bekalkan latihan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran ejen-ejen di bawah program ini. Apabila seseorang tu dah ada kemahiran dan pengetahuan yang luas, dah tentu ia akan meningkatkan produktiviti.
Apabila produktiviti meningkat, maka pendapatan pun akan meningkat sekali. Salah satu hal yang nak dicapai dari program ALC ni adalah memberikan ejen-ejen diorang keseimbangan di antara kehidupan dan kerjaya.
Diorang sasarkan orang-orang yang ada keinginan untuk ubah kehidupan. Lagi satu, pada zaman sekarang, kebanyakan orang lebih minat untuk lakukan kerja-kerja dengan waktu kerja yang fleksibel. Kami takdelah kata kerja pada waktu pejabat tu tak bagus, tapi lebih ramai yang memilih untuk atur sendiri waktu kerja diorang. Sebabnya, diorang nak pastikan ada lebih banyak masa yang diperuntukkan untuk keluarga atau hobi. Mereka sasarkan untuk menambah 2,000 ejen lagi di bawah ALC ni.
Memandangkan kes COVID-19 semakin meningkat, ejen-ejen ALC boleh kerja sepenuhnya dari rumah
Pandemik COVID-19 sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses menjual insurans, kerana perjumpaan secara fizikal tak digalakkan. Untuk menangani isu ini, ejen-ejen insurans yang mengikuti program ALC akan diberikan latihan digital. Allianz Life Insurance akan berikan ejen-ejen di bawah ALC ni peralatan dan perisian digital untuk memudahkan diorang melakukan penjualan seperti biasa.
Kewujudan peralatan dan perisian digital yang telah diperkasakan sejak beberapa tahun lepas oleh Allianz Malaysia telah banyak membantu ejen-ejen untuk menghadapi cabaran COVID-19. Pada hari ini, kebanyakan ejen diorang boleh bekerja dari rumah untuk beri penerangan tentang polisi dan menjual insurans. Peralatan digital ni akan membolehkan pembeli insurans melihat polisi insurans – sama ada insurans am atau hayat.
Cuma, pasukan ALC tegaskan jugak – jumlah ejen yang ramai tak semestinya akan bawa kepada jualan yang tinggi. Macam yang kami kata tadi – industri insurans ni bukan sekadar untuk kejar jualan je, tapi ia juga berfungsi untuk membantu melindungi orang ramai. Kesedaran masyarakat tu penting untuk memastikan stigma yang tak betul tentang industri insurans berjaya dihapuskan dalam kalangan masyarakat. Sebab itu kami selalu cerita pasal insurans, kami nak betulkan salah faham yang berlaku.
Bagi korang yang tengah fikir tentang kerjaya, menjadi ejen ALC ni perlu korang pertimbangkan
Melalui program ALC ni, kesedaran tentang kepentingan peranan insurans akan diberi penekanan. Untuk ORANGKATA pulak, kami akan sentiasa akan memberikan korang informasi-informasi yang tepat tentang dunia insurans.
Persoalan yang kami nak ajukan kepada korang: Adakah korang berminat untuk bekerja dengan kerjaya yang stabil dan pada yang sama, membantu orang lain mendapatkan perlindungan? Korang berminat tak nak jadi ejen insurans yang professional, dan diberikan latihan mendalam tentang dunia insurans? Dalam erti kata lain, korang minat tak nak sertai program Allianz Life Changer ni?