Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Isu SemasaIsu Tular

Setelah permohonan darurat ditolak, ada peguam yang saman keputusan itu

By Subeditor
October 31, 2020 4 Min Read
Comments Off on Setelah permohonan darurat ditolak, ada peguam yang saman keputusan itu

Minggu lepas, Sultan Abdullah berpendapat takde keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia. YDPA menzahirkan keyakinan semangat perpaduan dan semangat juang yang tinggi seperti yang pernah dipamerkan bersama, akan mampu ditunjukkan untuk memerangi gelombang ketiga penularan COVID-19.

728 X 90

Kami pun ada pandangan yang lebih kurang sama, ketika krisis COVID-19 sedang menyebabkan ramai rakyat yang sengsara, kami berpandangan proses demokratik tak boleh dibunuh dengan memperkenalkan darurat. Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini wajar dilakukan secara proses semak imbang di Parlimen.

Keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu memalkukan kerajaan Perikatan Nasional

Beberapa anggota parlimen pembangkang turut menyokong titah YDPA untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat. Tindakan itu turut mendapat pujian dari segelintir ahli parti kerajaan pimpinan Muhyiddin sendiri. Anggota Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dari PKR berkata Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat perdana menteri.

Dalam isu darurat ini, YDPA dengan berani menolak nasihat perdana menteri supaya darurat diisytiharkan kerana baginda faham jika diteliti dengan mendalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan kuasa budi bicara terletak pada tangannya.

Selepas berunding dengan raja-raja Melayu, didapati syarat suatu darurat besar itu tidak wujud. Dengan kata lain baginda tak berpuas hati. Dalam tradisi dan amalan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, penolakan YDPA adalah satu tamparan kepada perdana menteri dan kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Nice Serang
Kunjungan untuk memohon darurat. Via Berita Harian

Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin turut menyokong keputusan Agong yang dibuat selepas berunding dengan Raja-raja Melayu.

“Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu telah melakukan perkara yang sangat bijaksana dengan tidak mengistyiharkan perintah darurat seperti yang dicadangkan oleh kerajaan. Keputusan Agong telah mengambil kira kepentingan rakyat yang sebenar-benarnya,” – Khaled Nordin, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Kerajaan sebelum ini cuba cadangkan darurat bagi mengekang penularan COVID-19 namun pengkritik melihat ia sebagai usaha Muhyiddin untuk pertahankan kuasanya selepas ada spekulasi mengatakan anggota parlimen Umno yang mungkin tak lagi menyebelahinya.

Sementara itu, Khaled turut berkata, keputusan Yang di-Pertuan Agong membuktikan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh digunakan mengikut kehendak hati.

Presiden Amanah Mohamad Sabu, yang juga merupakan anggota parlimen Kota Raja turut memuji keputusan Agong.

“Parti Amanah meyakini bahawa keputusan ini telah dibuat dengan penuh hemah dan kebijaksanaan dengan mengambilkira kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya dan kelangsungan kemakmuran negara,” – Mat Sabu, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Mat Sabu turut berkata partinya bersedia untuk menyokong segala usaha memerangi Covid-19 dan berjanji akan memberi kerjasama penuh.

Nampaknya ada peguam yang ambil keputusan untuk saman Agong kerana tak laksana darurat

Ketika orang ramai macam dah move on dengan isu darurat ni, seorang peguam failkan tindakan undang-undang berhubung keputusan YDPA sebab tak terima cadangan pengisytiharan darurat. Plaintif Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tetuan Kengadharan & Co, memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Kerajaan Malaysia disenaraikan sebagai defendan tunggal dalam tindakan undang-undang tu.

Syed mintak mahkamah untuk menentukan sama ada Agong ada budi bicara sepenuhnya untuk tak mengisytiharkan darurat walaupun PM dah nasihatkan sebaliknya. Plaintif mintak mahkamah menentukan perkara ini berdasarkan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan. Artikel 40 antara lain secara umum bahaskan tentang perlunya YDPA bertindak sesuai dengan nasihat kabinet atau menteri yang bertindak di bawah kekuasaan umum Kabinet.

Artikel 150 pula antara lain bahaskan tentang kuasa Agong untuk mengeluarkan pengisytiharan darurat di mana terdapat situasi di mana keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam.

Whatsapp Image 2019 03 25 At 1.21.10 Pm
Via Editor Malaysia

Menurut salinan afidavit, Syed Iskandar dengan hormatnya dakwa bahawa keengganan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri mengakibatkan Raja menjalankan fungsinya dengan cara yang tak sesuai dengan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Syed Iskandar jelaskan tujuan tindakan undang-undang itu adalah untuk mahkamah menentukan bahawa sesiapa yang menjadi perdana menteri tidak akan menghadapi masalah ketika berhadapan dengan mereka yang seharusnya menjadi penjaga Perlembagaan Persekutuan, seperti dalam situasi ketika rang undang-undang diserahkan untuk perkenan diraja.

Kita perlukan perbincangan yang menyeluruh dari semua pihak, bukan darurat

Dengan keadaan COVID-19 yang semakin teruk di negara kita, mengumumkan darurat tidak akan membantu proses pemulihan itu. Ada peraturan yang simple dalam dunia ni, seseorang tu tak boleh ada kuasa yang terlalu banyak, tak kisah lah siapa pun orang itu – dia akan lemas akibat kuasa. Apa yang penting dalam proses pemulihan negara ini adalah perbincangan merentasi parti politik dalam menyediakan bajet yang inklusif dan dapat membantu rakyat. Semua ini dapat dilakukan tanpa perlu menggunakan darurat.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Teringin nak ada kerjaya yang stabil dan membantu orang? Korang boleh sertai program ini

F1
Next

Ucapan PM semalam seperti masih inginkan darurat, ada yang kata ia tak munasabah

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme