Ucapan PM semalam seperti masih inginkan darurat, ada yang kata ia tak munasabah

F1
Ucapan PM semalam seperti masih inginkan darurat, ada yang kata ia tak munasabah

Semalam Muhyiddin Yassin menyatakan kebimbangannya Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri Sarawak akan burukkan lagi situasi Covid-19 di Malaysia. Katanya, Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri Sarawak telah tetapkan pilihan raya mesti diadakan sekiranya kerusi kosong atau jika DUN dibubarkan.

728 X 90

Disebabkan benda ni, dia sekali lagi menyeru pelaksanaan darurat. Katanya jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, pilihan raya ini boleh ditangguh. Cuma, seperti yang kami pernah kata – cadangan darurat sebelum ini digambarkan sebagai usaha kerajaan untuk mengekalkan kedudukan diorang. Dengan adanya darurat undi tak percaya tak dapat dilakukan di Parlimen – lebih-lebih lagi dalam keadaan UMNO sudah ingin putus cinta dengan BERSATU.

Menurut seorang pengulas politik, sepatutnya Muhyiddin tak mainkan isu darurat ni lagi

Menurut seorang penulis isu politik, Shahbudin Husin, daripada apa yang disebut Muhyiddin Yassin dalam perutusan semalam, nampaknya dia masih tak puas hati kerana cadangan darurat yang diusulkan kerajaan tak dapat dilaksanakan. Dalam erti kata lain, Muhyiddin kecewa dengan keputusan Yang Dipertuan Agong yang menolak cadangan darurat yang dicadangkannya.

Semuanya faham bahawa Muhyiddin begitu mahukan darurat diisytihatkan dan nampak kecewa apabila cadangannya ditolak Agong. Sepatutnya, tak wajar sama sekali untuk Muhyiddin kaitkan darurat dengan PRK Batu Sapi, PRN Sarawak dan hubungannya dengan kesukaran kerajaan kawal wabak Covid-19.

Sebabnya, BN dan PBS dah umumkan tak akan bertanding dalam PRK Batu Sapi, antara sebabnya tentulah kerana keprihatinan kedua-.dua parti tu terhadap ancaman Covid-19. Dengan dua parti utama tu tak bertanding, logiknya tentulah Warisan yang menang kerusi tu. Apabila menang percuma, maknanya takde PRK, tiada kempen, tiada pengundian dan tiada tidak perlu orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak.

Shahbudin Husin Penulis Buku Writer Fmt
Shahbudin Husin. Via FMT

Apakah benda ni bermaksud Perikatan Nasinal nak letakkan calon menentang Warisan dalam PRK Batu Sapi? Demi keprihatinan kepada Covid-19, tak bolehkah PN berkorban seperti BN dan PBS untuk sama-sama tidak meletakkan calon di Batu Sapi? Kalau semua parti tak letakkan calon dan Warisan beroleh kemenangan percuma tanpa pilihan raya, di mana perlunya lagi untuk mengaitkan darurat dan krisis Covid-19 dengan PRK Batu Sapi?

Ramai rakyat nyatakan harapan mereka terhadap Belanjawan 2021, kami berikan lima cadangan popular

Sementara itu, Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan tak lama lagi harus fokus pada isu periuk nasi rakyat. Mana-mana perbelanjaan pembangunan yang tak kritikal sepatutnya ditangguhkan, walaupun kita maklum kebanyakan perbelanjaan akan pergi ke perbelanjaan mengurus (OE). Perbelanjaan kali ni umpama belanjawan hidup dan mati rakyat. Ramai yang sering salah lihat situasi hari ini dengan beranggapan Covid-19 je yang akan bunuh rakyat. Kita harus ingat, selain virus ini – kelaparan juga boleh membunuh.

Shahbudin Husin Penulis Buku Writer Fmt
Keadaan Covid-19 di Malaysia. Via FMT

Pertama tentang isu pengangguran yang semakin meruncing. Walaupun ada menteri yang kata pengangguran terkawal, dengan mata kepala kita dapat melihat ramai kehilangan pekerjaan.
Akibatnya, industri ekonomi gig dibanjiri orang – menyebabkan persaingan sengit berlaku – mengakibatkan pendapatan merosot. Lebih malang, bukan semua yang dapat bekerja dalam ekonomi gig.

Skim Insurans Pekerja (SIP) PERKESO mungkin boleh bantu untuk beberapa bulan, tapi cabarannya adalah untuk menempatkan mereka semula di industri. Kemudian, kita juga berhadapan dengan isu mereka yang tidak mempunyai SIP, mereka terus terputus pendapatan. Ramai yang mintak diperkenalkan segera elaun menganggur bulanan untuk mereka yang kehilangan kerja. Sekiranya tidak dalam bentuk duit, perkenalkan dalam bentuk baucer makanan asas. Sekali lagi, kelaparan juga boleh membunuh.

Kedua tentang perniagaan, terutamanya Industri Kecil Sederhana (IKS). Walaupun di bawah PENJANA mereka telah mendapat subsidi upah, namun mereka memerlukan lebih banyak bantuan. Misalnya, bantuan membayar sewa premis yang tidak beroperasi akibat kesan Covid-19. Sekiranya perniagaan tak dibantu untuk terus hidup, maka ia juga akan menyebabkan kehilangan pekerjaan bertambah.

Ketiga, tentang bantuan sosial. Bantuan sosial seperti BPN seharusnya bersifat setempat. Kawasan seperti Sabah yang terjejas teruk ekonominya harus diberikan bantuan yang lebih banyak.
Untuk kawasan seperti Sabah, tidak keterlaluan untuk memberikan BPN secara bulanan sehingga negeri itu mencatatkan kurang dari 200 baharu kes sehari.

Whatsapp Image 2019 03 25 At 1.21.10 Pm
Via BenarNews

Keempat, moratorium secara terus harus disambung sekurang-kurangnya Jun 2021. Impak Covid-19 akan berlarutan sehinggalah vaksin yang benar-benar selamat ditemukan.  Kelima, kerajaan harus memperkenalkan lebih banyak ‘food bank’ di tempat-tempat yang kritikal atau ada sejarah rakyat terputus bekalan makanan. Food bank ini perlu dijaga oleh pemimpin lokal secara bergilir-gilir, untuk memastikan tidak ada birokrasi yang tidak perlu.

Negara tidak memerlukan darurat, tapi proses demokrasi untuk mengatasi COVID-19

Sekali lagi kami katakan, takde keperluan sebenarnya nak perkenalkan darurat ni. Proses demokratik yang ada di Malaysia sebenarnya lebih daripada cukup untuk merangka perancangan untuk mengatasi Covid-19. Kita sudah hampir setahun hidup dengan keadaan normal baharu, sama ada kita suka atau tidak – ada hal-hal penting seperti pilihan raya yang perlu dilakukan dalam keadaan normal baharu. Masalahnya langkah-langkah normal baharu ini tidak berlaku pada PRN Sabah yang lepas.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top