Skandal Projek kapal peronda LCS yang tak siap, ini 5 fakta penting tentangnya

pac lcs tldm11

Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan khabar bahawa kita sebenarnya ada masalah berkaitan dengan perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua yang dikatakan tak pandai siap-siap. Lebih dikenali sebagai Littoral Combatant Ship (LCS), projek ni di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dengan nilai kontrak berjumlah RM9.128 secara rundingan terus. Isu ni sebenarnya takdelah baharu sangat, sebab ia dah pernah dibentangkan pada 2020 di Parlimen dan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Isu utamanya ni antara kontrak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan syarikat kontraktornya, Boustead Naval Shipyard. Kontrak diorang ni bermula pada 3 Oktober 2013 hingga 2 Oktober 2023, namun malangnya sehingga kini… tiada satupun kapal tu siap. Bayangkan, 9 tahun berlalu tanpa ada hasil. Laporan PAC berjumlah 247 halaman ni kami ringkaskan untuk korang faham tentang apa sebenarnya yang dah berlaku.

lcs bernama
Via The Malaysian Reserve

1. Tiada satupun kapal yang siap ikut kontrak sejak 2019, kenapa kementerian tak tuntut denda lewat?

Mulanya, kita nak tambah lagi kekuatan dan keupayaan tentera untuk melaksanakan operasi dengan perolehan 6 buah kapal LCS. Nilai kontrak yang dah diluluskan berjumlah RM9.128 bilion, dan sepatutnya, kapal pertama iaitu LCS 1 tu dah lama siap pada 2019. Walau bagaimanapun, pada Oktober 2020; status siap cuma 63.77% je. Bahagian Audit Kewangan kata kalau berlaku isu kelewatan projek melebihi 12 bulan, Kementerian Pertahanan berhak tamatkan kontrak atau teruskan kontrak dengan mengenakan denda lewat. Itupun ada had nilai jugak untuk denda lewat iaitu sehingga RM180 juta je.

infografik perolehan
Via Laporan PAC Projek LCS

Audit mendapati, kapal LCS1 lewat selama 435 hari dari tarikh ia sepatutnya diserahkan. Jadi Boustead Naval Shipyard (dipendekkan selepas ni sebagai BNS) perlu membayar RM217.50 juta.

Kadar ni dikira setakat 10 Jun 2020. Oleh sebab ada had atau capping dalam denda tersebut, diorang cuma dikenakan RM180 juta je. Masalahnya, sehingga 30 Jun 2020… MINDEF tak tuntut pun. Diorang cuma keluarkan notis peringatan pada 14 Jun 2019. Persoalan pertama yang bermain di fikiran kita, kenapa tak tuntut?

Isu kedua berkaitan bayaran ni, MINDEF terbayar lebih sebanyak 21.1%. Ini suatu yang mencurigakan jugak, sebab bayaran berjumlah RM990 juta diberikan tak selari dengan pembayaran kemajuan ikut aktiviti atau kadar siap.

Pihak audit berpendapat bahawa kemajuan kerja sebenar mesti berdasarkan kemajuan pembinaan fizikal, sistem senjata dan persediaan kapal untuk belayar. Persoalan kedua yang bermain di fikiran kita, kenapa bayar lebih dan tak selari ikut kemajuan kerja?

jadualpembinaan lcs
Via Laporan PAC

2. Awalnya projek LCS ni perlukan 12 buah kapal, rupanya isu ni berpanjangan kerana terlalu ikut nasihat kontraktor

Untuk pengetahuan korang, LCS ni merupakan perolehan terbesar MINDEF. Kerajaan pun dah bayar sebanyak RM5.94 bilion untuk projek ni, walaupun takde satupun buah kapal yang siap. Setakat 28 Oktober 2020, jumlah pembayaran ialah RM6.08 bilion. Dalam Projek LCS, sepatutnya ada 12 buah kapal. Tapi dalam kontrak ni pulak, hanya 6 buah kapal je yang kita letak dulu untuk BNS.

Isu utama projek ni sebenarnya adalah kelewatan pembekalan keenam-enamnya. Salah satu punca utama adalah kegagalan kementerian dan syarikat untuk muktamadkan cadangan variasi (variation proposal) yang dikemukakan.

lcs design
Via Defense Security Asia

Selain tu, isu lain turut menyumbang kepada masalah ni iaitu berkaitan kedudukan kewangan syarikat BNS dan konsep projek lebih ikut pada cadangan kontraktor dan bukannya berdasarkan kepada keperluan sebenar kita sebagai klien diorang.

Banyak perubahan yang berlaku sepanjang rundingan kontrak tu, seperti sistem pelancaran misil, platform bersepadu, sistem pengurusan senjata tu sendiri. Bagi pihak TLDM, diorang nak je bincang. Isunya timbul kerana syarikat yang asyik tunda. Tambah lagi, autoriti rekabentuk (design authority) tu dari Perancis.

bns kedudukan
Via Laporan PAC

Bila nak tetapkan rekabentuk, semua kena tunggu Perancis. Kat Perancis, di situlah ibu pejabat utama BNS. Kementerian dah sedia, Perancis tu pun dah sedia. Tapi pihak syarikat BNS kat sini pulak yang belum bayar dan sibuk buat bermacam tuntutan. Kedudukan kewangan syarikat tu terjejas untuk panjangkan masa waranti bahagian-bahagian kapal yang dibeli dan tengah dalam stok.

Berkenaan reka bentuk tu pulak, kita nak SIGMA. BNS pulak kemukakan reka bentuk ditukar kepada GOWIND iaitu dari Perancis. Persetujuan nak tukar merupakan arahan dari Zahid Hamidi pada 2011. TLDM memang tak setuju tukar reka bentuk, namun kerana ia arahan atasan… diorang terima je lah. Kementerian Kewangan pun dah luluskan reka bentuk GOWIND tu.

lcs malaysiakini
Via Malaysiakini

3. Jawatankuasa tentera dah hantar surat teguran & surat tak puas hati kerana perkara luar biasa dah berlaku

Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz bin Jaafar, mantan Panglima Tentera Laut merupakan antara wakil bertanggungjawab dalam aspek perbincangan dan perolehan kapal LCS. Selaku Panglima Tentera Laut sejak 1 April 2008 hingga 17 November 2015, perkara ni sebenarnya dah dibangkitkan dalam perbincangan dalaman TLDM. Suatu jawatankuasa yang dipanggil Lembaga Pengurusan Keupayaan atau Capability Management Board (CMB) TLDM turut bincangkan hal ni. Katanya, dia dah kemukakan sekurang-kurangnya 10 surat teguran, surat tak puas hati, surat untuk maklumkan pendirian TLDM kepada KSU, 5 pucuk surat kepada Menteri, 1 kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), 1 kepada Ketua Setiausaha Negara dan 2 kepada Perdana Menteri masa tu.

dr abdulaziz
Dr. Abdul Aziz jadi Panglima Tentera Laut dulu.. -Via The Star

Semuanya berkenaan dengan isu projek perolehan LCS. Ada suatu yang luar biasa berlaku dalam proses tersebut, sebab BNS seolah diberi kuasa sepenuhnya untuk buat projek tersebut sedangkan kerajaan ni pengguna. Sepatutnya, pengguna yang ada hak utama yang tentukan apa yang kita nak dan perlu. Persoalan ketiga muncul; kenapa BNS pulak yang diberi terlalu banyak kuasa untuk menentukan projek tersebut termasuklah penilaian dan pengesahan spesifikasi kapal. BNS kata, diorang dah pilih peralatan untuk tujuan penjimatan. Bila kita kira balik, tak tepat pun kiraan diorang.

Saya sebagai Panglima Tentera Laut dapat perhatikan. I
do not put it on record. Barangkali ada some mengatakan
bahawa– Saya berasakan bahawa dalam suatu keadaan,
Boustead ini sudah angkuh, angkuh. It means very
arrogant dan juga mereka seolah-olahnya being very well
protected…

– Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz bin Jaafar, mantan Panglima Tentera Laut, seperti yang dipetik dalam Laporan PAC

drabdulaziz twitter
Via Twitter

4. Zahid Hamidi pertahankan pilihannya untuk serahkan semua pada BNS, katanya tu syor para arkitek LCS

Apabila ditanya kenapa dia izinkan BNS untuk tentukan reka bentuk LCS, dia kata dia ikut syor dan cadangan daripada kontraktor pembinaan kapal LCS sendiri iaitu BNS dan French Naval Group yang beri khidmat nasihat kepada BNS. Tu bukan pilihan dan keputusan Menteri Pertahanan masa tu, ditambah lagi Menteri masa tu (dia lah…) bahawa dia, KSU dan TKSU takde latar belakang pembinaan dalam teknologi kapal laut. Jadi semuanya bergantung pada bidang kuasa kontraktor tersebut. Menteri takde kena mengena khususnya nak pilih SIGMA ataupun GOWIND.

Membidas segala kenyataan saksi lain yang tegas kata ini semua salah Menteri yang terlalu percaya pada BNS, Zahid Hamidi kata pihak Menteri ikut je apa yang pengguna akhir (end user) iaitu pihak TLDM perlukan. Memetik kenyataannya:

“Saya tidak tahu detil
perubahan itu sebab kita membuat keputusan di peringkat
kementerian berdasarkan kepada keperluan end user.
Oleh sebab, kita bukan orang teknikal. Apatah lagi, kita
bukan ada latar belakang naval architecture dalam
perkara ini. Jadi, sebagai Menteri yang bertanggungjawab
kita membuat keputusan berdasarkan pilihan yang terbaik
oleh end user.

Tentunya, clash of personalities saya tidak perlu
bincangkan di dalam PAC ini. Clash of personalities di
dalam TLDM itu sendiri. Saya tidak perlu perbincangkan
kerana tidak profesional kalau saya bincangkan di sini.
Akan tetapi, meletakkan bahawa Yang Berhormat Menteri
menghantar surat pada 11 Julai pada tahun itu kerana
menukar reka bentuk daripada the Dutch design pada 26
Mei adalah sesuatu yang harus diletakkan
tanggungjawabnya pada end user. It was not us. Because
we do not know anything about the details of the
architectural design…”

– Zahid Hamidi, seperti yang dipetik dalam Laporan PAC

5. TLDM tunjuk bukti pandangan sendiri tak dikira, adakah BNS punya konspirasi?

Zahid Hamidi taknak bertanggungjawab, TLDM pulak disalahkan sekali lagi. Nasib baik TLDM tunjuk bukti berkaitan rekomendasi yang diorang nak dan rekomendasi yang diluluskan oleh pihak Menteri untuk BNS.

bukti tldm
Jadual perbezaan saranan TLDM dan BNS.. -Via Laporan PAC, halaman 32

Pada masa yang sama, BNS dah alami isu kedudukan kewangan yang lemah. Diorang rugi pada 2015, 2016 dan 2018, dengan kerugian terkumpul sehingga RM462 juta. Hutang projek LCS ni adalah RM733 juta, dan hutang-hutang lain mencecah lebih daripada RM60 juta. Sehingga kini 23 Original Equipment Manufacturer (OEM) dahpun berhentikan kerja. BNS sendiri ada hutang pinjaman hampir RM1 bilion. Secara kasar, diorang sendiri takde duit untuk jalankan operasi dan lebih bergantung kepada wang dan bayaran kerajaan je.

Lebih teruk, diorang bayar peralatan sebelum kapal tu siap dibina. Misalnya, television. Kononnya untuk kapal… namun kapal tu belum mula dibina lagi. Tambah lagi, bila projek tu ditunda dan berlarutan tak siap-siap, kos akan naik. Semua lewat – dari proses muktamadkan perolehan peralatan kapal, reka bentuk terperinci dan BNS yang lambat bayar pada OEM sehingga operasi dihentikan. Di sini, isu kelewatan reka bentuk tu sangat besar kesannya dan meranapkan projek LCS ni.

Wakil BNS, Kapten (B) Ir. Azhar bin Jumaat yang merupakan Pengarah Program LCS kata masalah berlaku kerana isu pendekatan reka dan bina (design and build). TLDM ada keperluan operasi khusus yang perlu lebih banyak customization. Proses nak bagi custom pun ambil masa sebab tak ikut reka bentuk sedia ada. Pembuatan kapal ni turut dilakukan sekali gus untuk optimumkan keperluan sumber, sumber manusia dan fasiliti.

BNS turut beli barangan OEM menerusi syarikat subkontraktor dari Jerman, jadi ini menyebabkan pembelian barangan dengan harga berkali ganda. Pelantikan OEM ni secara terus menyusahkan pihak BNS dan kita sendiri. Akhirnya sebab takde pembayaran, 164 OEM dan subkontraktor terlibat ni takde yang beroperasi. Akhirnya, projek tu jadi terlalu perlahan.

Kalau korang nak baca laporan yang lebih terperinci, korang boleh lanjut terus ke pautan ini. Ia akan bawa korang ke PDF laporan tersebut dan nilaikan sendiri apa sebenarnya masalah yang timbul hingga merencatkan projek LCS.

Leave a Reply

Your email address will not be published.