Sultan Johor perkenan bubar DUN, ini sebab kenapa perlu adakan PRN di Johor

sprjohor1

Baru-baru ni je, kita dah melihat beberapa PRN diadakan iaitu Melaka dan Sarawak. Kali ni pulak, kita akan melihat kenapa kali ni, Johor pun ikut jejak langkah kedua-dua negeri ni. Sememangnya kalau nak diikutkan sentimen dan mood rakyat ketika ni, memang dah tak perlu sebenarnya pilihan raya negeri.

Cuma dari perspektif dua orang pakar sains politik negara, PRN Johor memang perlu diadakan meskipun secara luarannya, diorang takde isu majoriti atau percakaran bertikam lidah yang besar. Kami kongsikan beberapa sebab yang mengharuskan PRN Johor ni adakan…

mbjohor
Via Astro Awani

Menteri Besar Johor kata tak selesa dengan kedudukan majoriti, minta PRK tapi dapat PRN pulak

‘Orang minta PRK, bukan PRN’… begitulah reaksi warganet yang dapat kami perhatikan menjelang desas-desus berlakunya pembubaran kerajaan negeri Johor. Spekulasi PRN ni memang dah berminggu lalu dibicarakan, namun spekulasi hanyalah spekulasi tanpa ada khabar rasmi yang dapat mengesahkan bahawa PRN Johor akan diadakan.

Kenapa PRN dan bukan pula PRK? Haa.. ini dijelaskan oleh Mujibu Abd Muis dan Dr. Ariff Aizuddin Azlan. Johor tak dapat buat PRK Kempas susulan kematian penyandangnya kerana ia tak dapat dilakukan selaras Fasal 23 (5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Ditetapkan dalamnya bahawa tiada PRK akan diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas tiga tahun PRU.

johorbubar
Via Harian Metro

Baik… persoalan kenapa takde PRK dah tuntas. Namun begitu, kenapa perlu PRN? Ni semua bermula dari keputusan MB Johor sendiri, Datuk Hasni Mohammad. Dia kata dia tak selesa dengan kedudukan majoriti semasa yang meletakkan hanya 1 kerusi lebih berbanding 27 kerusi PH di Johor.

“Keputusan melaksanakan PRN ini dibuat kerana saya merasakan kerajaan johor ketika ini hanya bergerak atas ihsan pembangkang. Contohnya ketika sidang DUN lalu, ADUN pembangkang bertegas meminta untuk mereka dilibatkan dalam Jawatankuasa Tindakan Bencana Daerah walaupun perkara itu di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri.

Kerana mereka (PH) bertegas maka undian dibuat menyaksikan kedudukan seri 27 menyokong dan 27 membangkang, akhirnya Speaker DUN daripada PH menyokong kerajaan, itu yang saya cakap atas ihsan,”- Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad, seperti yang dilaporkan Kosmo

kosmombjohor
Via Kosmo

Oleh demikian, walaupun kerajaan masih lagi ada kelebihan majoriti sehingga dikatakan isu DUN tergantung, tapi dari segi perspektif politik, ia nampak perlu. Ancaman tetap ada dari perspektif pakatan rapuh, sekaligus mirip di Melaka apabila wujud potensi lompat parti dan kebarangkalian menukar sokongan.

Meskipun UMNO dilhat kuat di Johor dan menjadi pilihan utama pengundi Melayu, dinamik tiga penjuru UMNO, PN dan PH yang merebut undi Melayu mampu mengugat kekuatan kerusi majoriti Melayu.

PRN Johor nak disegerakan sebelum PRU15 dianggap gerakan awal BN, kelemahan PH turut disenaraikan sebagai faktor

PRN Johor disifatkan sebagai gerakan awal BN untuk bersihkan saingan politik dan perbaharui mandat dengan cara bukan PRU. Lebih kurang macam pecah-dan-perintah jugaklah… tak perlu tunggu PRU untuk dapatkan pegangan politik ke atas sesebuah kawasan atau negeri; PRN dah cukup buat masa ni.

BN-UMNO diketahui taknak kongsi kuasa dengan PN di peringkat negeri. Namun jika di peringkat kerajaan persekutuan, kerjasama tetap utuh walaupun bertentang penjuru antara satu sama lain dalam PRN Melaka. BERSATU dan PAS pun ikut sokong kerajaan juga, jadi ia masih boleh diteruskan walaupun satu lagi PRN diadakan.

Kemampuan BN-UMNO menang solo di Melaka jadi suntikan motivasi untuk cuba nasib kat Johor. Sekiranya kejayaan tersebut mampu direplika semula, ia tentunya akan bentuk kerajaan majoriti kuasa dan stabil seperti di Melaka. Dinamik politik UMNO jelas diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan tokoh dalaman.

Kelemahan PH sebagai pakatan jugak disebutkan sebagai salah satu faktor yang memungkinkan keperluan untuk laksanakan PRN Johor. Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, ketika ditanya mengenai PRN, jelas tak mau ia diadakan dan mengaku walaupun sedia bertempur, PRN hanya akan untungkan kerajaan.

pejuangprnjohor
Pejuang pun berminat nak bertanding.. -Via Kosmo

Lebih menarik lagi, keseimbangan pengundi dari segi geografi boleh kena pada cara politik PH. Namun defisit kepercayaan pengundi terhadap PH masih tetap sama dan belum tampak dipulihkan lagi.

PH jugak dikatakan belum datang denga tawaran kuat dan meyakinkan, malah terkial-kual membetulkan naratif balas lawan terhadap ketidakupayaan diorang ketika jadi kerajaan selama 22 bulan. Oleh tu, corak semasa benar-benar menguntungkan PN untuk mengembalikan semula sokongan dan mandat buat diorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *