Zahid Hamidi diarahkan bela diri atas 47 pertuduhan, ini antara pertuduhan yang dikenakan ke atasnya

zahidhamidi1

Belum tamat lagi kes Azam Baki, negara sekali lagi heboh mengenai kes perbicaraan Ahmad Zahid Hamidi yang kini berhadapan dengan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana berpuluh juta ringgit daripada Yayasan Akal Budi. Sebelum ni, ramai tertanya apa sebenarnya Yayasan Akal Budi ni, sehinggakan bila orang cari alamat fizikalnya… tapak bangunan pun takde!

Selepas dibawa dan diteliti di mahkamah, hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah putuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie terhadap bekas menteri dalam negeri ke atas 12 pertuduhan CBT, 8 pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

mahkamah zahid
Via The Sun Daily

Zahid pilih beri keterangan bersumpah dari kandang saksi, gagal peroleh imuniti pendakwaan untuk dirinya

Sepertimana yang dah kami katakan tadi, Zahid dah diarahkan untuk membela diri kerana pihak pendakwaan berjaya buktikan wujudnya kes prima facie dimana tertuduh perlu menjawab. 99 saksi dah beri keterangan dalam perbicaraan awal yang dimulakan sejak 18 November 2019.

Menerusi peguam belanya Hamidi Mohd Noh, Zahid pilih untuk berikan keterangan bersumpah daripada kandang saksi bagi peringkat pembelaan perbicaraan. Ni susulan mahkamah beri tiga pilihan untuk Zahid bertindak balas terhadap perintah bela diri:

  • Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi
  • Untuk beri kenyataan tak bersumpah daripada kandang tertuduh
  • Untuk berdiam diri
perbicaraan zahid hamidi
Via Bernama

Selain tu, hakim jugak menolak hujah pembelaan sebelum ni yang menyatakan Zahid berhak dapat imuniti daripada pendakwaan atas pendedahan kepada pihak berkuasa mengenai maklumat mengenai yayasan kendalian keluarganya, Yayasan Akalbudi. Kata hakim Sequerah:

“Berkenaan dengan hujah imuniti, selepas mempertimbangkan hujahan daripada kedua-dua pihak, saya mendapati tiada merit dalam pertikaian bahawa tertuduh berhak mendapat imuniti ke atas pertuduhan berkaitan,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Menjelang akhir prosiding pada 24 Januari, peguam bela Hisyam Teh Poh Teik turut memaklumkan bahawa Zahid akan jadi saksi pembelaan pertama yang akan ambil alih kandang saksi. Peringkat pembelaan perbicaraan rasuah Zahid ditetapkan dari 26 hingga 28 April; 23 hingga 26 Mei; 27 hingga 30 Jun; 4 hingga 7 Julai; 22 dan 23 Ogos serta 29 dan 30; 19 hingga 22 Sept serta 26 hingga 29; 17 hingga 20 Okt serta 31; dan 1 hingga 3 Nov serta 7 hingga 10 Nov.

Zahid berhadapan tiga jenis pertuduhan melibatkan wang, antaranya semasa jadi menteri

Kami difahamkan bahawa Zahid Hamidi berhadapan dengan tiga jenis pertuduhan melibatkan wang dana Yayasan Akal Budi (YAB) dan semasa dia jadi Menteri Dalam Negeri.

kdn ahmad zahid
Zaman jadi Menteri dalam KDN pada 2018.. -Via Sarawakvoice

Mengikut maklumat dari Soscili.my, Zahid Hamidi kata Yayasan Akal Budi ni dikendalikan oleh keluarganya untuk hal-hal berkaitan amal jariah termasuklah pembangunan masjid, maahad, tahfiz, pusat hafazan Quran, rumah anak yatim dan surau-surau. Selain tu, dia kata yayasan ni jugak terlibat dengan penjagaan kebajikan asnaf dan golongan fakir miskin. Namun ikut carian Soscili.my, Yayasan Akal Budi tak wujud pun.

  • Bagi pertuduhan criminal breach of trust (CBT) atau pecah amanah: Zahid didakwa guna dana Yayasan Akal Budi untuk 6 pembayaran untuk kad kredit peribadinya, polisi insurans, lesen kenderaan peribadinya, kiriman wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.
  • Bagi 8 pertuduhan rasuah,: Zahid dikatakan terima rasuah daripada 3 firma – Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Bhd dan Profound Radiance Sdn Bhd – sebagai dorongan untuknya sebagai menteri dalam negeri untuk bantu syarikat-syarikat ini dapatkan projek MyEG, bekalkan cip pasport. Syarikat-syarikat ni jugak dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran di Pakistan dan Nepal
  • Bagi 27 pertuduhan pengubahan wang haram: Zahid didakwa terlibat dalam transaksi langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 dan 2018.
googlemaps 1024x440
Carian pejabat Yayasan Akal Budi dari Google Map.. – Via Soscili.my

Berlainan dari kes ni, Zahid jugak tengah dalam perbicaraan rasuah berasingan di hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam membabitkan 40 pertuduhan yang dikaitkan dengan sistem visa luar negara (VLN). Dalam kes ni pulak;

  • 33 pertuduhan terima suapan berjumlah SGD13.56 juta semasa dia jadi Menteri dalam Negeri KDN untuk lanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai pengendali perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem VLN.
  • Bagi 7 pertuduhan lagi, Ahmad Zahid memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$!,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.
zahidkronologirasuah
Via Sinar Harian

Mengikut senarai ni, nampak sangatlah pertuduhan Zahid ni banyak dilakukan semasa dia jadi Menteri dalam Negeri di KDN. Dari satu sisi, ada baiknya Zahid Hamidi tak lagi dipilih menerajui mana-mana portfolio kerajaan sama seperti Najib Razak dalam kerajaan sekarang. Walau bagaimanapun, kini terpulanglah kepada kebijaksanaan sistem kehakiman kita untuk mengadili Zahid Hamidi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *