Elon Musk bakal disaman sebab tak jadi beli Twitter, ini punca Elon berubah hati

elonmusk twitter

Dalam dunia teknologi zaman kini, perkembangan sesebuah platform media sosial seringkali jadi topik bualan hangat. Generasi sekarang dah mahir guna media sosial untuk bermacam-macam perkara, bahkan saban hari ada je usahawan teknologi cuba untuk munculkan platform-platform baharu yang boleh menyaingi tiga nama besar ini seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Terdahulu, heboh satu dunia maya apabila Elon Musk kata dia nak beli Twitter. Ramai ingat dia main-main je… rupanya, dia nampak serius nak beli dan dikatakan, para pemegang saham Twitter tu pun setuju dengan harga yang Elon tawarkan.

Sedang ramai menunggu rundingan tersebut selesai, tiba-tiba Elon Musk umumkan pulak bahawa dia tak jadi beli Twitter. Ini suatu yang pelik, sebab dulu dia bersungguh-sungguh nak beli Twitter di samping mengangkat misinya untuk ‘membasmi’ lambakan maklumat palsu yang tular di Twitter. Apa yang buat Elon Musk bertukar fikiran, dan apa akan jadi kelak pada Twitter kalau Elon Musk tak jadi beli?

elonmusk twitter1
Via WSJ

Elon Musk kata Twitter dah lama tipu dan langgar perjanjian, rupanya gaduh pasal bot

Rundingan Elon Musk dan Twitter nampak takde masalah sebelum ni. Tiba-tiba pulak, media laporkan bahawa Elon Musk tak jadi beli. Elon Musk ni disenaraikan sebagai sorang usahawan teknologi yang amat kaya dan terkenal di alam maya. Bayangkan, dia ni pengasas SpaceX dan menjadi wajah utama dalam lipatan sejarah perkembangan kereta berteknologi hijau Tesla yang semakin popular. Tentulah, perusahaannya selepas ini benar-benar menarik perhatian orang ramai dan salah satunya adalah pembelian Twitter.

Namun demikian pada Mei lalu, Elon kata rundingan tu ditunda seketika sebab dia tengah tunggu data angka akaun palsu dan spam yang ada kat Twitter. Sebelum ni, dia ada minta data tersebut dengan Twitter. Twitter mula-mula kata setuju nak beri bagi membuktikan dakwaan awal Twitter yang laporkan sendiri bahawa akaun palsu atau akaun bot dan spam tu hanyalah kurang dari 5% dari jumlah pengguna yang ada. Elon pulak menganggarkan 20% atau lebih tu akaun palsu, bot atau spam.

spambot
Via ResearchGate

Twitter memang ada masalah terlalu banyak akaun palsu, bot dan akaun spam. Atas sebahagian dari rundingan Elon-Twitter dulu, diorang sendiri umumkan diorang dah padam sejuta akaun spam.

Setelah menunggu lama, peguam Elon Musk terus hantar surat makluman kepada US Securities dan Exchange Commission bahawa Twitter taknak bekerjasama berikan maklumat yang dipersetujui tu.

“Kadangkala Twitter mengendahkan permintaan Encik Musk, kadangkala mereka tolak atas sebab yang tidak berasas, dan kadangkala mereka dakwa telah bekerjasama berikan maklumat kepada Encik Musk sedangkan ia tak lengkap atau tidak boleh digunakan” – kenyataan dari surat yang dihantar oleh peguam Elon Musk, seperti yang dilaporkan BBC

elon bot
Elon pernah kata nak buang semua bot yang ada di Twitter jika berjaya beli syarikat tersebut.. -Via Telesign

Oleh sebab tu, Elon Musk umumkan dia nak tarik diri dari rundingan nak beli Twitter. Twitter tak puas hati sebab dah separuh jalan setuju nak beli… boleh pulak tarik diri. Lagipun, Elon boleh dikenakan bayaran 1 bilion USD sebagai kos nak batalkan perjanjian beli tu serta disaman oleh Twitter kerana langgar perjanjian. Diorang nak bawa benda ni ke mahkamah di Delaware.

Twitter tegaskan diorang ada hak nak saman, tuduh Elon Musk hipokrit

Sekarang ni diorang dah mula tuding-menuding sesama sendiri. Twitter dah buka fail untuk saman Elon Musk sebab langgar perjanjian untuk beli syarikat tersebut dengan nilai $44 bilion. Diorang pulak dakwa, Elon yang langgar perjanjian sebab diorang kata, diorang dah hantar maklumat yang Elon Musk minta. Tetapi lama-kelamaan, permintaan Elon dilihat tak munasabah.

musk twitter bots in court tweet 7 11 22 613x1024
Via The Detroit Bureau

Salah satu klausa dalam perjanjian diorang ni adalah Elon nakkan data yang diberikan tu tepat sejak Januari tahun ni. Tapi Twitter pun dah kata dengan Elon, angka yang dilaporkan tu sekadar jangkaan je. CEO Twitter, Parag Agrawal sendiri dah tulis bebenang yang mendedahkan bagaimana syarikat tersebut mengesan dan melawan akaun bot ni. Bahkan Twitter jugak dakwa, salah satu sebab kenapa Elon Musk nak beli pun sebab wujudnya bot dalam Twitter ni.

Menjawab semula tuduhan Elon, Twitter sendiri beroperasi macam biasa. Elon siap kata lagi, Twitter memperlahankan pengambilan pekerja dan tak maklumkan awal mengenai tindakan membuang dua eksekutif Twitter, yang mana dia kata tu melanggar perjanjian. Twitter pulak sebaliknya menjelaskan, diorang dah maklumkan pun kat para peguam Elon Musk dan peguam tu kata takde masalah dengan tindakan buang dua eksekutif tersebut.

Twitter pun kata jugak, Elon pun nampaknya dah berhenti berusaha untuk lengkapkan pembiayaan semula hutangnya bagi membeli Twitter – tu pun melanggar perjanjian jugak. Dia sendiri menghilangkan diri apabila salah sorang eksekutif Twitter, termasuklah ketua pegawai kewangannya Ned Segal cuba nak bincang tentang akaun spam yang dilihat menggusarkan Elon. Elon Musk jugak dikatakan membuang eksekutif yang bantu Elon dalam rundingan tersebut seperti Bob Swan. Bob Swan ni bekas ketua eksekutif Intel. Pada 23 Jun, Elon Musk beritahu Twitter bahawa dia yang minta Swan untuk tinggalkan prosiding rundingan tersebut kerana tak bersefahaman.

elonmusk twitter
Via BBC

Kalau Elon tak jadi beli Twitter, tentunya Twitter takkan setakat berpeluk tubuh di ceruk dinding. Usaha Elon yang awalnya begitu teruja nak beli Twitter dan lepas tu banyak alasan pulak nak teruskan perjanjian beli bakal diingati ramai, kerana dari satu sudut, ni boleh dianggap suatu tindakan yang tak profesional dan dalam kata Twitter, “hipokrit”.

Leave a Reply

Your email address will not be published.