Produk anda tak berkualiti? Cuba cara pemasaran yang selalu digunakan ini

F1
Produk anda tak berkualiti? Cuba cara pemasaran yang selalu digunakan ini

Apabila kita ingin menjual sesuatu, kita akan sentiasa cari jalan untuk mempromosikan produk atau servis itu. Selaku peniaga, ada macam-macam cara yang boleh digunakan untuk tujuan promosi – benda ini yang kita selalu dengar sebagai pemasaran, tapi orang kita selalu sebut ‘marketing’ lah. Untuk melakukan pemasaran ni, tujuan utamanya cukup mudah; ingin menarik perhatian orang ramai.

728 X 90

Sesudah orang ramai tertarik dengan kaedah pemasaran kita, mereka berkemungkinan akan membeli apa jua yang kita promosikan. Untuk melakukan kaedah pemasaran ni, ada macam-macam benda yang selalu dilakukan oleh rakyat kita. Hari ini kami akan cerita beberapa kaedah yang popular tentang kaedah-kaedah pemasaran ni. Mari kita mulakan dengan…

Menggunakan kontroversi sebagai kaedah untuk relevan setelah populariti merosot

Kaedah yang kami maksudkan bukanlah sesuatu yang terlalu asing di Malaysia. Biasanya apabila ada ‘penjual selebriti’ yang popularitinya mula merosot, mereka akan cuba mencetuskan kontroversi untuk melakukan sesuatu yang akan menyebabkan orang bercakap tentang dirinya. Macam yang kami kata awal-awal tadi, pemasaran ni bertujuan untuk orang mula bercakap pasal diri atau jenama kita.

Whatsapp Image 2020 12 15 At 11.29.19 Pm
Kadang-kadang orang suka buat benda kontroversti untuk dilihat relevan. Via MarqueEX

Apabila orang mula bercakap berkenaan individu itu, dia akan jadi terkenal pula. Kemudian, dia akan gunakan populariti baharunya untuk mempromosikan produknya. Kami selalu fikir kaedah macam ni merupakan kaedah yang kurang baik kerana ada sesetengah individu sanggup memalukan diri sendiri atau mengaitkan orang lain secara negatif demi meraih populariti.

Contohnya, ada yang sanggup menyerang ‘artis popular’ dengan gelaran yang kurang baik kerana ingin jadi ‘trending’. Salah satu insiden yang pernah berlaku – seorang peniaga kosmetik menyerang artis-artis lama yang terlibat dengan sebuah rancangan realiti televisyen. Peniaga komestik ini dikatakan melakukan macam tu hanya untuk jual produk.

Kontroversi
Antara mesej kontroversi yang timbul setelah insiden tersebut. Via Beautifulnara

Cuma, tak semua pemasaran cara kontroversi ini adalah salah, ada je yang gunakan dengan betul. Contoh yang paling mudah kami boleh bagi; ada yang lakukan kontroversi dengan mengatakan sesuatu yang berbeza daripada kepercayaan umum orang ramai. Contohnya ketika Elon Musk yang merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia mula-mula nak buat kereta elektrik. Masa tu, hampir semua orang kata dia takkan berjaya, menyebabkan ia jadi isu kontroversi, akhirnya dia berjaya jugak.

Ada yang sanggup gadaikan agama semata-mata untuk menjual produk

Selain daripada kaedah pemasaran yang kontroversi yang kami katakan kat atas, salah satu kaedah pemasaran yang tak kurang popularnya adalah gunakan agama untuk jual sesuatu. Selalunya ‘angle’ pemasaran untuk produk-produk seperti ini hanya menggunakan agama semata-mata tanpa melihat kualiti produk tu. Diorang selalu gunakan istilah-istilah bahasa Arab yang sukar difahami oleh orang awam untuk pastikan produk diorang terjual walaupun ada kualiti yang lebih rendah berbanding produk-produk yang lain.

Zalora Raya 07 30 278742
Antara kaedah yang digunakan untuk ‘menunggang agama’. Via SAYS

Apa yang lebih menyedihkan, ada penjual-penjual produk yang selalu dikaitkan dengan agama ini akan menghukum orang-orang yang mengkritik produk-produk mereka dengan pelbagai gelaran seperti munafik atau menentang Islam. Korang kena faham; mengkritik apa-apa produk yang dikaitkan dengan agama bukan bermaksud nak kritik agama tu, tapi nak pastikan produk tu betul-betul apa yang disebutkan dalam agama, bukan sekadar ‘angle’ pemasaran semata-mata.

Contohnya, produk yang katanya dibacakan ayat al-Quran dan dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran. Masalah jual agama ni dah sampai pada tahap yang begitu parah, sampai tahap ada orang jual ‘doa’. Benda ni yang dipanggil ‘valet doa’ yang pernah popular beberapa tahun lepas. Peniaga tu buat servis berdoa kat hadapan Kaabah. Padahal doa ni di antara manusia dan tuhan, takdenya main kirim-kirim.

Kalau takde idea nak kata apa dekat pesaing kita, cakap je produk dia haram. Selesai masalah. Via Giphy

Keadaan ini wujud kerana masih ada masyarakat kita yang mempercayai apa jua produk yang disalut dengan agama merupakan produk Islam. Benda ini tak betul, tak semua produk atau servis yang ada bunyi-bunyi Arab adalah produk Islam. Bahasa Arab adalah salah satu bahasa yang wujud di dalam dunia ini; dan bagi orang Islam, ia digunakan dalam Al-Quran dan kitab-kitab utama agama.

Jadilah pengguna yang bijak dengan sentiasa melakukan perbandingan, supaya dapat memilih dengan tepat

Sebagai pengguna, apa yang paling penting adalah memastikan kita melihat kualiti dan harga produk sebelum membelinya. Kami sarankan korang lakukan banyak perbandingan dengan produk-produk yang lebih kurang sama di pasaran. Kalau korang betul-betul nak buat perbandingan, korang boleh buat satu jadual untuk lakukan perbandingan di antara kualiti dan harga dengan produk yang korang nak beli tu.

Melakukan perbandingan sebelum membeli apa-apa barangan merupakan sikap yang baik. Via Giphy

Dengan melakukan perbandingan macam ni, korang tak akan terperangkap dengan kaedah-kaedah pemasaran yang cuba menggunakan kontroversi dan sentimen semata-mata. Jadi lepas ni, macam mana korang akan beli barang? Apa kaedah pemasaran yang terbaik yang korang rasa patut dilakukan untuk memberi keyakinan kepada pengguna? Adakah korang mudah termakan dengan produk-produk yang jual agama semata-mata?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top