Pilihan raya kerajaan tempatan dikatakan tak munasabah? Sebenarnya ia penting…

F1
Pilihan raya kerajaan tempatan dikatakan tak munasabah? Sebenarnya ia penting…

Buat masa ni, kita hanya kenal dua jenis pilihan raya je – Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK). Kedua-dua pilihan raya ni bertujuan nak pilih wakil rakyat dan seterusnya kumpul kerusi untuk pembentukan kabinet. Namun tahukah korang pada suatu masa dulu, kita pernah ada pilihan raya jenis ketiga iaitu pilihan raya kerajaan tempatan?

728 X 90

Pilihan raya kerajaan tempatan ni tak asing sebenarnya dalam amalan demokrasi. Banyak negara turut amalkan pilihan raya kerajaan tempatan, bahkan terdahulu kami dah pernah sebut pasal orang Malaysia yang diundi majoriti menjadi Datuk Bandar di luar negara. Idea nak buat semula pilihan raya kerajaan tempatan ni jugak sebenarnya bukan suatu yang baharu, tapi ia asyik ditolak atas pelbagai alasan.

Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia 201820
Via anulae.org

Ada kata kerajaan tempatan ni merugikan negara je, tak wajar dilakukan untuk jamin kesejahteraan rakyat

Mungkin korang dah muak istilah ‘untuk kesejahteraan rakyat’ dah sekarang ni, tapi hakikatnya tu lah antara istilah popular yang pernah dijual begitu murah kini. Macam kami kata sebelum ni, wujudnya idea pemilihan kerajaan tempatan ni dah lama. Namun ia terus ditolak oleh segelintir pihak atas berbagai alasan. Pada 2010, Mstar melaporkan tindakan memansuhkan Akta Kerajaan Tempatan 1960 (Akta 473) dan seterusnya melucutkan kuasa kerajaan negeri untuk buat pilihan raya kerajaan tempatan.

Dalam Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1975 (Akta 171) pulak menyatakan bahawa keanggotaan dalam mana-mana majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) ialah menerusi pelantikan semata-mata. Pengerusi SPR ketika tu, Tan Sri Abdul Aziz mempersoal kewajaran pilihan raya kerajaan tempatan dalam konteks masa kini. Sejarah pilihan raya pada 1955 diungkit kembali, yang mana salah satu kesan wujudnya pilihan raya ni adalah berlaku pertindihan kuasa.

Pilihanraya
Wanita berkempen pada pilihan raya 1959 di Kuala Lumpur… Via Wikiwand

8 tahun kemudian, isu ni menjadi hangat kembali apabila desakan hak memilih anggota PBT ni dibangkitkan semula. Sorang pensyarah UTM, Dr. Muhammad Fathi Yusof mengulas bahawa tahap pembabitan rakyat kenalah dibataskan sebab bila terlebih-lebih, nanti ia akan jadi suatu pembaziran dan lambatkan kecekapan jentera kerajaan. Kerajaan negeri sendiri dah cukup hampir dan faham dengan lokaliti dalam lingkungan negeri tersebut, jadi tak relevan dah nak buat pilih anggota PBT ni.

Pada tahun lalu, ni ditegaskan sekali lagi oleh Presiden ISMA Haji Aminuddin Yahaya. Katanya, kemungkinan besar kalau diwujudkan jugak pilihan raya untuk PBT, ia akan dicampuri dengan unsur politik dan mencengkam erat pentadbiran dengan politik kepartian. Dalam imej kasar, asal je sebut pilihan raya; mesti ahli politik je yang diharuskan bertanding. Walhal secara realitinya, ada jugak yang pernah bertanding dulu misalnya ketika PRN Sabah 2020 tak semestinya ahli politik pada awalnya.

Spr
Via Mstar

Jika diteliti pandangan-pandangan ni, takde satu pun yang didatangkan dengan rujukan yang boleh menguatkan betapa buruknya pilihan raya kerajaan tempatan. Pandangan-pandangan ni dilihat seakan pandangan peribadi je, yang mana sebarang reformasi kuasa nampak bahaya untuk rakyat. Lebih jauh, ada yang beranggapan amalan 2 jenis pilihan raya tak meruntuhkan pun amalan demokrasi dan tetap melihat keanggotaan PBT tak perlu melalui proses pemilihan dari tangan rakyat.

Banyak kes PBT salah guna kuasa dan menyelewengkan wang rakyat, kerajaan tak mampu kawal rasuah

Untuk menjawab soal pertimbangan kewajaran pilihan raya, tak adil kalau kita hanya disajikan dengan fakta yang bersifat menentang pilihan raya kerajaan tempatan. Oleh itu, kami bawakan jugak beberapa pandangan yang sokong pilihan raya kerajaan tempatan. Pada Januari 2019, Tun Dr. Mahathir Mohammad tegaskan takkan buat pilihan raya PBT sebab khuatir cetus sentimen perkauman. Walaupun begitu, ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah pulak rasa perkhidmatan PBT akan lebih baik sekiranya rakyat boleh pilih siapa yang uruskan wang cukai mereka di peringkat lokaliti masing-masing.

Um Tinjauan Pbt
Tinjauan UM sebelum PRU14… Via Astro Awani

Dari satu sudut, ni boleh dilihat sebagai suatu demokrasi peringkat ketiga. Rakyat boleh pilih Datuk Bandar, ahli-ahli tertinggi Bandaraya atau Majlis Perbandaran masing-masing. Kalau nak dibangkitkan kekhuatiran bahawa bakal wujud unsur politik dalam peringkat PBT ni, kami rasa ia suatu rahsia terbuka bahawa ada sesetengah lantikan anggota PBT ni pun berkaitrapat dengan hubungan mereka dengan parti politik pemerintah.

Sebuah kertas polisi telah dibentangkan oleh Bersih 2.0 baru-baru ni, mereka membuktikan bahawa keperluan mewujudkan pilihan raya PBT ni semakin penting. Bersih 2.0 menggariskan beberapa kegusaran rakyat tentang PBT, terutamanya mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan dana di peringkat majlis daerah tempatan. Beberapa mitos tentang pilihan raya PBT turut dibongkarkan, contohnya dakwaan Dr. Mahathir bahawa satu kaum majoriti tu je yang mendominasi kuasa majlis tempatan.

“Bagaimanakah kita boleh mengadakan pilihan raya persekutuan dan negeri tanpa ketidakharmonian kaum? Kenapa pilihan raya kerajaan tempatan mesti berbeza? Terdapat 155 pihak berkuasa tempatan dan seperti juga kerusi negeri dan persekutuan, sistem gabungan parti akan mempengaruhi pemilihan calon dan menghapuskan kebimbangan. Masyarakat sebenarnya tidak peduli dengan latar belakang kaum seseorang, mereka akan sekiranya seseorang itu mampu melakukan tugas,”- Derek Fernandez, Penasihat Undang-undang Majlis Bandaraya Petaling Jaya, seperti yang dilaporkan FMT pada 22 Januari 2021

Pbt Bertanggungjawab
PBT tetap dipertanggungjawabkan sebagaimana wakil rakyat… Via SKAMPS

Korang boleh baca dapatan kajian mengenai pengenalan semula kerajaan tempatan tu di sini. Sementara tu, kami pun tengah tertunggu jugak bila Menteri KPKT Zuraida Kamaruddin nak keluarkan laporan berkenaan pilihan raya kerajaan tempatan. Sebelum ni, bukan main beriya nak adakan jawatankuasa untuk meneliti dan menilai keperluan kerajaan tempatan. Salah satu sebabnya adalah untuk mengurangkan masalah penyelewengan kuasa dan wang cukai rakyat di peringkat PBT.

Pada Julai tahun lalu, Zuraida kata mereka akan kaji dan buat pilot study ke atas 154 majlis tempatan. Sebulan lepas tu, Zuraida maklumkan bahawa kerajaan tak jadi nak buat pilihan raya kerajaan tempatan. Dalam perkembangan sama, Zuraida turut beritahu bahawa sebahagian besar PBT di seluruh negara tak naikkan cukai taksiran hampir 20 tahun dah. Ni mengakibatkan PBT alami masalah kekurangan dana sekaligus mengehadkan perlaksanaan pembangunan di kawasan mereka.

Mengingatkan peranan PBT yang besar dalam memangkin pembangunan daerah, mengapa tidak kita memilih siapa yang bakal menguruskan lokaliti masing-masing? Negara lain, malahan negara dunia membangun macam kita pun dah buat seperti Sierre Leone dan Afrika Selatan; keraguan ni berkemungkinan besar hanya akan melambatkan negara capai kesejahteraan sebenar rakyat.

Rata-rata hujah yang menolak wujudnya pilihan raya PBT jugak lantang dari mulut ahli politik jugak. Adakah ni bermaksud mereka jugak khuatir bahawa kuasa kerajaan negeri digugat sekiranya PBT ‘bebas’ dari pengaruh kerajaan negeri sendiri? Haa… perkara macam ni pun kena disebutkan jugak kerana tentunya ni antara soalan popular yang bermain di kotak seorang marhaen macam kami ni. Yang menyokong tu pulak dah sediakan cadangan kerangka yang boleh diperhalusi lagi, jadi ada baiknya solusi tersebut korang perhatikan dulu sejauh mana kesesuaiannya dalam negeri dan daerah korang sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top