Rusia dan Ukraine bakal berperang? Ini lima perkara yang korang patut tahu

rusiaukraine2

Beberapa minggu ni, tekanan antara Rusia dan Ukraine semakin tinggi bila dah banyak negara mulai turun dan nyatakan pendirian nak tolong Ukraine. Putin dikecam teruk kerana tindakannya meletakkan ribuan tenteranya di perbatasan Ukraine. Amerika Syarikat pun nak jugak hantar bala tentera diorang, dan begitu jugak dengan sekutu NATO yang lain. Diorang nak runding dengan Putin pun tak dapat, sebab Putin berkeras nak ‘melanggar’ Ukraine. Apa sebenarnya yang terjadi, dan apa yang akan terjadi nanti sekiranya Rusia benar-benar nak serang Ukraine? Kami kongsikan lima perkara penting terhadap isu ni.

rusiatentera
Via Financial Times

1. Konflik Russia-Ukraine sebenarnya dah lama, isu Crimea terus menghantui Ukraine.

Bagi korang yang tak tau, Ukraine ni sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari Rusia berabad lamanya. Di zaman moden, USSR atau Soviet Union yang selalu korang tonton di layar perak Hollywood tu jugak turut merangkumi Ukraine. Ukraine akhrinya bebas dari cengkaman Rusia, namun Rusia tak pernah berhenti nak cengkam Ukraine atas pelbagai faktor khususnya dalam isu geopolitik dan sumber alam Ukraine selepas runtuhnya Soviet Union. Taknak lagi berada di bawah pengaruh Rusia, semakin lama Ukraine nak bersekutu dengan blok Barat berbanding blok Eropah Timur.

Rakyat Ukraine sanggup gulingkan presiden diorang yang pro-Rusia, Viktor Yanukovych pada 2014. Viktor Yanukovych yang pro-Rusia ni menjauhi rundingan Kesatuan Eropah (EU). Selepas Viktor digulingkan, Rusia pulak bertindak menduduki Crimea dan dikatakan banyak membiayai gerakan pemisah di hujung timur Ukraine. Kalau korang masih ingat lagi kes salah sebuah pesawat MAS, MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk? Tu lah angkara gerakan pemisah pro-Rusia yang menduduki kawasan sempadan Rusia. Kebinasaan lingkungan (collateral damage) ini tak hanya memberi kesan kepada negara-negara Eropah Timur; kita yang takde kena-mengena pun jadi mangsa keadaan. Diorang kata diorang salah faham dan ingatkan tu adalah pesawat Ukraine.

rusiasempadanukraintentera
Via IAS Gyan

Ukraine dan Barat dakwa Rusia sengaja hantar tenteranya sendiri dan senjata diorang bagi menyokong gerakan pemisah ni. Moscow tolak dakwaan tersebut, mengatakan bahawa orang Rusia yang ikut gerakan pemisah tu semuanya sukarelawan dan bukan di bawah tanggungjawab mahupun pengaruh Rusia tu sendiri. Moscow jugak sangat mengkritik AS dan sekutu NATO memberikan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, kata langkah sebegitu hanya akan menguatkan gerakan pemisah je.

Dari segi hubungan Rusia-Ukraine, dah kerapkali Rusia kata bahawa aspirasi Ukraine untuk sertai NATO tu adalah ‘garis merah’ dan turut meluahkan kegusarannya terhadap rancangan sebilangan anggota NATO untuk membina pusat-pusat latihan ketenteraan di UKraine. Ini dilihat akan memberikan kekuatan tentera yang dapat menyahstabilkan kawasan sekitarnya walaupun tanpa penglibatan Ukraine dalam NATO.

2. Rusia nak NATO berambus dari kawasan Eropah Timur, dah cuba berunding dengan AS untuk jaminan tersebut

Rusia terang-terangan dah sebut taknak NATO di kawasan Eropah Timur. Kalau Ukraine sertai NATO jugak, ni dilihat akan buatkan hubungan antara blok Eropah Timur dan Barat semakin tegang lantaran Ukraine akhirnya jadi ‘wakil kepentingan NATO’ di sana. Ni lebih kuranglah dengan kes Israel di Asia Barat. Ramai saintis politik menganggap tujuan Israel diciptakan di sana kerana ia dapat mewakilkan kepentingan Barat di kawasan sekitarnya. Oleh sebab tulah, Barat khususnya Amerika Syarikat sangat melindungi Israel dan banyak memberikan bantuan dari segi kewangan, persenjataan serta perlindungan antarabangsa. Memandangkan Amerika Syarikat tau je Rusia sukar dikawal dan dikalahkan, diorang tak serang Rusia pulak secara jelas. Rusia pun tau jugak kekuatan diorang sendiri dan Amerika Syarikat tu sendiri walaupun AS ni banyak sekutu.

Oleh sebab tu, Rusia berani lawan blok Barat dan menghantar senarai tuntutan keselamatan kepada AS. Salah satu perkara penting yang diorang nak AS buat adalah menghentikan sebarang latihan ketenteraaan NATO berdekatan sempadan Rusia. Rusia jugak nak NATO berambus dari Eropah Timur. Dalam satu sisi, ini adalah langkah Rusia buat AS dan sekutu EU untuk terlibat dalam rundingan ni. Ukraine jugak tak dibenarkan masuk ke dalam NATO, dan blok Barat. AS dan NATO kelihatannya menolak tuntutan Rusia khususnya untuk membenarkan Ukraine jadi anggota NATO.

natoukrainerusia
Via DW

3. Ukraine masih lagi di atas pagar untuk sertai NATO, Joe Biden masih belum bersuara pasal isu keanggotaan Ukraine

Buat masa ni, Ukraine tidak termasuk dalam keanggotaan NATO namun hanya dianggap sebagai rakan kerjasama rundingan. NATO pulak kata, sebelum Ukraine sertai diorang… Kyiv perlu selesaikan dahulu isu dalaman seperti rasuah yang dikatakan membarah dalam negara diorang. Setiausaha Agung NATO, Jeneral Jens Stoltenberg menolak tuntutan Rusia untuk tarik semula komitmen NATO pada 2008 untuk membenarkan Ukraine dari keanggotaan NATO. Tegasnya, Rusia takde hak dan tak boleh veto keanggotaan Ukraine di dalam NATO sekiranya ia diterima masuk.

Penganalisis pulak mengandaikan bahawa sekutu NATO termasuklah ketua AS berat hati nak mengembangkan tapak ketenteraan ke dalam kawasan Eropah Timur, dikhuatiri mengugat hubungan diorang di Moscow. Sementara Setiausaha Negara AS Antony Blinken dah nyatakan sokongan ke atas keanggotaan Ukraine dalam NATO, Joe Biden terus senyap dalam isu ni. Nampak sangatlah isu ni amat penting dan tak boleh dipandang remeh kerana ia akan mencetuskan lebih banyak kegawatan politik antara dua blok kuasa dunia ni.

natousukraine
Via Atlantic Council

4. Barat dah bersedia turunkan bala tentera diorang kerana takut Rusia serang Ukraine, Rusia nafikan diorang nak buat macam tu

Barat dakwa Rusia dah letak 100,000 tenteranya di sempadan Ukraine dan bersedia untuk takluk Ukraine. Jadi sebagai respon terhadap dakwaan tu, Biden kata Pentagon dah letak 8,500 tentera diorang sementara NATO kata nak hantar kapal dan pesawat pejuang bagi memantapkan pertahanan ke atas sempadan Ukraine tu. Jurucakap Putin, Dmitry Peskov kata, tindakan ni hanyalah akan tegangkan keadaan yang dah memang tegang.

rusiatenteraperangukraine
Senario bayangan jika perang tercetus.. -Via Euromaidenpress

Di pihak Rusia pulak, diorang nafikan diorang ada rancangan nak takluk Ukraine. Ni semua, bidas Rusia, hanyalah agenda Barat untuk mewajarkan peletakan begitu banyak tentera di sempadan Ukraine tu. Buat sementara ni, kita tak pasti lagi sama ada bakal berlaku peperangan besar antara dua blok ni di tanah Ukraine. Ada jugak yang membayangkan, Rusia boleh je masuk ke dalam Ukraine untuk tingkatkan lagi kuasa rundingan diorang mengenai perluasan pengaruh NATO.

“Saya berpendapat apa yang Rusia dan Vladimir Putih benar-benar mahukan adalah untuk menumpaskan pasukan tentera Ukraine di lapangan, memberi kekalahan ketenteraan yang dapat memalukan Ukraine dan lebih jauh, mencipta kebimbangan bahawa sokongan yang diperolehi Ukraine dari sekutu Barat, AS dan UK tak memadai,” Samir Puri, felo kanan International Institute for Strategic Studies, seperti yang dilaporkan Al Jazeera

usukraine1
Via Military Times

5. Desas-desus nak hukum Rusia semakin kuat, nak boikot Rusia dari segi kewangan

Negara-negara Barat dah nyatakan sokongan diorang untuk lawan Rusia, namun ada jugak yang cadangkan hukuman yang lebih dahsyat. AS dan UK dah beri bantuan senjata, manakala Jerman pulak merancang untuk hantar kemudahan kecemasan di lapangan. Ada jugak desas-desus yang semakin kuat berkenaan cadangan nak boikot Rusia dari segi kewangan. Salah satu caranya adalah mengharamkan Rusia dari sistem kewangan SWIFT. Sistem kewangan ni membolehkan transaksi wang dipindahkan dari satu negara ke negara yang lain. Jika Rusia diharamkan menggunakan perkhidmatan ni, ia tentu akan menjejaskan ekonomi Rusia.

moneyswiftrussiabank
Via The Moscow Times

40% keuntungan Rusia bergantung pada penghasilan minyak dan gas di peringkat antarabangsa, jadi sekiranya perkhidmatan transaksi utama tu dibatalkan untuk kegunaan Rusia, ia akan menyukarkan ekonomi Rusia. Selain tu, AS jugak boleh je halang Rusia dari menggunakan dolar AS yang selama ni mendominasi transaksi kewangan serata dunia setiap hari. AS jugak mempertimbangkan kawalan ke atas eksport Rusia, khususnya dari teknologi berkuasa tinggi yang selalunya digunakan dari penerbangan pesawat tentera dan komersial serta telekomunikasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.