Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Lala
BeritaJenayah

Tak sempat nak ‘bersihkan’ diri di tanah suci, tokan dadah ni kena cekup…

By Maisarah
September 16, 2019 4 Min Read
Comments Off on Tak sempat nak ‘bersihkan’ diri di tanah suci, tokan dadah ni kena cekup…

Khamis lepas (10 September 2019), polis tahan seorang jemaah yang dalam perjalanan nak pergi umrah di KLIA. Kalau orang yang ada di KLIA dalam pukul 2 petang macam itu mesti perasan polis ada cekup seseorang. Tapi ramai yang tertanya-tanya, dah kenapa nak cekup orang yang pergi umrah. Bukankah umrah itu ibadah, apahal pula nak sekat orang pergi sana, kan?

Tempat ‘mensucikan diri’. Via Metro

Rupa-rupanya, yang dicekup itu tokan dadah! Wuish, tokan dadah pun pergi umrah, weh! Alim juga rupanya… Nanti dulu, jangan terlalu cepat melabel dia alim… Sebenarnya bukan satu dua kes penjenayah atau ahli politik pergi umrah nak cuci dosa atau bersihkan nama ni.

Sebelum ‘jerung’ yang kena tangkap, ‘ikan bilis’ yang kena dulu

Biasa tak korang dengar orang berkias tentang kongsi gelap dengan gelaran macam ‘jerung’ dan ‘ikan bilis’? Kalau tak biasa kami terangkan dulu… ‘Ikan bilis’ ini merujuk kepada orang suruhan, ‘jerung’ pula kira bos dioranglah. Okay, sebelum tokan dadah ni kena cekup, pada hari yang sama pada pukul 12 tengah hari, polis dah tahan 3 orang suruhannya di Pasir Mas, Kelantan.

Via Sinar Harian

Mesti korang nak tahu juga apa yang dirampas, kan? Alah, macam kita tengok rancangan 999 di TV3, selain aksi mencekup, kita akan ditayangkan juga dengan barang yang dirampas di kaca TV. Jadi dalam serbuan di Kelantan tu, polis dah rampas 700,000 pil kuda bernilai RM10.5 juta.

Dadah pun nak letak nama haiwan, terkejut encik Kuda – via Giphy

Semasa serbuan tu, diorang baru saja restock dadah dari Thailand. Kira sama macam nasib bos diorang yang tak sempat pergi umrah, diorang pun tak sempat nak hantar stock kepada pelanggan. Macam kena je timing polis nak tangkap diorang, kan? Tapi polis dah perhatikan diorang lama dah, sejak April lagi.

Selain 3 orang suruhan yang baru ambil stok dadah tersebut, ada lagi suspek yang lain yang turut ditangkap. Kali ni yang ditahan ialah seorang perempuan yang berperanan sebagai ‘pengurup wang’. Kiranya bila dapat duit dalam Ringgit, dialah yang tukarkan ke matawang asing. Dan macam sindiket jenayah yang lain, duit hasil jenayah itu mereka tak simpan dalam bank tempatan.

Mereka akan simpan dalam bank asing supaya tak dapat dijejaki oleh pihak berkuasa tempatan. Boleh dikatakan ia semacam satu bentuk penggubahan wang haramlah (atau money laundering dalam bahasa Inggeris).

Literally, money laundering ~ via Giphy

Tunai umrah umpama membeli surat pengampunan dosa…

Bila kita dengar berita macam ini, kadang-kadang pernah tak kita terfikir yang tindakan penjenayah atau ahli politik yang terpalit dengan kontroversi tiba-tiba pergi umrah ini umpama mencuci dosa seperti mana yang dilakukan oleh orang Kristian pada abad pertengahan yang membeli surat pengampunan dosa dari paderi yang korup?

13indulgences Large 1
Paus menjual surat pengampunan – via liliendahl.com

Mungkin taklah sama 100%, tapi serupa. Hanya dengan wang, boleh beli reputasi dan bersihkan nama. Ada duit, pergi umrah, selesai. Selain contoh tokan dadah ini, ahli politik pun sama. Contohnya, semasa dipalit dengan kontroversi Lembu NFC, Shahrizat Jalil pergi umrah. Selain itu, Shahidan Kassim pun sama, pergi umrah semasa kontroversi dia dituduh mencabul budak bawah umur.

Pandangan tentang ibadah Haji/Umrah di sisi masyarakat Melayu…

Mengapa agaknya ibadah haji dan umrah menjadi sesuatu yang mempunyai nilai status yang tinggi dalam masyarakat Melayu? Dan kalau korang bergaul dengan muslim dari negara lain, tak ada pula mereka memberi gelaran ‘haji’ atau ‘hajjah’ kepada seseorang yang dah berjaya menunaikan haji seperti orang Melayu, kan?

Kapal Haji
Suatu ketika dulu, orang pergi haji naik kapal – via iluminasi.com

Mungkin kita boleh kaitkan hal ini dengan pengorbanan dan kesusahan orang zaman dahulu di Tanah Melayu yang punyalah susah nak pergi haji. Nak pergi haji/umrah kena naik kapal berbulan-bulan. Ada yang tak sempat sampai pun dah meninggal tengah-tengah laut dalam perjalanan ke Mekah.

Ada yang sanggup jual tanah atau harta pusaka semata-mata nak sahut panggilan haji. Sebab itulah ibadah ini sangat istimewa di sisi orang Melayu. Kiranya bila dah selamat sampai ke tanah air selepas berjaya tunaikan haji, memanglah orang hormat dan sanjung sampai wujud gelaran Haji/Hajah ini.

Momokan pembalasan dosa di Tanah Haram dalam majalah Mastika

Adalah sesuatu yang kelakar juga bila kita mengenang zaman majalah Mastika laris di pasaran. Pada masa tu, ada yang rasa tak nak pergi haji sebab takut ditimpa azab sebaik saja sampai ke Mekah. Ibarat ‘Tuhan bayar cash’ atas dosa-dosa kita bila dah sampai Mekah.

Mastika
Masih ingat lagi majalah mastika? – via Ookbee MY

Kisah-kisah pembalasan dosa ini sampai satu tahap buatkan orang takut nak pergi haji dan umrah sebab mengenangkan kejahatan diri sendiri. Kita pun tak pasti macam kisah-kisah sebegini boleh dipercayai ramai. Tapi… Ahli politik atau penjenayah yang nak cuci dosa ni rasanya tak pernah baca Mastika kot? Najib siap masuk dalam Kaabah weh.

Apa pula pendapat korang? Kongsikan di ruangan komen bersama kami…

Author

Maisarah

Follow Me
Other Articles
Tip Jerebu
Previous

Masalah jerebu semakin teruk, KKM keluarkan panduan hadapinya…

Hari Malaysia
Next

Tengah cuti tapi tak tahu sejarah pembentukan Malaysia? Ini sejarahnya…

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme