Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Subscribe
Close

Search

F1
Agama

Ada yang gembira Wuhan dilanda wabak maut? Ini nasihat sarjana Islam

By Subeditor
January 29, 2020 4 Min Read
Comments Off on Ada yang gembira Wuhan dilanda wabak maut? Ini nasihat sarjana Islam

Kadang-kadang kami terfikir satu soalan; adakah dengan kekayaan agama yang ada di dalam hati menjadikan seseorang itu lebih bengis? Walaupun tak semua sarjana atau orang yang soleh ada sifat seperti ini, tapi kelompok yang rasa diorang lebih baik daripada orang lain ni makin menjadi-jadi. Contoh terbaru yang kita boleh ambik adalah – isu koronavirus.

Via Giphy

Ketika virus ni sedang membimbangkan dunia, ada je sekelompok orang yang ‘gembira’ dengan tindakan ni atas sebab Kerajaan China tindas etnik Uighur. Kami dah berkali-kali kecam tindakan Kerajaan China tu, cuma dalam hal wabak yang boleh sebabkan kematian ni – kita patutnya ada rasa manusiawi.

Kita bukan tuhan yang boleh tentukan sesuatu peristiwa tu adalah ‘balasan’ tuhan…

Ketika kami sedang geleng-geleng kepala sebab kesal dengan orang-orang macam ni, kami ternampak satu status FB dari Dr Mohd Daud Bakar. Kami rasa apa yang dia tulis dalam status ni beri jawapan kepada benda yang kami nak terangkan kepada kelompok yang kami sebutkan tadi.

S1
Via FB Dr Daud

Dia kata kes penularan koronavirus ni bimbangkan ramai pihak. Kita kena prihatin tentang keselamatan diri dan negara. Sebagai manusia yang ada rasa simpati, kita patut simpati dengan masyarakat di Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei. Bukan senang sesebuah negara nak tangani krisis wabak yang baru, lebih-lebih lagi di negara yang besar dan ramai penduduk di musim perayaan terbesar di China.

Sebagai masyarakat dunia, ia jadi tanggungjawab untuk tunjukkan rasa simpati kepada mangsa dan China. Kita patut beri bantuan pada kadar yang termampu – apa je bentuk bantuan seperti kewangan, pakar perubatan, sukarelawan – kita mesti sama-sama hadap virus ni. Virus ni bukan masalah Wuhan atau Hubei je. Dia tegaskan wabak takde agama, bangsa, sempadan dan alamat rumah.

S1
Via Deseret News

Dr Mohd Daud ni tersinggung dengan banyak kenyataan di media sosial lihat isu ni sebagai laknat Allah, atau azab Allah. Semua ni dalam ilmu tuhan. Benda sepatutnya tak jadi fokus kita. Apabila berlaku virus unta kat Timur Tengah (malah di Mekah) atau peristiwa Tsunami, masyarakat dunia sama-sama bantu tanpa lihat perbezaan agama.

Dalam tradisi Islam, melalui al-Quran dan Sunnah, musibah boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Ia boleh berlaku dalam masyarakat Islam yang baik kerana disebabkan tindakan sebahagian orang yang lakukan kerosakan. Semua ni adalah takdir Allah, jangan kita tersilap langkah masuk dalam ‘bidang ilmu Allah’.

Ketika orang tengah sibuk nak uruskan wabak, ada pihak yang ambik kesempatan

Dalam setiap kesusahan orang, selalunya akan ada orang lain yang ambik kesempatan. Benda ni berlaku dalam isu koronavirus. Kami perasan je – beberapa pemimpin politik yang tak gemarkan Pakatan Harapan lontarkan kritikan. Kritikan adalah sebahagian dalam proses demokrasi, dan tak semua kritikan pembangkang tak berasas.

Cuma ada beberapa kritikan seperti – gesaan hentikan semua kemudahan visa pelancong China yang dilontarkan oleh Najib Razak. Kami faham je poin dia – nak halang pelancong China masuk Malaysia sebab berisiko. Cuma, ia tak semudah itu. Kerajaan hari ini harus pertimbangkan banyak faktor, dan akhirnya semalam kita dah tangguhkan kemudahan visa pelancong China dari kawasan yang berisiko tinggi.

Tak pun, benda yang diambil di luar konteks macam ni.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156692743730952/?type=3&theater

Kritikan seperti ni akan datangkan rasa cemas kepada rakyat, sebab tak semua yang faham kaedah menguruskan wabak atau bencana. Kalau dah level nak halang semua pelancong China masuk – ia bermakna wabak tu dah berada dalam kedaan yang terlalu kritikal. Komentar seperti ini akan buatkan rakyat rasa lebih gusar; kerana seolah-olah wabak itu telah tersebar meluas di Malaysia.

Ada hal tak salah nak main politik dan mainkan peranan semak imbang, cuma dalam isu-isu kesihatan seperti ini – adalah baik untuk bantu kerajaan tangani isu ni dengan cermat. Ia lebih baik berbanding menggunakan idea populis untuk kritik kerajaan untuk dapatkan sokongan politik, ia perbuatan yang hina.

Via Giphy

Kemudian ada juga kelompok yang jual barang-brang pseudo-sains (sains palsu) yang dikatakan boleh elakkan orang daripada terkena virus ni. Anehnya, masih ada lagi orang-orang yang terpedaya dengan ‘scam’ macam ni. Korang kena selalu peka dan bertanya pakar apabila ingin beli produk-produk macam ni.

Agama ajarkan kita untuk bersifat manusiawi, dan tak ambik kesempatan dalam kesempitan orang lain

Kami rasa korang masih ingat kot macam mana Rasulullah melayan orang bukan Islam. Ada satu cerita – nabi berdiri ketika mayat seorang Yahudi tengah lalu sebagai tanda pernghormatan. Korang rasa – kalau nabi hari ni masih hidup, adakah dia juga akan ‘bahan’ penduduk Wuhan disebabkan China tindas Uighur?

Agama juga ajarkan kita supaya tak ambik kesempatan dari kesusahan orang, lebih-lebih untuk kepentingan diri sendiri.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

PRK Kimanis hari tu banyak kesalahan parti politik? Kami tanya PEMANTAU Bersih

F1
Next

Indeks Persepsi Rasuah di Malaysia semakin baik, siapa yang ukur benda ni?!

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme