Hari tu video Tarawih 7 minit, ini kisah Tarawih selama 8 jam

Solat Tarawih merupakan salah satu keistimewaan yang ada ketika bulan Ramadan datang. Masa kanak-kanak dulu, mesti korang masih ingat betapa seronoknya hidup. Datang masjid, solat kejap, lepas tu satu masjid kita lari-lari, sampailah dimarahi oleh ‘orang-orang tua’. Tak tahulah budak-budak sekarang buat ke benda ni semua. Takut-takut nanti, diorang cuma tahu guna apps je. Dengan semua benda berada di hujung jari, harap generasi kita yang seterusnya rasailah moment kena marah oleh imam kat masjid, at least itu tunjukkan mereka pernah datang ke masjid…

Tapi kami bukan nak cerita pasal masalah generasi hari ni. Beberapa hari yang lepas, viral tentang orang kat Indonesia solat Tarawih dengan kelajuan formula one.

 

Tapi ada juga masjid yang solat Tarawih selama lapan jam

Hari tu masyarakat Indonesia digemparkan dengan berita penduduk di daerah Indramayu yang menunaikan solat tarawih sebanyak 23 rakaat hanya dalam tempoh tujuh minit, namun lain pula keadaan bagi penduduk di daerah ini.

Liputan6 melaporkan, penduduk di Desa Temboro, mukim Karas menunaikan solat tarawih yang diadakan di Masjid Agung Al-Fatah sebanyak 23 rakaat termasuk solat witir dalam tempoh lapan jam. Ini selepas imamnya membaca satu mashaf al-Quran atau bersamaan satu juzuk al-Quran bagi setiap satu rakaat.

Lamanya bang. Via Youtube

Pengurus Pondok Pensantren Al Fatah, Zaenal Abidin berkata, solat tarawih itu diadakan pada setiap hari sepanjang Ramadan.

“Biasanya, solat tarawih akan dimulakan selepas solat Isyak dan berakhir kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan iaitu hampir dengan masa bersahur,” – Zaenal Abidin

TKalau korang cuma dibenarkan untuk solat Tarawih di dua buat tempat, satu yang solat Tarawih selama tujuh minit dan kedua solat Tarawih selama lapan jama, mana yang korang akan lakukan? Atau ponteng terus? Kami pun tak sanggup nak solat Tarawih sampai 8 jam. Geng lapan rakaat pun yang setengah jam tu pun kaki dah lenguh…

 

Artikel ini banyak merujuk laporan Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *