Ini 7 tips Ramadan yang korang boleh gunakan untuk menghadapi Ramadan kali ni

F1
Ini 7 tips Ramadan yang korang boleh gunakan untuk menghadapi Ramadan kali ni

Ramadan kali ini tentunya berbeza, sebab kita akan menyambut Ramadan dalam keadaan pandemik COVID-19 masih menganggu kehidupan seharian kita. Untuk menghadapi krisis ini, kita perlukan pengorbanan; dan di antara pengorbanan yang kita perlu lakukan adalah mengorbankan raya dan Ramadan yang normal.

Kali ini kami nak kongsi beberapa tips sempena bulan puasa ini. Tips ni penting supaya korang tetap bertenaga untuk menghadapi hari-hari puasa yang mencabar…

1. Banyakkan minum air kosong (sahur dan berbuka saja tau!)

Banyakkan minum air kosong bagi mengelak dari dehidrasi. Kalau anda nak tahu, seorang individu dewasa mesti minum sekurang-kurangnya 3.7 hingga 2.7 liter air sehari (bersamaan 5 – 11 cawan air). Jadi bahagikanlah masa sahur sekurang-kurangnya 4 cawan air, berbuka 4 cawan, moreh lepas Tarawih 4 cawan air. Kali ni lebih mudah, korang cuma perlu simpan air di rumah sebab lepak kat rumah je…

Gambar ini nampak biasa saja, tapi tidak pada bulan Ramadan! Via Today.com

2. Air Kelapa pelengkap minuman berbuka, cuma pastikan beli yang asli

Tadi kita cakap pasal air kosong. Tapi tak semestinya kita tak boleh minum air lain. Boleh je, air kelapa pun bagus. Air kelapa bukan sahaja dapat membasahkan tekak ketika berbuka dan menyejukkan badan tapi ia juga kaya dengan potassium. Selain tu, air kelapa dapat menjadi electrolyte yang dapat menghidratkan badan anda.

Bukan itu saja, air kelapa juga dapat menguatkan sistem imunisasi, menurunkan berat badan dan juga menjadikan anda awet muda. Banyak khasiat air kelapa nih!

Air Kelapa di Pasar Ramadan. Via Harian Metro

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cuma sekarang ni susah sikit nak dapatkan air kelapa sebab kita takde bazarkan? Cuma kalau diorang beli online tu, pastikan yang original 100% air kelapa tau? Jangan beli yang air kelapa sesudu dan selebihnya air gula saja. Manis-manis tak baik dalam minuman, dalam senyuman tak apa…

3. Kurangkan makanan pedas, sayangi usus anda. Tak payahlah terikut-ikut dengan member

Ini satu lagi trend sejak Mi Segera Samyang tular di media sosial setahun dua lepas. Bulan puasa ni, kurangkanlah makan yang pedas-pedas. Memanglah sedap makan pedas, tapi ia akan menyebabkan suhu badan anda meningkat, cepat dahaga, dan lebih berisiko tinggi untuk dapat gastrik.

Jangan ikuti contoh ini. Via Giphy

 

 

 

 

 

 

 

4. Jangan tinggalkan sahur, walaupun mengantuk. Sekarang lepak rumah takkan mengantuk kan?

Ya, antara amalan semasa bulan puasa ialah sahur. Kalau sebelum ini kita asyik Subuh gajah, memang susah juga nak bangun sahur ni. Lagi-lagi di awal Ramadan. Tapi alah bisa tegal biasa, kan? Sahur adalah amalan yang istimewa kerana ia membezakan puasa umat Islam dengan puasa dalam agama lain.

Daripada Amru bin al-‘As RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu ialah dengan makan sahur”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Sahur elok dilewat-lewatkan. Berbeza dengan berbuka, lebih elok dicepat-cepatkan. Dan sunnah juga makan kurma bagi sahur dan berbuka. Walaupun ketahan setiap individu berbeza, ada yang mampu bertahan sepanjang hari berpuasa tanpa sahur, tapi marilah kita menambah amalan yang berkat seperti sahur ini.

5. Tidurlah dengan efektif, jangan asyik nak berjaga jee…

Ramai juga yang suka tidur bulan puasa ini. Letih, kan? Tapi kita kena tahu juga cara tidur yang betul supaya kita tak ‘overslept’ yang turut menambah keletihan. Caranya mudah saja: Pertama, selepas Tarawih terus tidur. Katakanlah anda habis Tarawih 8 rakaat di rumah dalam pukul 10 malam. Jadi, waktu macam itu elok sangatlah kita tidur. Nanti bangun sahur pun cergas.

Via Giphy

Kedua, ambil masa 10-20 minit untuk tidur pada waktu tengah hari. Dalam bahasa Inggeris kita panggil ‘nap’. Jadi, memandangkan bulan puasa ini kita tidak dapat nikmati makan tengah hari, gantikanlah dengan tidur seketika.

6. Senaman ringan untuk membina stamina, sambil merapatkan hubungan keluarga

Bulan puasa bukanlah penghalang untuk kita beriadah. Senaman ringan sebelum sahur dan sebelum berbuka dikatakan dapat membina stamina semasa berpuasa. Tips ini jarang diamalkan sebab orang ingat puasa dah penat, buat apa nak bersenam lagi, kan?

Tapi bersenam ringan ini bukanlah ‘workout’. Dan bukan juga berlari 10 km alah-alah sukan marathon. Buatlah senaman ringan di rumah dengan ahli keluarga, sambil bersenam boleh eratkan lagi hubungan kekeluargaan, kan?

7. Kurangkan pengambilan kafein, ia boleh cepatkan proses dehidrasi

Ada sebab kenapa kita perlu kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti teh, kopi dan air berkarbonat. Ini kerana minuman berkafein akan mempercepatkan proses dehidrasi. Tapi kita tak boleh terus berhenti mengambil kafein kalau dah biasa minum. Ia sama seperti ketagihan rokok.

Via Giphy

Jadi macam mana nak kurangkan pengambilan kafein?

Kena mula dari sebelum bulan puasa lagi. Kalau boleh, seminggu sebelum puasa kurangkan minum kopi dari kebiasaan anda minum. Misalnya kalau selalu minum 2 cawan kopi setiap hari, kurangkan jadi secawan saja. Seterusnya, bila tiba bulan puasa, jangan minum kopi atau teh semasa bersahur. Air berkarbonat apatah lagi. Sebabnya minuman berkafein seperti juga makanan pedas, akan menyebabkan anda mudah gastrik.

Bulan puasa kali ni mungkin jadi bulan Ramadan yang paling kita ingati

Macam yang kami kata awal-awal tadi, Ramadan dan raya tahun ini sedikit berbeza. Sebelum syaitan dikurung, kita dah pun terkurung di dalam rumah. Kalau kita ambik dari sudut positif – Ramadan kali ni kita boleh menumpukan perhatian untuk beriadah dan kebanyakan kita perlu bekerja dari rumah. Pastinya, kita akan ceritakan Ramadan 2020 untuk jangka masa panjang. Selamat berpuasa semua!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top