PKP disambung, ini yang perlu dilakukan oleh rakyat yang tersekat di kampung

F1
PKP disambung, ini yang perlu dilakukan oleh rakyat yang tersekat di kampung

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 12 Mei. Perkara ni diumumkan oleh Perdana Menteri dalam perutusannya semalam. Dalam tempoh ni, kerajaan akan nilai data-data yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menentukan langkah seterusnya. Dia jugak tak menolak kemungkinan PKP akan dilanjutkan lebih lama.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya,” – Muhyiddin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Bagi mereka yang tersekat di kampung, boleh mula buat permohonan bermula esok

Sekiranya kes Covid-19 terus catatkan penurunan yang ketara, kerajaan mungkin akan longgarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial. Semalam Muhyiddin turut ulangi pengumuman yang dibuat Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob sebelum ni, berkenaan kelonggaran kepada pelajar yang terperangkap di kampus dan kebenaran perjalanan sekali untuk rakyat yang terperangkap di kampung ketika PKP mula dilaksanakan 18 Mac lalu.

Jangan lupa basuh tangan. Via Giphy

“Ini adalah sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, sedikit kelonggaran. Bukan terlalu longgar. Pelaksanaan kedua-dua langkah ini juga akan dipastikan teratur dan tidak menjejaskan usaha kita memerangi Covid-19,” – Muhyiddin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Bagi yang terlepas kapal dengan pengumuman Ismail Sabri, dia kata orang ramai yang berada di bandar tak dibenarkan pulang menyambut Ramadan di kampung. Ramai salah faham apabila dia umumkan – mereka yang pulang ke kampung sebelum PKP diumumkan dan berkeinginan untuk pulang semula ke bandar diminta untuk melaporkannya kepada balai polis.

“Mereka yang ada di bandar dan nak pulang ke kampung memang tak dibenarkan sejak daripada awal lagi (sewaktu PKP dilaksanakan). Saya tahu ramai yang mahu pulang ke kampung untuk berpuasa bersama keluarga tetapi memang kita tak benarkan. Jangan pula ada yang melaporkan kepada balai polis kata mahu pulang ke kampung. Apa yang saya sebut semalam ialah mereka yang terperangkap di kampung dan mahu pulang ke bandar. Itu pun kita cuma minta mereka daftar terlebih dahulu dan keputusan akan dimaklumkan kemudian,” – Ismail Sabri, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia kata, buat masa sekarang, mereka yang terkandas di kampung dan mahu pulang semula ke bandar hanya dibenarkan untuk buat laporan kepada balai polis terdekat pada 25 April. Ia bukan bermakna bila buat laporan maka mereka terus boleh bergerak pulang. Ini kerana kerajaan nak dapatkan maklumat jelas mengenai berapa jumlah dari kampung yang akan pulang ke bandar.

Ops Covid19 Tentera Mula Operasi Bantu Pdrm Di Shah Alam
Kalau korang tetap degil, pandai-pandai koranglah jawab dengan abang dan kakak polis. Via Wikipedia

Maklumat tu akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mereka bincangkan. Selepas tu baru kita tahu sama ada dibenarkan pulang atau tidak.

Benda ni berbeza dengan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) kerana pelajar IPT akan dibawa pulang dengan bas dan status kesihatan mereka di kampus dipantau berbanding mereka yang pulang ke kampung dan mungkin mempunyai pergerakan.

Bukan semua yang hadapi PKP dengan selesa, ada yang takde wang untuk beli makanan

Tidak semua orang menghadapi PKP dengan situasi yang sama, ramai yang terpaksa menanggung beban yang hebat. Contohnya, penghuni rumah kos rendah seperti flat dan Program Perumahan Rakyat (PPR), yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40.

Rumah Ppr
Via SK

Perbelanjaan harian dah semakin meningkat, dan malangnya diorang tak dapat keluar cari pendapatan. Pengerusi Gabungan Desa Mentari, Akazillah Din kata keperluan untuk semua ahli keluarga yang berada di rumah secara tak langsung meningkatkan perbelanjaan makanan harian.

Menurutnya, ramai penduduk PPR Desa Mentari di Petaling Jaya yang bekerja sendiri, antaranya berniaga kecil-kecilan dengan menjual nasi lemak atau pisang goreng, atau jadi pemandu teksi.

“Mereka terjejas dengan PKP. Terutamanya bagi penduduk yang bekerja sendiri, mereka tak boleh berniaga langsung. Mereka amat terjejas dan memerlukan,” – Akazillah Din, seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI

Rumah Ppr
Gerai seperti ini yang kita rindukan, kan? Via TaipingMali Mall

Akazillah kata ramai penduduk di PPR takde wang simpanan walaupun untuk beli barangan keperluan makanan. Awal bulan lalu, tinjauan yang dibuat Jabatan Perangkaan Malaysia dapati majoriti responden tak bersedia dari segi kewangan jika PKP dilanjutkan.

Tinjauan tu dapati sebanyak 81.9 peratus responden yang bekerja sendiri tak bersedia jika PKP dilanjutkan, dan 71.4 peratus responden yang bekerja sendiri kata ada simpanan untuk sebulan je. Selain tu, 46.6 peratus responden daripada kategori itu berkata telah hilang pekerjaan.

Akazillah turut bangkitkan satu lagi masalah yang dihadapi penghuni PPR, iaitu ruang yang sempit yang perlu dikongsi semua anggota keluarga. Dia kata saiz rumah yang sempit timbulkan rasa tak selesa. Akazillah bimbang jika tempoh PKP dilanjutkan untuk satu tempoh yang lebih lama kerana bantuan kerajaan sebelum ini tak akan dapat menampung perbelanjaan harian untuk jangka masa panjang.

Setelah hampir menang dari sudut kesihatan, kita perlu bekerja untuk memperbaiki ekonomi

Macam yang kami selalu kata, dalam menghadapi pandemik Covid-19, kerajaan perlu memberikan dua jaminan utama; jaminan perkhidmatan kesihatan dan ekonomi. Kita dapat melihat jumlah kes semakin menurun, ia adalah hasil usaha keras banyak pihak. Kita hampir menang dari sudut kesihatan, dan moga kes baru akan mencapai angka sifar dalam minggu ini. Cuma, dari sudut ekonomi rakyat; masih ada terlalu banyak hal yang perlu difikirkan dan dilakukan kerajaan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top