Kisah umat Islam yang perlu berpuasa 17 jam, termasuk mualaf

Masa bulan Ramadan ni, kadang-kadang rasa macam nak pengsan. Lebih-lebih lagi kalau korang terlupa nak ambil sahur. Secara umumnya kat Malaysia ni kita berpuasa dalam 13-14 jam. Cuba bayangkan perasaan orang yang kena puasa 17 jam, mesti lagi mencabarkan?

Umat Islam yang menetap di Denmark dan negara Skandinavia seperti Norway dan Iceland perlu berpuasa lebih 17 jam sehari di bulan Ramadan pada tahun ini selepas waktu siangnya lebih panjang berbanding negara-negara lain.

Ada yang sampai tahap ambil cuti untuk berpuasa

Arab News melaporkan, terdapat juga kawasan di dunia dengan waktu siangnya terlalu panjang pada masa-masa tertentu se­perti kepulauan Svalbard di laut Artik atau bandar Tromso yang terletak di tanah besar Norway.

Menurut seorang cendekiawan dan imam di Oslo, Asim Mohammed, 31 tahun, mereka yang berpuasa di negara Skandinavia memiliki tiga pilihan, sama ada berpuasa mengikut waktu subuh dan maghrib bandar berdekatan, waktu Mekah atau waktu tempatan bermulanya matahari terbit.

Bila kau dah 17 jam berpuasa. Via Tenor

Kata Asim, terdapat juga jemaah yang mengambil cuti bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa bagi tempoh yang lama dan ia bergantung kepada pekerjaan penduduk.

“Jika bekerja dalam pejabat mungkin tiada masalah namun keadaan itu sedikit sukar kepada mereka yang bekerja di persekitaran terbuka dengan cuaca panas pada bulan Mei, Jun dan Julai. Saya kagum dengan jemaah di tempat saya tidak kira tua dan muda akan tetap berpuasa meskipun dalam keadaan sukar,” katanya.

Dehidrasi dan keletihan adalah cabaran utama diorang

Asim beritahu, ketika penganut Islam di utara Eropah menjalani ibadah puasa lebih panjang ketika penghujung musim bunga dan musim panas, keadaan sebaliknya pula berlaku ketika musim sejuk.

“Di Norway, wujud perbezaan ketara antara tempoh waktu siang pada musim panas berbanding dengan waktu siang pada musim sejuk. Ketika musim sejuk sekitar Disember, matahari terbenam seawal pukul 3.15 petang. Tentunya, umat Islam di sini lebih gemar berpuasa di musim sejuk,” ujarnya.

Via Poskod

Bagi Sofie Clausager Dar, 34 tahun, yang baharu memeluk Islam di Denmark tidak menolak bahawa dehidrasi dan keletihan menjadi antara perkara yang memberi cabaran terbesar kepada umat Islam ketika berpuasa.

“Kadangkala, saya akan berasa amat penat ketika petang selepas seharian berpuasa dan masa yang sama keletihan akibat kurang tidur,” – Sofie

Berapa lama korang rasa akan tahan untuk berpuasa?

Sebenarnya setiap tempat akan ada waktu-waktu yang berbeza untuk berpuasa. Macam yang kami dah cakap tadi, di Malaysia waktu berpuasa adalah sekitar 13-14 jam, itu pun dah kadang-kadang rasa susah. So, kalau korang duduk kat tempat yang perlukan waktu yang panjang untuk berpuasa – mampu tak?

Artikel ni banyak merujuk laporan UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *