Disebabkan terlalu berhantu, klinik di Selangor ni terpaksa ditutup

Bila sebut pasal hantu pada zaman yang serba canggih ni, rasa macam tak logik. Tapi benda inilah yang terjadi pada sebuah klinik yang dipercayai telah diganggu makhluk halus. Lama jugak kami fikir, agaknya kalau bulan Ramadan ni – makhluk halus tu tak dirantai ke?

Penutupan sementara Klinik Desa Gesir Tengah sejak seminggu lalu dipercayai akibat gangguan makhluk halus telah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil tindakan sewajarnya berhubung penutupan sementara tu.

Klinik yang dipercaya berhantu. Via Astro Awani

Menurutnya, perkara tersebut diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM untuk tindakan lanjut.

“Kita ambil maklum perkara ini dan sudah membawanya kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM. JKNS juga sedang giat menjalankan tindakan berkaitan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Klinik Desa Gesir Tengah ditutup sementara selepas gangguan makhluk halus berlarutan sejak 2007. Dua jururawat masyarakat yang bertugas dihantui beberapa gangguan mistik termasuk jelmaan lembaga hitam berupa perempuan tua.

Rakaman CCTV yang menakutkan. Via Tenor

Meskipun kejadian berlaku pada waktu siang namun mendatangkan trauma kepada jururawat sehingga terpaksa menunggu pesakit di pondok di luar klinik.

Bagaimanapun, gangguan hanya membabitkan kawasan dalam bangunan klinik berikutan penduduk dan pekerja bengkel motosikal berdekatan klinik terbabit tidak mengalami sebarang gangguan aneh.

Artikel asal ditulis oleh Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *