Pemegang motosikal dalam rahim wanita, 19 doktor lakukan pembedahan

Pemegang motosikal dalam rahim wanita, 19 doktor lakukan pembedahan

Dalam dunia ni, macam-macam cerita yang tak masuk akal akan disajikan pada kita. Daripada cerita yang kadang-kadang boleh buat kita rasa ‘wow’, sampailah tahap cerita yang tak terlintas dek akal. Baru-baru ni, seorang wanita di India selamat menjalani pembedahan mengeluarkan pemegang motosikal yang tersumbat dalam rahimnya.

Wanita berusia 30 tahun itu dimasukkan ke Hospital MY di Indore di negeri Madhya Pradesh pada Isnin lalu selepas mengadu sakit perut.

Untuk membedah wanita ni, 19 doktor diperlukan

Doktor yang melakukan imbasan x-ray terkejut selepas mendapati satu objek asing berada dalam rahim wanita tersebut. Pemegang motosikal itu tersumbat di antara usus kecil dan pundi kencing. Lapor media tempatan, sepasukan 19 doktor terlibat dalam proses pembedahan yang mengambil masa selama empat jam bagi mengeluarkan objek tersebut.

Via Sinar Harian

Keadaan ibu enam itu kini dilaporkan stabil. Jurucakap hospital, Dr Sonia Moses berkata, wanita terbabit memaklumkan pemegang motosikal itu tersumbat dalam rahimnya selepas dimasukkan secara paksa oleh suaminya yang mabuk.

“Dia telah diugut untuk tidak menceritakan perkara itu kepada orang lain atau dia disakiti. Objek itu telah berada di dalam rahimnya selama hampir dua tahun. Rahimnya telah terjejas teruk dan harus dibuang, tetapi kami berjaya memulihkan pundi kencingnya,” kata Sonia seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Tambahnya, wanita malang itu tidak mampu melahirkan anak lagi selepas ini.

Laporan asal disediakan oleh Sinar Harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top