Cadangan PTPTN untuk sekat pelbagai lesen mengundang kemarahan rakyat

Semalam, selain isu perceraian Aliff Aziz jadi perbualan utama netizen. Satu lagi benda yang menggangu emosi kebanyakan pengguna internet adalah; cadangan PTPTN yang katanya nak perkenalkan semula sekatan ke luar negara. Cumanya kali ni lagi dahsyat, sebab diorang bercadang nak sekat pembaharuan pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan. Apa lagi, netizen pun ambil peluang untuk hentam PTPTN kaw-kaw.

Sebabnya pada PRU14, Pakatan Harapan berjanji nak tangguhkan pembayaran PTPTN sehingga peminjam bergaji RM4,000. Bukan setakat janji ni tinggal kenangan, diorang tambah pulak tekanan pada peminjam. Makinlah orang ramai marah.

PTPTN cadang nak sekat pembaharuan pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai. Dalam taklimat media bersama pentadbiran tinggi PTPTN hari ini, termasuk pengerusi Wan Saiful Wan Jan, perbadanan itu sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.

Via Malaysiakini

Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet. Sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal membuat bayaran, jelas Mastura kepada wakil media.

“Lebih daripada dua pertiga peminjam PTPTN yang gagal bayar balik pinjaman, mula membayar balik selepas pihak kami mengenakan sekatan perjalanan. Daripada satu juta peminjam yang gagal membayar balik hutang, 684,000 daripadanya membuat kembali melunaskan bayaran pinjaman, hanya 332,000 sahaja yang masih tidak membuat sebarang pembayaran,” – Mastura

Janji lain mengenai PTPTN adalah menangguhkan pembayaran balik kepada peminjam yang memperoleh gaji kurang daripada RM4,000 sebulan. Menurut Wan Saiful, PTPTN sedang mengumpul maklumbalas daripada orang awam berkenaan cadangan-cadangan yang diterimanya buat masa ini dan akan membawanya ke mesyuarat kabinet bagi mendapatkan keputusan muktamad.

Masih ingat? Via Akhbar Amanah

Menurut PTPTN, semasa sesi urus libat (bersama para pemegang taruh), terdapat perbincangan mengenai keberkesanan sekatan perjalanan. Terdapat juga pandangan bahawa kaedah tersebut perlu diteruskan terhadap peminjam yang ‘liat membayar hutang’ bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab.

 

Anwar Ibrahim kata beri kelonggaran pada peminjam yang belum bekerja

Kalau nak tunggu pembangkang bagi kenyataan berkenaan isu ni memang agak lambat. Diorang nampaknya hanya akan fokus pada isu yang melibatkan agama dan Melayu. Sepatutnya dioranglah antara orang yang pertama beri komentar untuk mengkritik cadangan PTPTN ni. Tak pun, mungkin diorang setuju dengan cadangan ni, sebab tu diorang perkenalkan dulu. Alih-alih, ahli Parlimen kerajaan sendiri yang berikan komentar.

Menurut Datuk Seti Anwar Ibrahim, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus beri kelonggaran sebelum memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara kepada kepada peminjam-peminjam yang gagal melunaskan pembiayaan pendidikan mereka.

Anwar Ibrahim. Via Utusan

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, beliau sentiasa akan menyokong kehendak rakyat yang majorotinya tidak bersetuju dengan tindakan PTPTN yang dilihat menekan para peminjam. Atas sebab itu, beliau menyarankan kepada urus tadbir PTPTN supaya memberi sedikit ruang kepada para peminjam terutamanya yang masih menganggur.

“Beri sedikit kelonggaran kepada peminjam yang belum dapat pekerjaan, beri ruang sedikit. Saya akan sokong kehendak rakyat dan saya rasa rakyat tidak akan bersetuju dengan apa-apa tindakan yang agak keras. Terutamanya dalam kalangan mereka yang belum bekerja. Mereka pinjam tetapi tidak ada kerja, nak tekan lagi sebab apa, itu pandangan saya,” – Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh Utusan

Sepatutnya PTPTN lebih berfikir panjang dan berhati-hati

Ini bukanlah kali pertama PTPTN mengeluarkan idea yang pelik-pelik. Beberapa bulan lepas diorang ada perkenalkan Potongan Gaji Berjadual (PGB), yang menyaksikan jumlah potongan pinjaman PTPTN mengikut kadar gaji. Cadangan ni pun ditolak mentah-mentah oleh rakyat kerana terlalu menekan mereka yang mempunyai gaji RM3,000 ke atas. Nampaknya PTPTN harus cuba mencari jalan untuk menunaikan manifesto PRU14 Pakatan Harapan jika diorang nak dapat imej dan sambutan yang baik daripada rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *