KELANTAN mahu tutup kedai semasa Tarawih, tapi ditentang Nik Abduh

Kelantan terkenal dengan jolokan serambi Mekah. Banyak peraturan ‘islamik’ yang diperkenalkan di Kelantan. Kali ni pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh Kelantan diarahkan menghentikan sementara perniagaan, bermula jam 8.30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ia bagi menggalakkan umat Islam menunaikan sembahyang Tarawih berjemaah di masjid atau surau, yang lazimnya diadakan sepanjang waktu itu. Arahan tu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri melalui satu notis 6 Mei 2019 (hari ini) dan berkuat kuasa serta-merta.

Surat arahan. Via MalaysiaKini

Notis yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Adnan Hussin itu juga mengarahkan agar semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan arahan kepada pengusaha kedai makan dan restoran di kawasan masing-masing.

Semua penguasaha kedai makan dan restoran diarah menutup atau menghentikan sementara operasi dari jam 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan. Menurut notis tu, arahan ni adalah bagi menghormati bulan Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan sembahyang sunat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau.

Namun cadangan ini tidak disokong Nik Abduh

Nik Abduh, ahli Parlimen Bachok, Kelantan tak setuju dengan cadangan ni. Dia kata;

Saya ditunjukkan surat arahan ini selepas solat Tarawih tadi. Selepas sahkan kebenarannya, saya dengan ini berharap dan berdoa agar arahan ini ditarik balik. Ia mengganggu kebenaran dan keberkatan bulan Ramadhan yang penuh berkat. Rezeki yang halal dan baik di bulan Ramadhan wajar digalakkan, bukan dihalang.

Pada bulan penuh kelebihan ini, umat Islam adalah digalakkan menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah al Rasul;

“Barangsiapa yang diharamkan oleh Allah dengan keberkatan dan kelebihan di bulan Ramadhan, maka sesungguhnya dia telah diharamkan daripada segala kebaikan.” – Maksud hadis al Rasul

Bagaimana pandangan korang?

Kalau berdasarkan hujah Ustaz Nik Abduh, patutnya Ramadan ni jadi bulan untuk umat Islam mencari rezeki, tambahan lagi solat Tarawih bukanlah ibadat yang wajib. Patutkah Kelantan buat macam ni? Tinggalkan komen kat bawah…

Laporan asal diterbitkan oleh MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *