Dr. Luqman Abdullah Mufti Wilayah Persekutuan yang baru, ini fakta tentang dirinya

F1
Dr. Luqman Abdullah Mufti Wilayah Persekutuan yang baru, ini fakta tentang dirinya

Kerusi Mufti Wilayah Persekutuan akhirnya mempunyai penyandang setelah Dr. Luqman Abdullah dilantik jadi Mufti Wilayah Persekutuan baharu ke-8. Kerusi tersebut ditinggalkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan terdahulu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dah dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Penyandang terbaharu, Dr. Luqman ni pun hebat dan bijaksana jugak orangnya. Jom baca latar belakang Mufti ke-8 kita…

Mufti Wp Baharu Dr. Luqman
Dr. Luqman bersama Dr. Zulkifli.. -Via Berita Harian

Merupakan anak ulama terkenal di Kelantan, buktikan boleh sampai ke luar negara

Dilahirkan pada 12 September 1969 di Kampung Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas di Kelantan, Dr. Luqman dididik dalam dua dunia pendidikan – pendidikan formalnya bermula di Sekolah Rendah Lemal, Pasir Mas hinggalah berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat tinggi kat Universiti Malaya pada 1989.

Pendidikan tak formalnya pulak dilaksanakan di bawah tunjuk ajar bapanya, Al Marhum Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman yang merupakan seorang ulama terkenal di Kelantan. Dari usia muda, dia dah belajar banyak cabang ilmu dalam bidang ilmu agama seperti nahu, saraf, fiqh, usuluddin, tafsir, hadis, mantiq dan balaghah.

Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah
Al Marhum Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman..-Via Facebook

Jadi tak hairanlah bila dah masuk peringkat sekolah menengah, dia dah berkecimpung dalam aliran pendidikan agama Islam. Lepas di peringkat sekolah rendah tu, dia masuk ke Sekolah Menengah Ugama, Pasir Mas (1981-1986) dan Pra Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri (1987-1989).

Selain tu,dia jugak mengikuti peringkat Sarjana Muda di Fakulti Syariah, Akademik Islam Universiti Malaya (1989-1993) dan sempat mengikuti pengajian Undang-Undang Perbandingan di UIA pada 1994-1995 sebelum meneruskan pengajiannya di Universiti Edinburgh, Scotland selama 4 tahun dalam peringkat Kedoktoran Falsafah dalam bidang Undang-undang Harta Islam.

Dr Luqman Abdullah
Via theinspirasi.my

Berpengalaman luas dalam kerajaan dan berbakti pada masyarakat dalam pemantapan sekolah pondok, institusi zakat

Peranannya sebagai seorang pensyarah di universiti tak hanya terbatas pada setakat mengajar je. Ikut dari CV Dr. Luqman sendiri, rupanya banyak jugak penglibatannya luar dan dalam kampus. Di peringkat ilmiah, dia dah terbit dan bentang banyak kajian, kertas kerja dan prosiding untuk jurnal-jurnal berimpak tinggi. Kebanyakan kajiannya pulak berkisarkan pembahagian harta dan institusi zakat.

Di luar kampus pulak, dia banyak dilantik menjadi penasihat kerajaan dalam pembuatan dasar dan polisi. Antara jawatan yang tengah disandangnya selain dari Mufti W.P adalah Penasihat Syariah untuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (2019-2020), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk 2017-2020 (SSM) dan merupakan Panel Penilai untuk Majlis Kelayakan Malaysia (MQA) untuk 2018-2021.

Kerajaan Kelantan Dr. Luqman Abdullah
Dr. Luqman bersama wakil kerajaan negeri Kelantan..-Via Berita Harian

Kalau nak dilihat dari segi kajian ilmiahnya, dia jugak banyak membincangkan pasal ekonomi Islam dan hubungan Islam dan bukan Islam di Malaysia secara harmoni dengan mengikuti pemikiran Yusuf al-Qaradawi. Untuk korang yang tak berapa familiar dengan al-Qaradawi ni, pemikiran Yusuf al-Qaradawi ni memang popular di Malaysia kerana realistik dan bersifat progresif.

Dia jugak memajukan semula Madrasah Ar-Rahmaniah Pondok Lubok Tapah bersama adiknya Ustaz Hamdan. Bersama ibunya Hajjah Kamariah serta adiknya ni, mereka telah menubuhkan Akademi Tuan Guru Haji Abdullah Sdn. Bhd. yang berfungsi sebagai syarikat pencari dana untuk madrasah tersebut dengan kerjasama syarikat-syarikat korporat.

Pondok Lubuk Tapah
Boleh tahan besar jugak ni.. -Via Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Madrasah tu pun istimewa jugak dalam sejarah pendidikan di Kelantan sebab ia adalah antara  sekolah pondok tertua di negeri tersebut, jadi kepimpinan Dr. Luqman untuk memastikan kelangsungan madrasah tersebut yang dah lahirkan banyak ilmuwan agama yang hebat ni sungguh penting dan besar kepentingannya.

Dr. Luqman layak jadi Mufti W.P, harapnya takde terpalit dengan apa-apa fitnah lepas ni

Untuk pengetahuan korang jugak, dia turut dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (J.M.K), Darjah Kebesaran Negeri Kelantan pada 2016. Mengira kelayakan pendidikan dan sumbangannya kepada masyarakat, kami rasa Dr. Luqman sememangnya layak dilantik sebagai Mutfi Wilayah Persekutuan.

Luqman Kelantan Diraja Kebesaran
Via Rentas Asia

Tak kurang ramai jugak berbangga dengan pencapaian serta perlantikan Dr. Luqman ni. Bekas Mufti W.P Dr. Zulkifli pun yakin kemampuan Dr. Luqman untuk pikul tanggungjawab jadi Mufti, manakala Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff tak ketinggalan ucapkan tahniah kepada Dr. Luqman.

“Kak Lah sangat mengenali keluarga beliau dan rapat dengan bondanya, Hajah kak Yah serta ayah kepada Dr Luqman. Kak Lah sentiasa menziarahi Tuan Guru di pondok Lubok Tapah. Alhamdulillah, Dr Luqman dipilih menjadi Mufti Wilayah Persekutuan merupakan anak jati Lubok Tapah di parlimen Rantau Panjang dalam jajahan Pasir Mas.

Semoga pemilihan beliau ini akan dapat memberi khidmat bakti yang terbaik untuk umat Islam terutama di Malaysia,”- Siti Zailah, seperti yang dilaporkan HarakahDaily pada 16 Mei

Siti Zailah
Dr. Siti Zailah -Via The Star

Namun begitu, ada jugak suara sumbang yang perli Dr. Luqman dan Dr. Mohammad Asri Zainul Abidin atau Dr. MAZA. Dr. MAZA merupakan Mufti Perlis yang popular kerana aktif di media sosial dan kadangkala pandai sembang politik jugak. Oleh sebab tu, dah beberapa kali tercalit fitnah berbaur politik ke atas dirinya.

Ustaz Abu Syafiq Perli Dr Luqman Maza
Via infosebenar.com

Suara sumbang tersebut jugak pernah ‘cari gaduh’ dengan Ustaz Ebit Lew dulu. Kalau korang tak ikut perkembangan cerita tu, haa… suara sumbang ni bernama Ustaz Abu Syafiq. Walau bagaimanapun, Ustaz Abu Syafiq nafikan dia tujukan pun kritikannya pada Ustaz Ebit Lew mengenai jaga aib penerima ketika nak memberi pertolongan.

“Masa saya tulis tu, demi Allah saya tak tahu Ebit masukkan dalam Facebook sebab saya tak follow dia. Saya tak tahu langsung… saya tak tuju kepada dia dan saya tak tahu langsung. Tapi ada orang ambil statement saya… (cantumkan) kata Ustaz Abu Syafiq ni kutuk Ebit Lew. Kemudian baru saya tahu Ebit letak gambar. Saya tak tahu sebelum tu. Tak ada kaitan dengan Ebit Lew sebenarnya,”- Temu bual Ustaz Abu Syafiq bersama bekas wartawan TV3, Ryzal Ibrahim, seperti dipetik oleh Mstar pada 27 April

Pos Fb Abu Syafiq
Ni ke hantaran yang dimaksudkan tu?- Via Beautiful Nara

Kami harap lepas ni Dr. Luqman dapat kekalkan neutraliti dirinya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Mufti sebelumnya. Menjadi public figure ni sukar sebenarnya, namun kami yakin Dr. Luqman mampu menjalankan tugasnya sebaik mungkin serta adil dan saksama.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top