Akibat nak bersalin di kampung sendiri, wanita mengandung ni bawa Covid-19 ke Kelantan

F1
Akibat nak bersalin di kampung sendiri, wanita mengandung ni bawa Covid-19 ke Kelantan

Kita sering diberi peringatan – kesilapan kecil mampu menyebabkan usaha kita sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan menjadi sia-sia. Melihat situasi yang ada pada hari ini – nampaknya pengorbanan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah dah semakin berhasil. Kini hampir setiap hari kita mencatatkan jumlah kes baharu di bawah angka 50 kes.

Lol
Sesuatu yang kita tak akan lupakan. Via Awani

Keadaan ini dah berjaya capai objektif utama kita, iaitu untuk turunkan lekuk jangkitan. Keadaan pesakit yang berkurangan akan membantu petugas dan fasiliti kesihatan kita untuk menampung jumlah pesakit. Keadaan ini hanya boleh diteruskan sekiranya kita semua berdisiplin dan sanggup mengorbankan sedikit “kebiasaan” demi kebaikan bersama. Malangnya, masih ada rasa “takpe” sehingga diorang boleh jadi punca kepada penularan virus Covid-19 ni.

Akibat nak bersalin dekat kampung sendiri, wanita mengandung ni bawa Covid-19 ke Kelantan

Kes Covid-19 dikesan pada seorang wanita mengandung berusia 30-an yang pulang dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai sehingga menyebabkan 20 kontak rapat dikenakan kuarantin. Selain ahli keluarganya, petugas klinik kesihatan yang rawat wanita tu turut dikenakan tindakan sama, bagi mengesan sebarang tanda jangkitan.

Wanita tu dikesan merentas sempadan negeri di luar tempoh dibenarkan pihak berkuasa baru-baru ini. Sebaliknya dia hanya pulang dari Ampang ke Kampung Sungai Durian, Kuala Krai, pada Jumaat lalu iaitu di luar tempoh pergerakan rentas negeri yang dibenarkan di antara 7 hingga 10 Mei lalu.

Wanita mengandung yang disahkan positif Covid-19 tu pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua. Menurut sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, berdasarkan keterangan pesakit, wanita tu pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan dah memasuki 35 minggu.

“Apa yang bahaya, pesakit ini tidak mempunyai tanda-tanda seperti demam atau batuk yang menyebabkan dia bebas bergerak. Mangsa pulang pada 15 Mei dan tiada kaitan dengan perjalanan Gerak Malaysia, sebaliknya balik untuk bersalin. Susulan kejadian itu, seramai 20 individu dikuarantin termasuk ahli keluarga dan kakitangan klinik kesihatan,” – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Lol
Pemeriksaan pihak berkuasa di Kelantan. Via Sinar Harian

Benda ni menandakan selepas lebih sebulan bebas daripada Covid-19, Kelantan kembali catatkan satu kes terbaru di Kuala Krai. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, berkata mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Kini Polis Kelantan menunggu arahan dari kerajaan negeri untuk sebarang tindakan selanjutnya, susulan kemunculan semula kes jangkitan Covid-19 di sana. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, sifatkan kejadian itu adalah satu tragedi memandangkan negeri Kelantan dah lebih sebulan berstatus Zon Hijau dan kini secara automatik bertukar kepada kuning.

“Ini adalah satu tragedi di Kelantan dan apa yang kita tahu seorang pembawa boleh menjangkiti 30 orang yang lain. Untuk periksa seorang demi seorang individu yang merentas negeri sudah pasti satu beban yang perlu ditanggung oleh kami sedangkan wabak itu dibawa dari negeri lain. Bagaimanapun kami akan mengadakan mesyuarat dan terpulang kepada kerajaan (negeri) untuk memutuskan sebarang perubahan tindakan dalam penguatkuasaan pemantauan nanti,” – Hasanuddin Hassan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Lol
Datuk Hasanuddin Hassan. Via NST

Nampaknya kita kena elakkan amalan “biasa” ketika Aidilfitri, contohnya melawat kubur

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) larang umat Islam lakukan ziarah kubur di tanah perkuburan Islam pada pagi Aidilfitri tahun ni dalam usaha bendung penularan Covid-19. Pengarah JAIPs, Dr Hazman Hassan kata langkah tu diambil bertepatan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang dikeluarkan pada 2018. Selain Perlis, Johor pun larang ziarah kubur untuk raya kali ni.

“Pintu pagar akan ditutup untuk mengelak kekeliruan dan bagi tanah perkuburan Islam yang tidak memiliki pagar yang sempurna, kita akan meminta satu sekatan sementara didirikan sehingga berakhirnya sambutan Aidilfitri tahun ini. Malah semua pintu pagar dan sekatan sementara bagi tanah perkuburan Islam di dalam kariah akan digantung dengan salinan surat yang akan dikeluarkan oleh JAIPs dalam tempoh terdekat,” – Hazman Hassan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Hazman kata, bagi pelaksanaan takbir Aidilfitri di masjid, jawatankuasa yang terpilih dibenarkan untuk bertakbir menurut panduan yang sudah disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Apabila masuk 1 Syawal, takbir Aidilfitri mesti dilaksanakan dengan bergilir-gilir dan tak melebihi tiga orang pada suatu masa selain perlu pastikan penjarakan sosial terjaga dan melakukan proses nyah kuman peralatan berkaitan dari semasa ke semasa.

Selain daripada acara ziarah kubur ni, kami juga sarankan korang tak pergi beraya walaupun kerajaan dah umumkan beraya dibenarkan, tapi kena di bawah 20 orang. Korang beraya je dengan keluarga yang ada di rumah, sebabnya itu akan bantu untuk kurangkan risiko kadar jangkitan baharu akan berlaku. Sebabnya, seorang pembawa virus yang “tersilap” pergi beraya mempu menyebabkan kluster yang baru akan terjadi.

Tak apalah, kali ini kita korbankan je raya, untuk pastikan takde orang yang terkorban akibat Covid-19. Menangguhkan raya kali ni jauh lebih baik daripada menyebabkan orang terjangkit Covid-19; sehingga tak dapat beraya pada tahun hadapan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top