Remaja buli warga emas, satu kampung datang ke rumah remaja tu

Remaja buli warga emas, satu kampung datang ke rumah remaja tu

Beberapa hari lepas, viral video yang menunjukkan sekumpulan remaja yang tengah membuli warga emas sehingga mendapat kecaman netizen. Kalau difikirkan secara logik pun, dah takde benda lain ke nak buat sampai perlu buli orang tua? Dahlah sekarang ni tengah bulan Ramadan. Dalam video tu, salah seorang remaja macam nak jatuhkan motosikal yang ditunggang warga emas berkenaan. Apa yang buat kami lagi panas hati, remaja tu turut membaling objek ke arah warga emas malang tu sambil ketawa.

Disebabkan rakaman tu, penduduk kampung pergi cari budak-budak tu kat rumah diorang

Rakaman yang tular itu dikatakan menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat yang kemudiannya bertindak mencari remaja terbabit. Lepas tu, ada klip video lain yang dimuat naik menerusi laman Facebook yang memaparkan penduduk setempat berjaya mengenal pasti remaja berkenaan.

Puluhan penduduk membanjiri rumah remaja itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan mereka. Menurut seorang netizen ketika dihubungi FMT, Joha Jaafar, dia amat mengenali warga emas itu yang disifatkan sebagai peramah dan suka bermain dengan kanak-kanak.

“Aku penduduk asal Sijangkang kenal sangat dengan orang tua ni. Dulu masa kecil suka dia dengan budak-budak selalu tegur dia, ajak dia main kampung. Zaman dah berubah. Hormatilah dia,” tulisnya ketika dihubungi FMT

Mangsa bersama adiknya. Via Hmetro

Sementara itu, Norazli Al Jauhary turut mengagumi tindakan penduduk setempat yang pantas mencari kumpulan remaja terlibat.

“Tahniah penduduk setempat. Sama-sama banteras tingkah laku biadap remaja akhir zaman. Harap teruskan amalan amal makruf nahil mungkar ini. Semoga penduduk seperti tempat ini sentiasa bersatu menentang kemungkaran,” kata Norazli ketika dihubungi FMT

Atuk yang baik hati ni dah maafkan kelakuan budak-budak tu

Menurut Mohd Mudakir yang jadi mangsa dalam video tu, dia hanya berniat menegur kumpulan remaja itu yang dilihat melepak di kawasan parkir berkenaan pada petang 7 Mei lalu.

“Namun, dia tidak menyangka kejadian itu tersebar dan terkejut apabila rumah didatangi lima remaja bersama keluarga masing-masing selain kira-kira 1,000 penduduk kampung malam tadi. Semua remaja itu hadir bagi memohon maaf dan saya memaafkan perbuatan mereka.

Satu kampung datang. Via PenangKini

Kata bapa kepada tiga anak itu, dia sememangnya sentiasa meronda bersama motosikalnya di kampung itu dan menegur remaja supaya melakukan aktiviti berfaedah terutama menunaikan solat apatah lagi ketika Ramadan. Namun, mereka hanya budak-budak dan saya turut mengenali ibu bapa mereka yang juga penduduk kampung sama.

“Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu sehingga membuat laporan polis. Mereka mungkin berniat untuk bergurau, namun agak melampaui batas,” katanya ketika dihubungi oleh Hmetro

Bagi adiknya, Hairuzaman, 47, dia sekeluarga sememangnya kecewa dengan kejadian itu dan mengharapkan ia tidak berulang pada masa akan datang. Abang saya mula menghadapi masalah lembam selepas terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Jalan Pelabuhan Klang pada Disember 1985. Dia hanya berniat untuk menegur dan saya tidak sangka pula sehingga menjadi tular. Kami memaafkan remaja itu dan berharap ia menjadi pengajaran berguna kepada mereka

Belum raya lagi bang. Apa nak kumpul-kumpul ni? Via Ohbulan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Tindakan remaja itu dilihat agak keterlaluan terhadap orang dewasa sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dan marah dalam kalangan ahli keluarga serta penduduk kampung.

Nak bergurau pun, beragak-agaklah

Apabila kita tengok video yang tengah tular tu, memang rasa macam nak bagi penyepak je kat budak-budak ni. Tapi kita kena ingat, kekerasan tak akan selesaikan apa-apa. Kita patut puji tindakan atuk yang jadi mangsa ni kerana memaafkan kelakuan budak-budak yang nakal tu. Moga diorang tu belajarlah; bersopan-santun terhadap golongan tua.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print