Bayar RM5,000 kalau nak guna cermin kereta yang lebih gelap

Bayar RM5,000 kalau nak guna cermin kereta yang lebih gelap

Mulai hari ni pemilik kenderaan tak perlu lagi gusar untuk dikenakan saman oleh pihak berkuasa sekiranya kadar ketelusan cahaya tampak atau cermin gelap kereta mereka melebih had yang ditetapkan. Sebabnya, Kementerian Pengangkutan sudah menetapkan tiada lagi had bagi cermin gelap untuk semua kenderaan persendirian.

Menurut menterinya, Anthony Loke Siew Fook, kelonggaran itu bagaimanapun, hanyalah untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang sahaja. Sebelum ni, ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30 peratus seperti digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Via Bernama

Sehubungan itu, Anthony berkata, peraturan baharu menetapkan kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan kenderaan pula adalah 70 peratus manakala bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu terikat pada 50 peratus.

“Cermin di belakang dan cermin penumpang tidak ada had, boleh gelap. Sebab ramai yang mintak supaya kita longgarkan untuk berikan lebih gelap supaya kita boleh tahan haba dan sebagainya. Kita dah ambil pertimbangan itu tetapi kita tak boleh kompromi untuk cermin depan dan untuk cermin pemandu sebab itu yang lebih penting dan itu (had) kita kekalkan sedia ada,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Beliau turut menegaskan, kebenaran itu hanya tertakluk untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Bagi kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak atau peratusan cahaya tampak tak boleh kurang daripada 70 peratus.

Selain tu, Anthony kata, kerajaan juga akan memperkenalkan bayaran untuk permohonan dan pemprosesan baharu sebanyak RM50 ke atas setiap kelulusan menggunakan cermin yang lebih gelap bertujuan meningkatkan hasil kerajaan. Kemudian, bila dah lulus pengguna akan dikenakan bayaran sebanyak RM5,000.

Tapi, polis tak setuju dengan peraturan baru ni…

Nampaknya ada pihak yang dakwa peraturan baru mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian akan menyukarkan tugas penguatkuasaan terutama polis. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias kata, pihaknya menghormati peraturan baru yang diumumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook tetapi berpendapat bahawa tugas polis dalam penguatkuasaan akan menjadi sukar.

“Pihak polis sebelum ini tidak pernah dipanggil bagi membincangkan berhubung peraturan baru ini. Saya berasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita,” – Datuk Azisman, seperti yang dilaporkan Metro

Datuk Azisman. Via Metro

Azisman kata, selain itu faktor keselamatan pasukan keselamatan juga akan terjejas kerana tidak dapat melihat penumpang ketika pemeriksaan dijalankan. Sebelum ni, kita boleh nampak penumpang dan pemandu, namun dengan peraturan baru ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan. Agak sukar bagi polis untuk membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang.

Menurutnya, peraturan baru tu jugak menyukarkan pasukan penguatkuasaan mengesan kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Via KLLB

Memang beberapa peraturan ditetapkan seperti mengenakan bayaran dan perlu memenuhi syarat lain antaranya tidak mempunyai rekod jenayah dan sebagainya, namun ia seperti lesen kenderaan juga. Ada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen dan boleh menggunakan kenderaan itu.

Korang rasa benda ni macam mana?

Ada jugak yang berhujah, peraturan ni bagus sebab boleh bantu pengguna kereta dari masalah haba berlebihan. Maklumlah Malaysia ni negara yang panas. Tapi hujah pihak polis pun tak kurang hebatnya, so sanggup ke korang bayar RM5,000 untuk dapatkan cermin kereta yang lebih gelap?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top