Setahun PH jadi kerajaan, kami pilih 10 gambar PRU14 yang paling power

Sedar tak sedar dah setahun rupanya kita tukar kerajaan. Punyalah pantas masa berlalu, perubahan kerajaan ni macam baru je terjadi semalam. Kami ingat lagi masa tu kami tak dapat tidur sebab nak tahu keputusan PRU14. Rakyat yang bertanggungjawab memang macam tu, dia amat peka dengan apa yang jadi kat negara dia. Siapa kami sokong masa tu? Bak kata lagu Siti Nurhaliza – biarlah rahsia.

Hari ni kami bukan nak kongsi pasal prestasi Pakatan Harapan, sebab dah banyak sangat portal berita dan blog yang buat macam tu. Korang kena ingat, kami bukan website boring yang buat cerita yang orang lain dah buat. Jadi hari ni kami akan kongsikan 10 gambar yang kami rasa amat epik dalam sejarah pertukaran kerajaan kat Malaysia. Kalau korang ada gambar yang lebih epik pun, boleh je beritahu kami kat ruangan komen.

1. SPR umumkan yang hari mengundi adalah 9 May 2018, Rabu

Masa tu ramai marah sebab hari yang dipilih adalah Rabu. Via Kosmo

2. Najib Razak yang ketika tu Perdana Menteri di hari penamaan calon Pekan

Mesti masa ni dia yakin akan menang. Via BenarNews

3. Gambar Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim tak dibenarkan dalam kempen PRU14

Masa kempen PRU14, gambar Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim diharamkan. Gambar calon dan presiden parti je boleh. Via PerakToday

4. Kapal PAS untuk ke Putrajaya

Kreatifkan? Via Utusan

5. Daim dan Rafidah ambik keputusan untuk sokong Pakatan Harapan

Otai masih berbisa. Via BHarian

6. Barisan Nasional lancar manifesto PRU14

Biru membara. Via BeritaHarian

7. Masa ni Pakatan Harapan pulak yang lancarkan manifesto

So far berapa dah diorang tunaikan? Via BeritaHarian

8. Sidang media untuk beritahu rakyat yang Pakatan Harapan dah menang

Via Denaihati

9. Laporan akhbar pada pagi 10 Mei, selepas Pakatan Harapan menang

Tak ramai yang sangka benda ni akan terjadi…

10. Tun Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri

Masa ni, ramai yang gembira. Via Kosmo

Mana satu gambar yang paling power

Hah…kami dah carikan korang beberapa gambar yang paling power. Korang rasa mana gambar yang kalau korang pandang rasa sedih je, sebab sebak mengenangkan apa yang yang dah berlaku setahun yang lepas. Pilihan kami? Tak tahu mana satu, sebab semua gambar best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *