Lelaki ini mengaku sebagai Raja Bunian yang wakili jin di alam kita

Benda ni sebenarnya dah jadi lebih kurang 2 bulan lepas, tapi kami fikir ada baiknya kalau kami kongsikan cerita ni dengan korang. Nak dijadikan cerita, ada seorang lelaki kat Kuala Terengganu mendakwa dirinya sebagai ‘raja bunian’ dan jalankan aktiviti ajaran Islam yang meragukan di Dungun. Sebenarnya ramai je dalam kalangan orang kita ni yang masih percaya akan kuasa sakti yang ada pada masyarakat bunian. Selalunya kalau ada orang hilang kat dalam hutan, benda pertama yang akan dipersalahkan adalah bunian.

Mamat ni akan didakwa pada Julai ni, sempatlah dia beraya dulu

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Terengganu (JHEAT), Nik Zuhaiza Ismail kata lelaki tu dah dibebaskan dengan jaminan polis. Jelasnya lelaki ni akan didakwa pada 28 Julai 2019 ni mengikut Seksyen 6 Akta Syariah Jenayah Takzir Terengganu 2001  kerana membuat dakwaan palsu.

“Perisytiharan adalah palsu dan berlawanan dengan ajaran Islam maka dikira satu kesalahan dan mahkamah boleh mendenda RM3,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” – Nik Zuhaiza Ismail

Tapi namanya lelaki ni tak bercadang untuk turun takhta biarpun ditahan pihak JHEAT. Keras betul hati mamat ni. Malahan lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa akan berbincang dengan pembesar dari kalangan jin terlebih dahulu sebelum membuat keputusan meletak jawatan.

Wuu bestnya jadi raja. Via Giphy

Suspek yang ditemui di pejabat JHEAT di Kuala Terengganu mendakwa dia mewakili seluruh warga jin di alam ini. Dakwanya lagi, pelantikan dia sebagai raja bunian juga mendapat perkenan empat sahabat Rasulullah yang didakwa ditemui secara jaga ketika berada di surau di Bukit Bauk.

Siap gelarkan diri sebagai Raja Muda Abdul Aziz

Dia menggelarkan dirinya sebagai Raja Muda Abdul Aziz didapati telah menetap di surau tersebut sejak enam bulan lalu. Dia mendakwa mendapat gelaran Raja Muda daripada kerajaaan jin yang didakwa mendiami kawasan hutan berhampiran dan menjadikan surau tersebut sebagai istananya.

Dalam tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas sebatang kayu mimbar yang dibalut dengan kain kuning dan putih dan dua buah batu nisan. Turut dirampas pelbagai barangan seperti sofa yang dijadikan sebagai kerusi takhta, kitab dan beberapa barangan lain.

 

Laporan asal dari Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *