Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
AgamaIsu Semasa

Nor Farhatul Fairuzah, qariah Malaysia yang masih di tingkatan enam

By Che Din
April 22, 2019 3 Min Read
Comments Off on Nor Farhatul Fairuzah, qariah Malaysia yang masih di tingkatan enam

Tarikh 20 April 2019 menjadi sejarah gemilang buat Malaysia apabila dua orang pesertanya menjadi johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61.

Qari Malaysia, Ustaz Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Qariah negara, Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah. Nor Farhatul mencipta sejaraj sebagai peserta paling muda (19 tahun) memenangi acara ini, semenjak ia dipertandingkan.

Pemenang dapat hadiah yang lumayan…

Kemenangan itu membolehkan mereka menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000. Yassine Bekouassa (Algeria) mendapat tempat kedua, manakala tempat ketiga menjadi milik Ilyas Lamhayahoui (Maghribi).

Wakil Indonesia, Wardatun Nisa Hasa menduduki tempat kedua kategori Qariah, manakala tempat ketiga, Karimah Hayibaraheng (Thailand). Bagi kategori Hafazan lelaki, peserta dari Sweden, Mohamed Abdi dinobatkan sebagai juara manakala untuk kategori wanita, ia dimenangi oleh peserta dari Niger, Fatouma Ousseni Moussa.

Via BH

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di majlis di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Qari Malaysia, Ustaz Abdul Khair merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pernah menang sebanyak 7 kali daripada 5 penyertaannya pada peringkat negeri.

Beliau yang mewakili daerah Gombak, dinobat sebagai johan sejak menyertai peringkat negeri pada 2011 sehingga kini, namun berehat pada 2013, 2014 serta 2016. Tahun 2018, beliau mendapat tempat keempat peringkat kebangsaan.

https://www.youtube.com/watch?v=brL4fYS9Uy4

Gadis solehah yang mendapat perhatian ramai orang…

Sementara itu, Nor Farhatul Fairuzah Panut baru sahaja berusia 19 tahun ini, dan sangat mencintai al-Quran. Anak bongsu daripada lima beradik ini merupakan puteri kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.

Farhatul masih bersekolah di tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.

Via MySumber

Beliau mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah seawal usia tujuh tahun. Sewaktu pertandingan peringkat kebangsaan baru-baru ini, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan.

Nor Faizah merupakan seorang guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar. Beliau juga merupakan Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2019. Nor Faizah yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata menjuarai peringkat negeri sebanyak 7 kali.

Via Astro Gempak

Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kita semua, bukan hanya untuk membaca dan menghafaz Al-Quran, tetapi juga untuk mengamal serta menghayati segala pedoman dan pengajaran di dalam Kitab Suci ini

Author

Che Din

Follow Me
Other Articles
Previous

ALAMAK! Gajah yang ada di Semenanjung Malaysia cuma tinggal 1000

Next

PU Abu jadi ustaz yang paling dikecam, mengalahkan ustaz Hamadi

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme