ALAMAK! Gajah yang ada di Semenanjung Malaysia cuma tinggal 1000

ALAMAK! Gajah yang ada di Semenanjung Malaysia cuma tinggal 1000

Hari tu kami ada tulis pasal Badak Sumbu Sumatera yang dikatakan dah tak ada dekat Sabah. Belum pun kami sembuh daripada kesedihan masa menulis artikel tu, ada lagi berita yang mengejutkan dan buatkan kami menaip artikel ni sambil mengusap air mata. Nampaknya gajah yang ada di Malaysia tinggal SERIBU wehhhh! Kalau benda ni dibiarkan tak mustahil akan gajah akan jadi macam Badak Sumbu Sumatera.

PERHILITAN yang selalu kena tembak melulu

Selalunya apabila isu kepupusan ni berlaku, PERHILITAN lah yang kena kecam. Kurang orang yang perkatakan faktor pembangunan tidak terkawal dan usaha Perhilitan menangani kerakusan pemburu haram mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada populasi hidupan liar dilindungi.

Lebih memeranjatkan, kematian hidupan liar dari tahun ke tahun menunjukkan peningkatan iaitu 7,451 (2017) berbanding 6,767 (2016) dan 6,258 (2015) dengan Selangor, Johor dan Perak mencatatkan kematian hidupan liar tertinggi iaitu 1,745, 1,616 dan 792 (Statistik oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) 2018).

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim kata, masalah kepupusan pelbagai hidupan liar di negara ini sentiasa menjadi fokus utama pihaknya yang dipertanggungjawab untuk memikirkan kaedah terbaik menangani isu itu.

Menurutnya, antara spesies haiwan yang didapati amat terancam adalah tenggiling, harimau Malaya, badak Sumatera dan banteng.

“Selain empat spesies ini, Perhilitan turut memberi fokus terhadap gajah, rusa sambar, kambing gurundan botak upeh,” katanya.

Via Tenor

Beliau berkata, berdasarkan maklumat dikumpul, bilangan gajah yang tinggal kini adalah 1,000 hingga 1,100 ekor di Semenanjung Malaysia, seladang (150 hingga 200 ekor), harimau belang (kurang 200 ekor), tapir (700 hingga 800 ekor), rusa sambar (350 hingga 400 ekor), kambing gurun (200 hingga 500 ekor ) dan burung botak upeh (20 hingga 30 ekor).

“Meskipun pelbagai strategi pengiklanan dan program kesedaran dikeluarkan saban tahun, isu pemburuan haram dan penjualan hidupan liar secara haram menjadi masalah utama,” katanya.

Flora dan fauna adalah harta yang kita pinjam dari cucu cicit kita

Macam yang kami dah kata hari tu, kita tak perlukan Thanos untuk hapuskan hidupan. Cukuplah dengan tangan-tangan manusia ni yang tamak. Peliharalah alam ni, sebab kita tengah pinjam dan akan wariskan kepada anak-anak kita kelak.

 

Laporan asal berita ni bertajuk Gajah tinggal 1,000 diterbitkan oleh Harian Metro.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top