Allahyarham Pitt, pemergian yang ditangisi oleh kebanyakan orang…

Dea
Allahyarham Pitt, pemergian yang ditangisi oleh kebanyakan orang…

Tiga hari lepas, seluruh rakyat dan penggiat industri perfileman tanah air berduka dengan pemergian sutradara Mohd Firdaus Mohamad Hanif ke rahmatullah akibat lemas masa memancing. Pemergian Mohd Firdaus atau lebih mesra disapa sebagai Pitt Hanif disifatkan kehilangan sebutir bintang yang amat berharga.

Allahyarham Pitt bukan hanya dikenali kerana ibunya seniwati Fauziah Nawi, tapi apa yang buatkan lelaki berusia 43 tahun tu disenangi penggiat perfileman ialah kerana keperibadian Allahyarham yang disenangi.

Ca
Via Astro Awani

Rata-rata ucapan takziah yang dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni terjemahkan kesedihan yang kebanyakan orang tengah hadapi akibat kehilangan ni. Pitt disifatkan seseorang karyawan berjiwa besar dan letakkan sepenuhnya kecintaan pada kerja-kerja seni.

Fauziah Nawi menulis nota syahdu untuk pemergian arwah…

Hati ibu mana yang tak luluh apabila perlu hantar anak tercinta ke tempat berehat kekal. Sekuat mana hati, secekal mana emosi sekalipun, perpisahan dengan anak melalui kematian adalah perkara yang paling sukar untuk diterima sesiapa pun.

Zs
Via Astro Awani

Seperti wanita lain, Fauziah Nawi juga tak ketinggalan sukar untuk bendung kesedihan apabila anak tercinta, Mohd Firdaus Mohamad Hanif meninggalkan dirinya untuk selamanya. Kat laman Facebook peribadinya, seniwati yang disegani tu menulis nota syahdu yang mengundang sebak dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan Allahyarham Pitt.

“Wahai anakanda Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif aka Pitt Hanif ramai yang menghantar mu wahai anak ke negeri abadi mu dengan doa serta kasih sayang. Mama hanya mampu menitipkan doa untuk mu wahai anak. Moga kau dalam pelukan kasih sayang Allah Rab mu. Mama ingat Pitt yg akan menghantar mama ke kuburan seperti Pitt menghantar arwah baba lebih 20 tahun lalu. Tapi Allah lebih Mengetahui,” – Fauziah Nawi melalui laman Facebooknya, seperti yang dilaporkan AWANI

Pemergiannya Pitt ke rahmahtullah disambut dengan penuh kesedihan namun penuh reda oleh keluarga dan rakan-rakan penggiat seni.

Lebih 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan artis dan kenalan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan…

Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur. Pengarah filem Coast Guard itu dibawa dari rumah ibunya di Taman Melati, Setapak, sebaik tiba dari Hospital Kuala Lipis, Pahang.

Kami pun tumpang bersedih di atas kehilangan ni. Via Giphy

Lebih 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan artis dan kenalan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir. Suasana pilu menyelubungi tapak perkuburan itu sebaik jenazah diangkat dan dimasukkan ke liang lahad.

Paling terkesan dengan pemergian arwah ialah ibunya dan isteri, Farah Ahmad, 42 serta tiga anak perempuan mereka berusia tujuh hingga 16 tahun. Barisan artis tanah air yang rapat dengan arwah turut menangisi kehilangan besar itu.

Xs
Via Astro Awani

Majlis bacaan tahlil dan doa disempurnakan oleh Ketua Bilal Masjid Al Ansar, AU2, Keramat, Shamsul Bahari Aminullah.

Sejak beberapa hari lepas, beberapa portal berita laporkan Pitt Hanif dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama rakan, Sham Mokhtar terbalik dan terbelah dua ketika diorang memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang.

Dalam kejadian tu, bot fiber yang dinaiki arwah dikatakan merempuh tiang besi sebuah jambatan menyebabkan Pitt dan Sham tercampak ke dalam sungai. Sham berjaya selamatkan diri tapi Pitt yang cuba berenang dibawa arus deras sebelum tenggelam.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) jalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya temui mayat Pitt jam 4.25 petang iaitu 500 meter dari lokasinya terjatuh.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama…

Melihat banyaknya kesedihan akibat pemergian Pitt menunjukkan betapa arwah merupakan seseorang yang punya peribadi yang tinggi dan dihormati. Kita selalu dengar – manusia mati meninggalkan nama. Soalan ni kadang-kadang ganggu kami; persoalan tentang – kita nak hidup bagaimana dan seperti apa?

Tentutanya kita mahu hidup sebagai manusia yang akan dikenang oleh kebanyakan orang sebagai orang yang berbudi dan berguna untuk orang lain. Takziah kami kepada keluarga Pitt, moga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan bertakwa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top