Kes maut 8 penunggang basikal lajak, ini sebab Mahkamah bebaskan tertuduh

Gt

Dua tahun lepas negara kita digemparkan dengan kes lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta kat Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Masa tu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh kata lapan remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun itu maut ditempat kejadian.

Lapan lagi remaja mengalami kecederaan – dua daripadanya kritikal dan dirawat di zon merah Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kes tu berlaku pukul 3 pagi, seramai 20-30 remaja berbasikal memenuhi jalan…

Sulaiman kata ketika kejadian tu, kereta yang dipandu oleh seorang wanita berumur 22 tahun tu tak dapat mengelak lebih 20 hingga 30 kumpulan remaja berbasikal yang dipercayai memenuhi jalan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, sekumpulan remaja 20 hingga 30 orang berada di situ menutupi jalan dan (pemandu) tidak sempat mengawal kenderaan. Jalan tersebut berbukit. Lapan orang remaja terbunuh di tempat kejadian dan dua masih kritikal di zon merah, dan enam lagi cedera setakat ini,” – Sulaiman, seperti yang dilaporkan AWANI

Asa
Via AWANI

Kalau ikut cerita Sulaiman, kejadian tu berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu semasa kenderaan tu dalam perjalanan dari Pelangi ke Skudai. Jelas Sulaiman, pihak polis dapati basikal yang digunakan oleh kesemua mangsa telah diubah suai dan tidak mengikuti spesifikasi yang dibenarkan.

Masa kejadian ni berlaku, ramai orang meminta agar ibu bapa sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing. Sulaiman kata, wanita tu kini disiasat dan siasatan awal dapati wanita itu tak mabuk semasa kejadian berlaku. Kes tu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Asa
Basikal lajak. Via Metro

Mahkamah Majistret putuskan tertuduh tak bersalah, dibebaskan tanpa perlu untuk membela diri…

Selepas dua tahun kes ni berlarutan, Mahkamah Majistret lepaskan dan bebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga sebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak yang kami ceritakan tadi.

Majistret Siti Hajar Ali bebaskan Sam Ka Ting, 24 tahun, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan tu selepas pihak pendakwaan gagal buktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan. Keputusan dibuat Siti Hajar tu selepas dengar hujahan pihak pendakwaan sejak kes itu dibicara pada 28 Mac 2017.

Alasan penghakiman itu turut mengambil kira keterangan 46 saksi pendakwaan dan 214 eksibit yang dibentangkan sepanjang tempoh perbicaraan. Mahkamah turut arahkan lesen memandu tertuduh dikembalikan serta-merta dan wang jaminan RM10,000 dikembalikan kepada penjamin.

Siti Hajar dalam penghakimannya kata mahkamah buat keputusan tu bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada jam 3 pagi, selain keadaan bahaya tu sendiri dicipta oleh kumpulan basikal lajak terbabit.

“Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan. Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di situ. – Siti Hajar, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Via Giphy

Ketika kejadian tu berlaku, pemandu dalam keadaan berhati-hati…

Memang munasabah untuk diorang yang lalu kat situ untuk menjangka situasi terjadi, namun hanya terpakai kepada penduduk kat situ dan mereka yang selalu gunakan jalan tu. Ia tak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan jalan itu atau penduduk yang tak tinggal di situ.

Siti Hajar kata, siasatan turut dapati tertuduh tak berada di bawah pengaruh alkohol, tak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.

Fa
Tertuduh. Via Berita Harian

Dia turut ingatkan ibu bapa supaya jaga anak-anak bagi mengelak kejadian itu berulang malah pihak polis diminta untuk bertindak tegas berhubung aktiviti macam ni.

“Maka bersandarkan kepada alasan yang saya nyatakan sebentar tadi, jika saya memutuskan tertuduh untuk membela diri, beliau memilih untuk berdiam diri bagi pertuduhan dikemukakan terhadap beliau. Persoalannya adakah saya akan mensabitkan beliau berdasarkan kepada keterangan dikemukakan pihak pendakwaan. Jawapan saya adalah tidak. Dengan itu, tertuduh mesti dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” – Siti Hajar, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Cada
Betul jugak kata mamat ni. Via Sinar Harian

Kalau ikut pertuduhan tu, Ka Ting yang pakai baju T berwarna putih didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Ka Ting dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan. Pertuduhan terhadap Ka Ting dilakukan di mahkamah sama pada 28 Mac 2017 dan dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit.

Gt
Via FMT

Kes ni adalah pengajaran untuk remaja dan ibu bapa, kita harap kes macam ni tak berulang

Ramai jugak yang tak puas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret ni, sebab diorang kata kemalangan ni sebabkan kematian ramai orang. Kalau korang baca betul-betul artikel ni, korang akan faham kenapa diorang buat keputusan ni. Sebabnya tertuduh tu memandu dalam keadaan berhati-hati, dan tiba-tiba ada kumpulan basikal lajak yang menghadang jalan kat depan dia.

Kalau korang di tempat tertuduh pun, korang mungkin tak sempat nak elak, lagi-lagi pada waktu awal pagi yang gelap. Kami harap geng-geng basikal lajak ambik pengajaran daripada kes ni, begitu jugak untuk ibu bapa yang patut pantau pegerakan anak diorang pada waktu malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *