Wanita disyaki mabuk sebabkan kematian, ini dakwaan yang bakal dikenakan

Az
Wanita disyaki mabuk sebabkan kematian, ini dakwaan yang bakal dikenakan

Baru-baru ni seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas dirempuh pemandu wanita warga China yang memandu dibawah pengaruh alkohol berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, Georgetown. Dalam kejadian jam 6.50 pagi Jumaat tu, mangsa Mohaidin Gani Mohamad, 58 tahun, yang menunggang motosikal maut kat tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Pembantu kesihata awam dirempuh ketika sedang menunggu di lampu isyarat…

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang maklumkan, kejadian tu berlaku ketika Pembantu Kesihatan Awam MBPP tu berhenti kat lampu isyarat bersama dua buah lagi kenderaan. Time dia tengah menungggu, tiba-tiba Honda Accord dipandu wanita berusia 24 tahun tu merempuh motosikal mangsa dan sebuah lagi motosikal dari arah belakang menyebabkan mangsa meninggal dunia kat tempat kejadian.

H1
Via Harian Metro

Polis, katanya, masih jalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Setakat ini, pihak polis sudah mengambil sampel darah pemandu kereta juga diambil daripada bagi ujian kandungan alkohol dan dadah. Kes ni akan disiasat mengikut Seksyen 44(1)(A) Akta Pengangkutan (APJ) 1987.

51572007674 Langar
Via AWANI

Sementara tu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kat lokasi kejadian tunjukkan kenderaan dipandu wanita itu tak berhenti ketika melalui lampu isyarat, sebaliknya rempuh dua motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti kat lorong tengah.

Pemandu tu akan direman 4 hari, siasatan awal dapati dia tengah mabuk…

Wanita yang kami kata tadi tu akan direman selama empat hari. Perintah reman tu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Pulau Pinang Nur Fadrina Zulkhairi terhadap wanita berusia 24 tahun terbabit kat Mahkamah Majistret Pulau Pinang pada Sabtu.

Qw
Suspek. Via Berita Viral Online

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang kata, polis sedang lengkapkan kertas siasatan kes terbabit untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya. Katanya wanita tersebut akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dalam masa terdekat.

“Setakat ini, reman hanya dikeluarkan ke atas pemandu kereta sahaja manakala reman terhadap pemilik kereta tidak diluluskan. Namun kita mengeluarkan saman terhadapnya mengikut Seksyen 26 APJ 1987,” – Che Zaimani Che Awang, seperti yang dilaporkan Awani

Reaksi kami bila dengar pemandu mabuk. Via Giphy

Siasatan awal dapati pemandu wanita tu mabuk namun polis masih menunggu ujian sampel darah bagi mengetahui kandungan alkohol dan dadah yang dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat.

Kita selalu dengar orang mabuk, tapi tak banyak orang yang tahu mekanisme orang boleh mabuk…

Dah banyak kali kita dengar tentang pemandu mabuk pergi langgar orang, tapi ramai yang tak tahu macam mana seseorang tu boleh mabuk. Bahasa sains dia, mekanisme orang boleh mabuk.

Minuman beralkohol sebenarnya mengandungi etanol, sebatian yang tergolong dalam kumpulan dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat. Ianya boleh akan lambatkan tindak balas fizikal dan mental.

Mabuk ke bang? Via Giphy

Sebaik je korang minum, alkohol akan diserap ke dalam aliran darah melalui permukaan perut dan usus. Sebahagian kecil akan terus pergi ke otak dan paru-paru, dan dikumuhkan melalui pernafasan. Sebahagian besar alkohol akan dimetabolisma oleh hati dan dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing.

Apabila mabuk, seseorang tu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran. Diorang boleh jatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan ‘memory blackout’. Selain tu, kesan mabuk jugak boleh datangkan ‘hangover’.

The Chemistry Of Hangovers
Via Compound Intrest

Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama beberapa jam, bergantung kepada jumlah alkohol di dalam darah pada ketika itu. Tanda hangover akan hilang apabila semua alkohol dalam peredaran darah telah dikumuhkan dari badan.

Pemandu mabuk perlu dihukum dengan setimpal supaya jadi pengajaran…

Ini bukanlah kali pertama pemandu mabuk menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya, beberapa bulan lepas kami pernah tulis pasal pemandu mabuk yang langgar peniaga. Orang bila dah mabuk ni, dia tak kiralah siapa atau apa perbuatan yang dia rasa masa tu nak buat, dia terus buat je. Kami harap – kalau suspek ni berjaya dibuktikan bersalah, dia patut dikenakan hukuman setimpal supaya jadi pengajaran untuk pengguna jalan raya yang lain…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top