Pemandu mabuk langgar peniaga sehingga meninggal dunia, DAP minta kerajaan tegas

Baru-baru ni, seorang peniaga nasi lemak meninggal dunia manakala suaminya cedera parah selepas gerai diorang dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk kat Jalan Bertam Indah. Apabila baca je cerita tentang kematian seseorang akibat kecuaian seseorang, mestilah kita geram. Kes kali ni lagi teruk sebab libatkan pemandu yang tengah mabuk, macam yang kita semua dah tahu – kejadian pemandu mabuk yang sebabkan kematian orang bukanlah kali pertama berlaku, dah banyak kali.

Lelaki ni mabuk waktu siang pulak tu, biasanya kaki mabuk ni memandu malam-malam

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor kata dalam kemalangan kira-kira pukul 10 pagi tu, pasangan suami isteri berkenaan sedang berniaga sebelum sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara dari arah Bertam Indah menghala ke Paya Keladi hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum merempuh gerai mangsa. Kalau dah tahu diri tu tengah mabuk, janganlah memandai-mandai nak memandu ye.

Via Awani

“Berikutan rempuhan itu, pasangan suami isteri berkenaan melambung sebelum tercampak kira-kira 10 meter di atas jalan raya dalam kawasan Taman Bertam Indah. Mangsa wanita, Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB) kira-kira pukul 12 tengah hari manakala suaminya Mat Subri Saad, 44, masih dirawat di hospital sama dan mengalami kecederaan parah di kepala serta tangan,” kata Mohd Noor, seperti yang dilaporkan oleh FMT

Katanya lagi ujian air kencing dapati pemandu kereta yang bekerja sebagai tukang besi tu positif dadah jenis ganja dan takde lesen memandu, sementara kenderaan yang digunakannya tiada cukai jalan. Dia kini disiasat menurut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Bila kau diminta minum cuma segelas arak. Via Giphy

Peniaga Roslinda Mohamad Isa, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kepala Batas selepas dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian pada kira-kira 10 pagi yang turut menyebabkan suaminya, Mat Subri Saad, cedera parah di kepala dan tangan dan kini dirawat di hospital yang sama.

Nampak pelik pula, apabila seruan untuk pindaan undang-undang arak dilaungkan oleh DAP

Kerajaan perlu kuatkuasakan undang-undang yang dipinda berhubung penjualan minuman keras untuk elakkan kejadian macam ni berlaku lagi, kata Muhammad Shakir Ameer. Naib ketua sayap Pemuda DAP tu kata kematian seorang penjual nasi lemak baru-baru ini disebabkan oleh penggunaan minuman keras boleh dihalang jika pihak berkuasa telah menguatkuasakan Peraturan Makanan yang disemak 1985 dua tahun lepas.

“Adalah penting bahawa kerajaan menganggap isu keselamatan serta penggunaan minuman keras secara bertanggungjawab. Kami tidak mahu kemalangan maut seperti apa yang berlaku kepada Roslinda Mohamad Isa, atau isu keracunan alkohol berulang sekali lagi, ” – Muhammad Shakir, dipetik dari MalayMail

Muhammad Shakir Ameer. Via MalayMail

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim bergabung dengan Gerakan Anti Minuman Keras Malaysia yang diketuai oleh P. David Marshel untuk berkempen menentang jualan mudah minuman keras murah di negara ini pada Mac 2015, yang mengakibatkan Peraturan Makanan 1985 Akta Makanan 1983 pada Mei 2016.

Di antara pindaan tu – termasuk pengharaman menjual alkohol kepada mereka yang berusia di bawah 21 tahun,  minuman keras keras tidak boleh dijual dalam botol selain kaca, atau dijual kurang dari 700ml. Pesalah juga boleh didenda tidak melebihi RM10,000 dan dipenjara sehingga dua tahun. Kerajaan Barisan Nasional pada masa itu juga berjanji bahawa pengharaman baru terhadap penjualan alkohol akan dikuatkuasakan pada 1 Disember 2017 tetapi tidak dilaksanakan tanpa penjelasan.

Via Info Harian

Dia kata terdapat banyak jenis minuman beralkohol yang mudah didapati di seluruh negara di kedai-kedai runcit untuk serendah RM5 dalam botol 150ml, sambil menambah bahawa ada yang terdapat di sebalik minuman kesihatan di kedai-kedai perubatan tradisional.

Beberapa hari lepas, empat lelaki mati di Johor manakala seorang lagi menjadi buta selepas minum bir yang disyaki dicemari dengan metanol. Kes ini adalah yang terbaru – keracunan alkohol akibat penggunaan arak murah. Pada September tahun lalu, kes macam ni dah membunuh sekurang-kurangnya 43 orang di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Minuman murah dipercayai telah diproses menggunakan metanol, yang biasanya boleh menyebabkan kematian apabila diminum.

Nyawa orang bukan boleh bawak main-main beb

Kami puji tindakan daripada geng-geng DAP yang berani desak kerajaan untuk laksanakan undang-undang yang boleh bantu lindungi nyawa orang. Bukan setakat nyawa orang di sekeliling pemabuk, tapi nyawa pemabuk tu sendiri. Dah berapa ramai peminum arak mati akibat arak yang tak diproses dengan betul. Kami agak – mesti lepas ni lagi ramai orang atau geng-geng yang akan keluar untuk minta kat kerajaan supaya ambik serius masalah ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *