Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Artikel PendekBerita

Dituduh mencuri lembu, enam pekerja LPT2 dibelasah penduduk

By Editor
May 27, 2019 2 Min Read
Comments Off on Dituduh mencuri lembu, enam pekerja LPT2 dibelasah penduduk

Lembu adalah haiwan yang perlu dijaga dengan rapi, tapi ada juga pembela lembu gemar untuk lepaskan lembu berkeliaran. Berbeza dengan manusia, lembu ni takde akal. Jadi apabila dibiarkan berkeliaran, lembu-lembu ni akan ikut suka hati diorang. Benda ni termasuklah makan tanaman orang atau mengadakan parti hujung minggu di tengah-tengah jalan raya.

Semalam, tular cerita sekumpulan enam pekerja kontraktor Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ditangkap penduduk kampung berhampiran susur keluar LPT2 di Kampung Chabang, kira-kira pukul 11 malam gara-gara disangka geng curi lembu.

Via Utusan

Kesemua enam lelaki itu ditahan selepas penduduk mendapati terdapat seekor lembu dalam sebuah van yang dinaiki keenam-enam lelaki berkenaan. Tangkapan enam lelaki terbabit yang didakwa geng curi lembu turut tular di laman sosial Facebook sejurus kesemua pekerja kontraktor itu dicekup penduduk kampung.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kesemua enam lelaki terbabit sebenarnya merupakan pekerja kontraktor yang menjalankan tugas kerana diarahkan pengendali lebuh raya itu untuk menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran bagi mengelakkan berlaku kemalangan.

Katanya, berlaku sedikit salah faham apabila sekumpulan penduduk melihat pekerja-pekerja kontraktor itu berada di kawasan susur keluar lebuh raya itu pada waktu malam.

“Penduduk kemudian bertindak menahan kumpulan enam lelaki itu sebelum memeriksa van yang dinaiki mereka dan melihat ada seekor lembu dalam van berkenaan. Berikutan itu mereka menyangka kumpulan itu mencuri lembu kerana sebelum ini difahamkan haiwan ternakan sering hilang,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian

Difahamkan akibat berang perbuatan enam lelaki terbabit yang disangka pencuri, kesemua mangsa turut dipukul. Susulan itu, Mohd Said mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri dalam menghukum pesalah kerana mereka boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.

Via Sinar Harian

Beliau berkata, orang ramai boleh didakwa mengikut Seksyen 323, 324, 325 dan 326 Kanun Keseksaan jika membuat tangkapan yang tidak sah dan mendatangkan kecederaan kepada orang yang ditahan bergantung kepada tahap dan cara orang itu dicederakan.

Hahh, oleh sebab tu – kalau ada orang dikatakan mencuri atau buat apa-apa jenayah, jangan suka-suka je main pukul. Nanti kena dakwa kat mahkamah, kan dah mendapat!

Sumber

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Ketua Polis Negara yang baru dikagumi, rupanya pernah jadi bos cawangan khas

Next

Lima negara ni akan mendenda rakyatnya yang tak turun mengundi

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme