Isu Kematian Gajah di Sabah, gajah diburu kerana dipercayai bawak tuah

Natgeo Pygmy
Isu Kematian Gajah di Sabah, gajah diburu kerana dipercayai bawak tuah

Sejak kes kematian seekor gajah Borneo Pygmy ditemui dengan kesan lebih 70 butir peluru di badannya pada September lalu, orang mulai sedar pasal isu kematian gajah kat Sabah yang dah semakin menjadi-jadi. Kita dah tau pun gajah ni termasuk dalam senarai haiwan yang perlu dilindungi kerana boleh pupus kalau tak dipelihara jumlahnya sekarang. Pada awal tahun ni, badak Sumbu Sumatera dah pupus kerana kerakusan tangan kita sendiri. Sekarang ni, gajah lagi jadi mangsa…

Pygmy
Gajah Pygmy ni kecil, comel je… – Via Borneo Pygmy Elephant

Gajah dah tinggal sedikit, manusia pulak makin kejam…

Fakta yang kita dah lama maklum pasal kepupusan gajah nampaknya macam takde kesan je dengan hati manusia. Menurut rekod Jabatan Hidupan Liar (JBL) Sabah, dah 20 ekor gajah mati akibat dijerat, diburu atau diperangkap sejak Januari lalu hingga Oktober ni. Hanya dalam tempoh 10 bulan je, 20 ekor gajah dah tiada.

Christina Liew, Timbalan Menteri Sabah dan turut merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah anggarkan populasi gajah ni sekarang dalam 2,000 ekor je. Tu pun biasanya tinggal dalam tiga kawasan habitat utama kat Sabah, iaitu di Kinabatangan, Tabin di Lahad Datu dan di hutan hujan simpan dengan anggaran populasi sebanyak 1,500 ekor.

Pygmy Gajah Borneo
Via Borneo Adventure

Tak banyak mana pun 2,000 ekor gajah tu, lagi-lagi bila kegiatan manusia yang tak habis-habis nak buru, jerat dan perangkap gajah-gajah ni. Belum sampai setahun, dah 20 ekor gajah mati. Agaknya bagaimanalah nasib kita nak pelihara dan perbanyakkan lagi populasi gajah ni kalau kita sendiri tak peduli langsung pasal haiwan tempatan…

Gading, alat sulit gajah jadi perhiasan dan bahan perubatan…

Kes gajah Pygmy yang mati ditembak sampai lebih 70 peluru kat badan baru-baru ni sebenarnya cuma salah satu dari berpuluh-puluh kes pemburuan haram yang kerap berlaku kat Sabah. Pada 2017, seekor gajah yang mencuri perhatian dunia kerana gadingnya terbalik seakan gajah prasejarah pun dibunuh juga walhal ia tengah dalam pemantauan institut hidupan liar. Setakat awal 2018 pula, 24 kes gajah mati kerana pemburuan haram khususnya untuk gadingnya.

Apa yang menarik dengan gading gajah ni sebenarnya? BBC jelaskan bahawa sebenarnya gading tu dipercayai boleh bawa tuah, di samping boleh dijadikan perhiasan rumah dan nak tampilkan imej ‘orang kaya’ pada sesiapa yang ada gading gajah tu. China selalunya jadi destinasi utama perniagaan gading ni, walaupun semakin ramai di China yang menentang penjualan gading gajah.

Sekarang ni pulak, permintaan tak lagi terbatas pada gading je. Alat sulit, kaki dan belalai gajah pun orang nakkan, sama ada nak tambah jadi menu eksotik mereka ataupun nak dijadikan bahan perubatan. Hasil siasatan kematian seekor gajah yang ditemui bangkainya terapung di Sungai Kinabatangan awal bulan ni mendapati kedua pergelangan kakinya dipotong dengan objek tajam.

Boleh jadi ni tandanya gajah kita pun jadi sasaran nak penuhi permintaan pasaran daging gajah kat China sepertimana para pemburu kat Vietnam buat.

Daging Belalai Gajah
Belalai gajah yang dijual. -Via Nation Thailand

Sengaja buat perangkap halang gajah, tak kisah mati ke tak

Kadangkala ada yang sebenarnya nak elak gajah masuk ke kawasan diorang sampai tak kisah pun kalau gajah tu boleh mati kerana perangkap dan jerat mereka. Biasanya, kawasan-kawasan yang akan dipasang jerat dan perangkap ni adalah kawasan ladang kelapa sawit dan hutan yang berdekatan dengan aktiviti perladangan dan pembalakan.

Macam kes yang dilaporkan pada September 2016, 5 gajah ditemui mati lemas lepas terperangkap kat dalam kolam lumpur manakala empat daripada kawanan tu dapat diselamatkan. Walaupun gajah ni pandai berenang, tapi kolam lumpur ni jadi pilihan perangkap yang ‘popular’ buat para pekerja perladangan.

Pada bulan ni je, seekor anak gajah mati lemas dalam kolam lumpur di sebuah ladang kelapa sawit kat Lahad Datu, Sabah dan dipercayai telah dipijak oleh kawanannya sendiri untuk menyelamatkan diri.

Anak Gajah Mati Perangkap Lumpur
Terperangkap mati dalam kolam lumpur. – Via Free Malaysia Today

Selain dari kolam lumpur, ada juga kes 40 gajah masuk ke ladang kelapa sawit kat Lahad Datu pada Oktober 2018, seekor daripada kumpulan gajah tu cedera terkena jerat yang dipasang dalam ladang tu. Akhirnya yang datang menyelamat bukanlah para pekerja yang pasang tu, sebaliknya tunggu ada orang lapor kat Jabatan Hidupan Liar barulah gajah-gajah yang terperangkap diuruskan.

Langkah penyelesaian kena lebih tegas dan berat, elak pupus

Gajah Pygmy Borneo ni istimewa sebenarnya, kerana ia hanya wujud di Borneo khususnya kat Sabah. Namun begitu, tanggungjawab nak jaga satu lagi spesis haiwan dari pupus adalah tanggungjawab seisi Malaysia lagi-lagi dengan hadirnya kuasa warganet. Peranan pihak berkuasa, terutamanya kerajaan negeri kena ambil langkah penyelesaian yang lebih baik kerana nampaknya, isu puluhan gajah mati tiap tahun masih tak selesai lagi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top