Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
J1
Politik

Barisan Nasional tak sediakan bajet alternatif, sebenarnya amalan ni dah lama…

By Dylan
November 13, 2019 4 Min Read
Comments Off on Barisan Nasional tak sediakan bajet alternatif, sebenarnya amalan ni dah lama…

Baru-baru ni, Menteri Kewangan bayangan, Khairy Jamaluddin kata BN tak sediakan belanjawan alternatif bagi tahun depan, berbanding dengan tahun yang lepas. Sebaliknya, pembangkang akan fokus untuk beri ‘budget response’, atau beri kritikan terhadap belanjawan yang dibentang oleh kerajaan.

Tetapi korang tahu tak pasal sejarah Belanjawan Alternatif di negara kita? Dan mengapa kita memerlukannya?

Asal-usul amalan Belanjawan Alternatif, sebenarnya dah cukup lama diamalkan di Malaysia…

Sebenarnya, pihak pembangkang dah terbiasa menyediakan belanjawan alternatif sejak dulu-dulu lagi. Amalan dan strategi ni dimulakan di Malaysia oleh Barisan Alternatif pada tahun 1999, dan memang diamalkan oleh banyak negara lain seperti United Kingdom dan Australia.

B1
Via Astro Awani

Kita semua patut menyokong pembangkang dalam menyediakan sebuah belanjawan alternatif kerana ia dapat bermain peranan sebagai ‘check and balance’, ataupun ‘semak dan imbang’ bagi cadangan belanjawan kerajaan.

Zaman Barisan Alternatif (1999-2008)

Pada awalnya, BA memang tak mampu sediakan belanjawan yang lengkap sebab kekurangan maklumat dan kemudahan. Pada zaman tu hanya pihak kerajaan yang dapat akses kepada seluruh maklumat dan data terkini.

S1
Via DAP Fanpage

Walaupun dengan sumber yang terhad, BA masih mampu keluarkan belanjawan. Antara cadangan tu termasuklah bagi tahun 2000-2004 adalah untuk mengurangkan kadar cukai syarikat bagi syarikat kecil dan sederhana (SME), meningkatkan kadar cukai untuk produk rokok dan arak, dan juga beberapa insentif lain dalam bidang kesihatan, perumahan, dan teknologi maklumat.

Selain tu, pembangkang jugak cadangkan untuk memansuhkan bayaran tol secara perperingkat, dan juga cukai jalan bagi motosikal bawah 250cc. Hebat betul kan?

Power! Via Giphy

Usaha ni nampaknya suatu sumbangan yang positif daripada pembangkang. Namun, kerajaan BN masa tu tak berpendapat sama. Sebaliknya, daya usaha pembangkang dipertikaikan. Mantan presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, kata tindakan BA adalah ‘luar biasa’ dan ‘tidak beretika’ kerana hanya pihak kerajaan yang dapat menentukan belanjawan negara. Tambahan pula, Tun Dr Mahathir, selaku Perdana Menteri ke-4 pada zaman tu, berkata belanjawan alternatif itu adalah satu jenaka! Atok tak main-main ni.

“Ia satu jenaka kerana mereka tidak tahu berapa banyak wang yang kita ada tetapi mahu membuat belanjawan. Apa yang mereka tahu ialah bagaimana untuk membelanjakan wang dan menjadi popular. Mereka (pembangkang) tidak bertanggungjawab dalam mengutip dan mentadbirkan wang terbabit. Belanjawan mereka sudah pasti adalah belanjawan politik, untuk menunjukkan betapa baiknya mereka dan kenapa rakyat patut menyokong mereka,” – Tun Dr Mahathir Mohamad, dipetik dari Berita Harian

Kalau dulu bukanlah benda yang mudah nak dapatkan maklumat, sebab data kerajaan je pegang…

Walaupun berhadapan dengan banyak halangan, pembangkang hasilkan sebuah belanjawan alternatif bagi tahun 2003. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketua pembangkang masa tu, kata belanjawan tu berasaskan data-data daripada pegawai kerajaan.

J1
Hadi Awang. Via Astro Awani

Kerajaan BN terperanjat pulak dengan kenyataan tu. Macam mana pegawai bawah perintah mereka dapat bekerjasama dengan pihak pembangkang? Ada yang bermuka dua ke?

Kerajaan turut kata diorang akan siasat Datuk Seri Hadi Awang di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Tindakan macam ni semestinya amat dikesali. Fungsi pembangkang bukannya untuk selalu membangkang atau ‘membangang’ je, tetapi mereka juga patut mempertimbangkan dasar-dasar kerajaan dan memberi cadangan dan kritikan yang konstruktif.

Zaman Pakatan Harapan (2016-2018)

Tahukah anda bahawa sebahagian daripada janji-janji dalam manifesto Pakatan Harapan ternyata dalam belanjawan alternatif dalam tahun-tahun menjelang PRU ke-14 yang lepas?

Korang mesti ingat kan bila skandal 1MDB tu timbul pada tahun 2015. Jadi pasti lah pembangkang akan keluar dengan cadangan untuk menanganinya. Bagi tahun 2016, PH cadangkan untuk menstruktur semula 1MDB, dan untuk mengasingkan portfolio Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

https://www.youtube.com/watch?v=OEyzzI2kR2w

Ya! Jika korang tak tahu lagi, mantan Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib Razak, juga memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan negara! Tahu takpe. Dengan mengasingkan portfolio tu, kita dapat pastikan pemimpin kita takde konflik kepentingan dalam menunaikan tugas mereka. Selain tu, PH selaku pembangkang juga cadang untuk memansuhkan GST, menaikkan gaji minima kepada RM 1,500, hapuskan tol, dan membina rumah mampu milik.

Pada masa tu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, menyifatkan Belanjawan Alternatif PH tu ibarat perumpamaan ‘mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan’ kerana ‘tidak praktikal’.

Walaupun takde perbelanjaan menyeluruh, KJ nak kembalikan GST pada kadar 3%…

Bagi belanjawan 2019, Khairy Jamaluddin, selaku Menteri Kewangan Bayangan, cadangkan untuk mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi dengan kadar 3%. Selain tu, kutipan hasil cukai baharu dicadangkan, antaranya cukai soda, cukai karbon, cukai beg plastik, cukai tobin, cukai remit dan cukai kekayaan. Pihak PAS ataupun Gabungan Parti Sarawak (GPS) tak keluarkan sebuah belanjawan alternatif.

https://www.youtube.com/watch?v=Z6XsmPNcrUk

Kat peringkat negeri pun, Saifuddin Nasution, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang bagi kawasan Pantai Jerejak, cabar pembangkang untuk menyediakan belanjawan alternatif.

“Saya percaya amalan itu elok dan harus diikuti pembangkang Pulau Pinang agar perbahasan kita akan lebih tertumpu kepada dasar-dasar negeri,” – Saifuddin Nasution

Amalan pembangkang menyediakan belanjawan alternatif bukan semata-mata untuk dapat sokongan rakyat supaya dapat undi mereka, tetapi supaya rakyat dapat membuat perbandingan dengan belanjawan kerajaan. Ini adalah satu mekanisma yang bermain peranan untuk ‘semak dan imbang’ dasar-dasar kerajaan.

Dengan menetapkan amalan ni, kita boleh berharap bahawa negara kita akan lebih demokratik, dan lebih adil serta saksama.

Author

Dylan

Follow Me
Other Articles
Natgeo Pygmy
Previous

Isu Kematian Gajah di Sabah, gajah diburu kerana dipercayai bawak tuah

B2
Next

Kisah sedih seorang ayah tak mampu bayar RM20 untuk gambar anak…

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme