Sabah jadi negeri pertama luluskan enakmen mengundi 18 tahun…

Undi 18
Sabah jadi negeri pertama luluskan enakmen mengundi 18 tahun…

Beberapa bulan lalu, hangat isu penurunan umur dari 21 tahun ke 18 tahun untuk mengundi dibincangkan. Ada kata belia kita masih tak bersedia sebab tak ramai anak muda kita, khususnya di bawah 18 tahun ni faham pasal politik. Ada juga berpandangan bahawa kita kena ikut amalan demokrasi kat negara lain supaya kita tak ketinggalan. Macam kat Australia, dah ada cadangan nak rendahkan lagi umur layak mengundi dari 18 tahun ke 16 tahun…

Demokrasi zaman kini, umur 18 tahun layak jadi pengundi

16 Julai lalu menjadi titik bersejarah untuk kita. Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 disokong oleh lebih dua pertiga persetujuan Dewan Rakyat lepas dua kali undi belah bahagi dilakukan.

Tun Dr Mahathir Mohamad
Kehadiran penuh lagi masa tu. -Via Pejabat Perdana Menteri

Bukan setakat tu, beberapa pindaan kena dibuat dalam beberapa akta untuk diselaraskan agar hal penurunan umur layak mengundi ni boleh tercapai. Antaranya adalah pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Korang boleh tengok sendiri betapa susahnya nak buat pindaan ni, apatah lagi untuk sesuatu yang baharu untuk negara kita. Terbuktilah bahawa blok kerajaan dan blok pembangkang boleh bersatu pasal isu belia ni. Cadangan lain untuk tambahbaik proses ‘Undi 18’ ni termasuklah pendaftaran pengundi secara automatik dan tambah lebih banyak perjawatan untuk SPR.

“SPR sedang dalam persiapan untuk melaksanakan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik…Ini termasuk penyediaan pindaan kepada Peraturan Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih 2002, undang-undang lain yang berkaitan dan prosedur operasi standard (SOP) serta sistem dan infrastruktur bagi pelaksanaan itu,”- Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 10 Oktober 2019.

Dah lulus peringkat Pusat, kena lulus pula kat peringkat negeri…

Lepas lulus dah kat peringkat Dewan Rakyat, rang undang-undang (RUU) tersebut kena bahas lagi kat Dewan Negara. Pindaan tersebut akhirnya disokong oleh undian dua pertiga majoriti yang diperlukan pada 25 Julai lalu.

Via Giphy

Namun begitu, ni tak terhenti kat situ je. Kerajaan negeri pun kena buat pindaan penurunan had umur jadi calon kat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Sebab tulah dalam pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ni macam kat Tanjung Piai, Johor dan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, had umur calon masih lagi sama iaitu pada 21 tahun. Kata Azhar Azizan Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Forum ‘Make a Change, Let’s Do It Together’:

“Electoral role (Peranan mengundi) pun bukan senang. Kalau kita prepare (sedia) hari ini, kita kena pamer dulu, lepas itu ada tempoh bantahan kemudian kita kena dengar bantahan lagi. Warta pula. So its not (Jadi ia bukan) kita buat electoral hari ini, boleh pakai electoral itu. Sebab itu tiap-tiap pilihan raya kita bukan pakai electoral bulan Mac, tetapi pakai electoral Disember,”- Azhar Azizan Harun, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada 18 Julai 2019

Azhar Azizan Harun Forum
Azhar Harun jadi ahli panel dalam forum tersebut. -Via Sinar Harian

Proses nak kuatkuasakan ‘undi 18’ ni tak senang dan yang pasti, akan memerlukan masa yang panjang agar urusan tersebut lebih lancar. Walaupun begitu, kerajaan negeri tak perlu tunggu lama untuk mulakan pindaan enakmen yang berkaitan agar memudahkan proses penurunan had umur dari peringkat nasional ke peringkat negeri.

Sabah dah lampu hijau, setuju sahut semangat ‘Undi 18’…

Selain dari jadi antara negeri terawal yang naikkan had perkhawinan ke 18 tahun, Sabah juga jadi negeri pertama di Malaysia yang turunkan had umur nak mengundi dan jadi calon daripada 21 tahun ke 18 tahun pada 21 November lalu.

Statistik Umur 18 Sabah
Sabah antara ‘deposit undi belia’ yang tertinggi di Malaysia. -Via Another Brick in the Wall

Rang undang-undang nak pinda enakmen negeri tu dah dibentangkan oleh Datuk Aidi Moktar selaku Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah. Pindaan ni menurutnya juga selaras dengan kelulusan pindaan kerajaan persekutuan pada Julai lalu, sekaligus dilihat memberi peluang cerah pada anak muda di bawah umur 21 tahun tu untuk mengundi dan menjadi calon pilihan raya.

“Kerajaan Sabah mengalu-alukan saranan agar golongan belia seawal usia 18 tahun turut diberikan peluang bersuara di DUN. Ia akan membuka ruang kepada golongan berkenaan untuk bergiat aktif dalam politik dengan mengetengahkan suara-suara anak muda dalam pembuatan dasar.”- Datuk Aidi Moktar, seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 21 November 2019.

Dia turut mengharapkan dengan perkembangan ni, kerajaan persekutuan dah boleh cipta struktur silibus yang lebih baik serta mampu mendidik belia agar lebih cakna pasal isu politik. Walaupun pindaan ni hanya melibatkan satu fasal je iaitu dalam Perlembagaan Negeri Sabah, tapi kesan tersebut akan menghidupkan suasana demokrasi di Malaysia.

Via Giphy

Pendidikan politik tu penting, tak boleh belajar dari media sosial je…

Bila dah masuk 18 tahun, kebanyakan pelajar mesti terpinga-pinga nak faham politik ni macam mana. Jadi media sosial selalunya jadi ‘pusat sumber’ mereka nak belajar supaya boleh tau sikit-sikit pasal sistem pengundian dan sistem politik kita ni. Kita yang dewasa ni memang taulah yang media sosial ni tak betul sangat jugak, tapi adakah pelajar ni tau sehabisnya SPM?

Haa… sebab tu lah pendidikan politik ni penting untuk diperkenalkan seawal peringkat sekolah menengah lagi. Menurut Muiz Razak, seorang tenaga pengajar di sebuah IPTA; mahasiswa pun tak semua yang faham pasal sistem politik kita ni. Kalau mahasiswa pun tak tau, apatah lagi belia yang cecah umur 18 tahun.

Via Giphy

Kami setuju dengan pandangan Dr. Ismail Sualman, bahawa pendidikan politik ni haruslah diterapkan dari peringkat sekolah menengah dan berterusan hinggalah ke peringkat institut pengajian tinggi. Barulah semua faham macam mana undi tu berfungsi, dan suburlah demokrasi di Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top