Timbalan Speaker Melaka halang ADUN baca al-Quran, tapikan masa dah habis?!

S1
Timbalan Speaker Melaka halang ADUN baca al-Quran, tapikan masa dah habis?!

Minggu lepas ramai orang bising dengan inside ADUN dikatakan tak dibenarkan baca al-Quran dalam DUN Melaka. Kami pada awalnya nak tulis minggu lepas, tapi kami tahu yang kebanyakan korang tak boleh terima pun ‘logik’ yang kami nak bawak sebab masa tu kepala tengah panas. Kepala kalau tengah panas, cakaplah logik macam mana pun, semuanya akan jadi tak logik.

Oleh sebab hari ni kepala-kepala korang dah sejuk, kami nak bawak satu logik yang korang kena fikirkan…

Sebenarnya brother tu dah diberikan masa yang panjang, patutnya dia guna masanya sebaiknya…

Sesi perbahasan Belanjawan Melaka 2020 minggu lepas kecoh berhubung isu bacaan petikan ayat al-Quran. Suasana ‘panas’ tu terjadi selepas Timbalan Speaker, Datuk Dr Wong Fort Pin tak benarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) menghabiskan ucapannya.

Pada penutup ucapannya, Idris berhasrat untuk petik ayat dari surah Yunus ayat 14, namun tak dibenarkan Fort Pin kerana masa 10 minit yang diberikan kepada bekas Ketua Menteri Melaka dah habis.

S1
Ayat yang nak dibacakan. Via Surah.my

Sebab benda ni, berlaku pertikaman lidah beberapa minit antara Idris dan Fort Pin, sehingga Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (BN-Asahan) yang ambil giliran berbahas, campur tangan dengan beri laluan untuk Idris membacakan petikan ayat al-Quran tu.

Timbalan Speaker tetap bertegas dengan tak benarkan Idris berbuat demikian sehingga beberapa Exco bangun dan menasihatinya supaya memberi peluang supaya ayat suci al-Quran itu dibacakan.

S1
Demo minta timbalan speaker tu letak jawatan. Cuba teka dari mana? Via Sinar Harian

Datuk Noor Effandi Ahmad (PH-Telok Mas) bangun menegur Fort Pin supaya jangan halang Ketua Pembangkang untuk bacakan al-Quran, diikuti Datuk Muhammad Jailani Khamis (PH-Rembia) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh).

Selepas diasak wakil kerajaan dan pembangkang, Fort Pin akhirnya akur seterusnya meminta Idris teruskan bacaan petikan al-Quran berkenaan. Perjalanan sidang DUN selepas tu kembali tenang sejurus petikan bacaan ayat suci itu dibacakan Idris.

Ketua Menteri Melaka pertahankan tindakan timbalan speaker, kata tepati masa juga dituntut al-Quran

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pertahankan Timbalan Speakernya, Wong Fort Pin yang halang Adun Sungai Udang, Idris Haron untuk baca ayat Al-Quran pada persidangan DUN ke-14. Adly kata Wong dah beri masa yang mencukupi termasuk tiga minit tambahan untuk Idris membentangkan usul.

Dia kata – kenyataan yang menyatakan timbalan speaker tak menghormati ayat Al-Quran tidak benar dan saya harus perbetulkan, semalam kedudukan utama kita adalah masa.

“Saya tengok hari ini keluar video, kita diperalatkan seolah-olah memberi gambaran timbalan speaker kita itu tidak menghormati Al-Quran, kenapa itu harus berlaku? Saya beritahu timbalan speaker kita menghormati Al-Quran kerana dia menghormati masa. Masa bagi kita cukup penting. Semalam kita beri masa 13 minit, lebih 3 minit (kepada Idris) daripada orang lain,” – Adly, seperti yang dilaporkan oleh FMT

Ohhhh. Macam tu. Via Giphy

Mengulas lanjut, Adly sifatkan benda tu hanya salah faham dan tak sepatutnya dipolitikkan. Saya diberitahu timbalan speaker, semalam Sungai Udang memang nak mengakhiri ucapannya cuma dia selalu mengganggu, jadi timbalan Speaker rasa dia nak berapa panjang lagi sebab itu dia suruh berhenti.

S1
Ketua Menteri Malaka. Via Berita Harian

Dia turut mengingatkan wakil rakyat Melaka tentang peraturan dewan yang termaktub memberikan kuasa kepada speaker untuk menghentikan perbahasan. Memang ada peraturan dalam dewan, kuasa ini adalah kuasa speaker jadi kalau dia kata berhenti, berhentilah. Kalau kita benarkan speaker kata berhenti, kita baca ayat Al-Quran, apakah itu peraturan kita? Tambahnya.

Kita selalu hilang pertimbangan yang waras apabila ia melibatkan isu agama atau bangsa…

Salah masalah terbesar yang ada pada kebanyakan rakyat Malaysia adalah gemar mendahulukan emosi berbanding akal apabila ia melibatkan isu bangsa atau agama. Contohnya dalam kes ni – dengar je ada timbalan speaker DUN yang tak benarkan ADUN habiskan bacaan al-Quran, terus mengamuk tak tentu pasal. Padahal dia tak tahu pun cerita sebenar.

Sebab tu apabila kita dengar sesuatu isu, kita kena luaskan pembacaan dan gali cerita sebenar. Tabiat macam ni akan jadikan kita rakyat yang lebih cerdik. Kami bukan marah eh, kami cakap je. Untuk kebaikan korang supaya tak mudah kena game dengan isu bangsa dan agama.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top