10 sebab Brenton Tarrant bertindak membunuh umat Islam

10 sebab Brenton Tarrant bertindak membunuh umat Islam

Tragedi di Christchurch dapat perhatian dan simpati dari seluruh dunia. 50 mangsa terkorban, manakala ramai lagi trauma dengan peristiwa tersebut. Brenton Tarrant pula dicekup dan digari – diheret menuju mahkamah. Di hadapan kamera, Brenton Tarrant sekadar senyum puas dengan tindakan gilanya. Sebelum dia bertindak, dia sempat menulis sebuah manifesto setebal 74 halaman. Kami dedahkan 10 sebab kenapa Tarrant sanggup membunuh.

Tragedi Christchurch dan wajah Brenton Tarrant dari paparan rakaman secara langsung. Kredit gambar: The Australian

1. Dia ingin memperjuangkan ‘hak bangsa orang putih’ di negara orang putih

Dia kata, ini semua salah orang bukan Eropah terutamanya orang Islam yang datang duduk di negara orang Barat. Kenapa orang Islam? Sebab katanya;

“Mereka adalah golongan penawan yang paling dibenci di Barat, dan tindakan menyerang mereka akan menerima sokongan yang paling besar. Mereka juga antara kumpulan yang paling kuat dengan kadar kelahiran yang tinggi dan kekuatan diri untuk menawan”.

Dia tidak peduli kalau orang Islam boleh duduk di negaranya sendiri, tapi dia benci apabila orang Islam pindah ke negara orang putih. Populasi imigran akan bertambah nanti, jadi dia takut bangsa Eropah akan digantikan dengan bangsa orang Islam. Orang berbangsa Eropah yang masuk Islam pun dia benci. Siap sebut mereka ini ‘pengkhianat’.

Selepas tragedi Christchurch, kumpulan sayap kanan mulai bangkit dan berarak di Christchurch. Kredit gambar: Stuff.co.nz

2. Dia tiada kena-mengena langsung dengan mana-mana kumpulan atau gerakan politik.

Dia nafikan penglibatannya dalam mana-mana kumpulan atau gerakan politik. Tapi dia ada menyokong beberapa kumpulan yang perjuangkan bangsa Eropah. Serangannya pada 15 Mac 2019 diketahui hanya oleh wakil kumpulan Knight Templar baharu bernama Knight Justiciar Breivik. Breivik pada 2012 telah membunuh 77 orang di Norway dengan alasan ‘membangunkan Knight Templar’ untuk menentang imigrasi besar-besaran di Eropah.

Anders Behring Breivik ketika di mahkamah pada 2018. Kredit gambar: CBSNews.com

3. Dia memang tidak peduli jika ditangkap

Andrew Thomas, Al Jazeera melaporkan suspek itu tersenyum sambil memandang ke bawah. Kredit gambar: Al Jazeera

Memang berani mati. Dia tidak kisahpun kalau dia ditembak atau ditangkap. Kalau tidak tertangkap, dia akan teruskan serangan di tempat lain. Kalau tertangkap pula, dia akan mengaku tidak bersalah. Katanya, dia cuma buat benda tu sebab alasan hak dia sebagai orang bangsa Eropah. Lagipun dia sangat yakin bahawa lepas ni dia akan dapat Nobel Peace Prize macam Nelson Mandela. Kalau dia melingkup di penjara, dia akan tunggu sampailah dia dibebaskan ataupun bunuh diri saja.

4.  New Zealand cuma kebetulan

Kebetulan masa tu, dia sedang tinggal sementara di New Zealand sambil berlatih dan merancang serangan. Dia nampak New Zealand mempunyai ramai imigran. Perkara tersebut buat dia sedar bahawa ceruk negara hujung Pasifik ni pun ‘dilanda’ masalah imigran, sama macam yang berlaku di Eropah. Jadi dia putuskan untuk laksanakan serangan itu secepat mungkin agar satu dunia boleh tengok kesan fenomena perpindahan orang bukan Eropah terutamanya orang Islam di New Zealand. Dia mulai merancang untuk menyerang 2 tahun lalu, dan untuk serangan di Christchurch, selama 3 bulan.

Peta menunjukkan beberapa kawasan sasaran Tarrant pada hari itu. Kredit gambar: Fighterjetsworld.com

5. Pengaruh utamanya adalah Candace Owens dan Dylan Roof

Bait pertama posting ini hampir sama bunyinya dengan apa yang dikatakan oleh Tarrant, iaitu mengenai kadar kelahiran Muslim di Eropah.

Pukul rata, dia suka pada semua orang yang berfikiran sama macam dia. Trump pun dia suka. Paling dia suka, Candace Owens. Candace Owens adalah penyokong tegar Trump yang menimbulkan banyak kontroversi seperti menyokong tindakan Hitler dan terkenal dengan kritikannya terhadap kaum Muslim.

Walau bagaimanapun, dia menafikan sebarang hubungan dengan Tarrant. Dylan Roof pula dihukum gantung kerana jenayah menembak 9 orang penganut Kristian yang berkulit hitam di Charleston, Amerika Syarikat pada 2015. Awal tahun ni, pengaruh Roof meningkat semula dalam kalangan kumpulan ‘Bowl Gang’. Walaupun kedua-dua nama ini disebutkan sebagai ‘inspirasi’ tindakannya, dia tetap mengatakan tindakan keganasannya  tidak ada kena mengena dengan apa-apa pengaruh media macam permainan video, muzik, sastera atau filem.

6. Dia sengaja pilih senjata api sebagai alat pembunuhan

Dia tidak pilih senjata api sekadar suka hati atau kerana ia mudah dibeli. Dia sengaja pilih senjata api sebagai alat serangan sebab ini boleh menjahanamkan situasi politik di Amerika Syarikat. Macam ni, kita tahu di Amerika Syarikat, mereka boleh pegang senjata sebab ia dibolehkan dalam Perlembagaan Amerika.

Baru-baru ini, wujud tuntutan untuk kawal pembelian dan penggunaan senjata api di sana. Katanya, bila dia guna senjata api untuk serang, ini buatkan pihak sayap kiri akan minta supaya senjata api diharamkan. Bila wujud pula permintaan ni, pihak sayap kanan pula akan rasa marah sebab dirasakan mengugat hak yang dijanjikan dalam Perlembagaan.

Senjata yang ditemui menunjukkan beberapa tulisan yang mengandungi nama dan cacian seperti ‘pelarian, selamat datang ke neraka’. Kredit gambar: The Sun

Apa-apa yang terjadi dalam suasana politik Amerika, akan secara tidak langsung, mempengaruhi keadaan politik dunia juga. Bila mereka bergaduh, tiada lagi yang akan jaga keharmonian bangsa. Di situlah munculnya kumpulan yang berpandangan macam si Tarrant ni. Pada senjatanya, tertulis banyak lagi nama dan insiden perang sebagai simbol keganasan yang diraikannya.

8. Dia tidak percaya pada perpaduan dalam perbezaan bangsa

Dia rasa perpaduan dan kesatuan hanya boleh dicapai bila semua orang berbangsa Eropah. Kepelbagaian bangsa cuma akan melemahkan satu-satu bangsa itu. Bangsa selain dari Eropah akan menggantikan pula bangsa Eropah di tanah bangsanya itu, akhirnya boleh membuatkan bangsa kulit putih ini pupus selamanya.

Tarrant sempat membuat simbol ini ketika berada dalam mahkamah sebagai tanda ‘white supremacist’. Kredit gambar: The Mirror

8. Dia cuma buat kajian dari Internet

Biarpun dia selalu mengembara ke negara orang termasuklah negara Islam, kebanyakan kajian sendiri yang dia buat untuk faham keadaan di Barat adalah melalui Internet dan Wikipedia. Dia amat yakin dengan kebenaran dalam maklumat di Internet sehingga tulisnya dalam manifesto;

“Kau tidak akan jumpa apa-apa kebenaran dari tempat lain [melainkan Internet].”

9. Dia mengaku dia rasis, pengganas dan eko-fasis

Propaganda kumpulan eko-fasis yang benci pada manusia bukan berbangsa Eropah. Kredit gambar: The Commentator

Dalam satu bahagian lagi, dia mengaku bahawa dia seorang rasis kerana dia menganggap perbezaan bangsa itu sangat penting dan tidak akan dapat hak yang sama. Dia turut mengaku dia seorang pengganas, sebab dia tahu tindakannya bakal mengorbankan seramai mana nyawa yang boleh. Eko-fasis pula ialah suatu pegangan yang menghalalkan keganasan sebagai cara untuk mempertahankan negara. Sir Oswald Mosley, seorang tokoh British menjadi idolanya.

10. Ini bukanlah serangan terakhir, jika dia dilepaskan

Dia tidak akan berhenti sehingga dia berjaya bunuh dan halau imigran kembali ke negara masing-masing. Hasratnya akan diusahakan sekeras boleh supaya, menurutnya, “menyelamatkan bangsa Eropah dari digantikan oleh bangsa bukan Eropah”.

Apa yang boleh kita pelajari?

 Tragedi berdarah di Christchurch seharusnya kita renung sedalamnya. Sikap perkauman dan terlalu mengagungkan sesuatu identiti bangsa telah menampakkan akibat yang menyayat hati. Ramai sudah kehilangan bapa, suami, datuk, ahli keluarga dalam rumah Tuhan. Dalam perang pun, rumah ibadat merupakan salah satu kawasan yang dilarang sama sekali untuk diserang.

Perpaduan lebih kukuh apabila dicapai bersama tanpa mengira bangsa dan agama. Kredit gambar: Selangorkini

Di Malaysia, perbezaan kaum sudah lama dijambatankan dengan perpaduan satu identiti; seorang rakyat Malaysia. Janganlah kerana terlalu mempercayai isi Internet, kita terus melupakan identiti sebagai seorang rakyat Malaysia. Terus melupakan rukun negara. Terus membelakangkan tanggungjawab sebagai seorang manusia yang pelbagai bangsa dan agama.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print