Islam terancam di bawah PH? Ini mungkin sebab Dr Maza…

Islam terancam di bawah PH? Ini mungkin sebab Dr Maza…

Semalam seorang lagi penceramah bebas ditahan atas tuduhan menghina agama Hindu (dan Kristian) dalam kuliahnya di Kelantan. Sebelum ini, dua orang tokoh terkenal, bekas ahli Parlimen Zulkifli Nordin dan Pencetus Ummah Shahul Hamid juga pernah disiasat kerana menghina agama Hindu dalam kuliah mereka selain ramai lagi yang tak terkenal.

Drama ini tak berakhir di sini, Mufti Perlis Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) telah mempersoalkan penahanan Zamri Vinoth dan mendakwa Islam tidak selamat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Image result for zamri vinoth
Ustaz Zamri Vinoth via theleaders-online

Persoalan ini membangkitkan semula perdebatan antara kebebasan bersuara dan kebebasan untuk menghina. Umat Islam pastinya takkan berdiam diri jika ada individu murtad memberi ceramah kepada penganut agama barunya dan bercakap buruk mengenai Islam. Inilah apa yang penganut Hindu rasakan, bukannya susah nak fahami.

Betul ke Islam dibuli?

Selepas menonton video ucapan Zamri, ada unsur perdebatan antara perbezaan agama dan ini tidaklah mengejutkan memandangkan beliau sendiri merupakan anak didik penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik. Perdebatan sebegini selalunya melibatkan pihak lawan membalas balik hujah, selain mempertikaikan semula agama lawannya. Dalam persekitaran ilmu yang sihat ini mungkin boleh dibenarkan tapi realitinya mampukah Muslim di Malaysia menerima hujah-hujah bila Islam dipersoalkan?

Image result for eat popcorn gif
bila nampak komen hina Islam via Giphy

Dalam penahanan Zamri Vinoth juga, sebanyak 867 laporan polis telah dibuat oleh orang awam, mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan menunjukkan semuanya dilakukan mengikut landasan undang-undang, bukannya membuli seperti yang disebut oleh Dato Dr MAZA.

Allah melarang penghinaan agama lain

Dalam Islam, ada larangan yang jelas menghalang kita dari menghina sembahan penganut agama lain, misalnya dari surah al-An’am ayat 108, yang bermaksud;

‘Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.’

Menghormati pandangan orang bukan Islam juga tidak boleh dilihat sebagai bersetuju dengan agama mereka. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju apatah lagi tentang persoalan iman dan kepercayaan. Dalam surah An Nahl, ayat 125 juga disebut;

‘Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.’

Contohi Rasulullah SAW dalam berdakwah

Akhir sekali sebagai umat Islam yang meneruskan kerja dakwah Rasulullah SAW, kita bukan saja perlu mengikut sunnah Baginda secara fizikal malah perlu juga mencontohi akhlak mulia yang ditunjukkan seperti berakhlak tinggi, dan berbudi bahasa apatah lagi di Malaysia yang mempunyai ramai sahabat-sahabat bukan Islam di sekeliling kita.

Islam sendiri cukup indah, tak perlu memburukkan agama orang lain untuk memperindahkannya sebaliknya perelokkanlah akhlak kita dulu kerana ini bukti Islam itu agama yang berjaya mendidik umatnya menjadi manusia yang baik dan dihormati.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top