займ срочно

Azalina beri peringatan kepada Takiyuddin supaya jangan suka alihkan tiang gol

f1
Azalina beri peringatan kepada Takiyuddin supaya jangan suka alihkan tiang gol

Sejak permulaan darurat lagi kami kerap memberi penekanan terhadap kepentingan Parlimen untuk bersidang. Ia bukan sahaja tempat untuk wakil-wakil rakyat berbahas, ia boleh menjadi semak imbang terhadap apa jua yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk menangani Covid-19. Seperti yang kita dapat lihat, darurat yang dikatakan bertujuan untuk membantu mengurangkan kes Covid-19 telah gagal. Jumlah kes Covid-19 ketika darurat meningkat melambung.

728 X 90

Sebab itulah pentingnya dasar-dasar kerajaan didebat dan dibincangkan, supaya ia benar-benar mampu membendung Covid-19. Persoalannya sekarang, kepada siapa kita mahu letakkan tanggungjawab kegagalan ini jika Parlimen tak bersidang? Akhirnya rakyat salahkan kerajaan, kerajaan salah rakyat; yang menjadi mangsa Covid-19 pulak semakin hari semakin meningkat.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat konsisten mengatakan perlunya Parlimen bersidang

Pada bulan, Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah kata dia tak akan beri sebarang ulasan tentang cadangan adakan sidang Dewan Rakyat secara maya selepas namanya dipetik Timbalan Speaker Azalina Othman Said yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan tu “tiada bantahan” untuk melaksanakannya.

f2
Tempat paling berhantu di Malaysia. Via PMO

Sejak bulan Mei lagi Azalina persoalkan kewajaran penangguhan sidang Parlimen di bawah darurat. Ahli Parlimen Pengerang tu dah utarakan beberapa syor untuk jalankan persidangan dewan rakyat secara maya dengan mengatakan pandemik masih akan berterusan dalam tempoh yang lama.

“Selagi pandemik belum berjaya dikawal dan imuniti kelompok sebanyak 50% sekurang-kurangnya dapat dicapai, tidak seharusnya pilihan raya umum diadakan akan tetapi sebuah kerajaan interim darurat dengan Kabinet Darurat boleh ditubuhkan dengan keanggotaan daripada semua wakil parti politik,” – Azalina, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Azalina turut berkata belum ada lagi respons daripada AGC dan Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan berkenaan perkara itu.

Bagi DG Dr. Noor Hisham pulak, dia mengingatkan sebarang cadangan untuk melaksanakan sidang secara maya perlu dikaji oleh badan-badan yang relevan. Minggu lepas dia mengatakan bahawa kini hanya Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai budi bicara sama ada keadaan darurat yang dijadualkan berakhir pada 1 Ogos depan perlu diteruskan atau tidak.

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara ketika ini masih ditangguh dibawah perintah darurat selepas ia diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong pada Januari lalu.

Menurut Menteri Undang-undang, Kabinet yang akan beri nasihat kepada Agong

Tekanan menamatkan darurat dan membuka Parlimen telah mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan. Dia mengatakan Kabinet bertanggungjawab untuk beri nasihat kepada Yang di Pertuan Agong sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak.

f2

Takiyuddin kata macam tu untuk respons sekali laporan yang memetik Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong yang ada budi bicara mengenai tempoh darurat. Takiyuddin mengatakan bahawa Agong bertindak atas nasihat kabinet mengikut Perlembagaan Persekutuan ketika keadaan darurat diisytiharkan pada bulan Januari – bagi menangani Covid-19.

Dia menegaskan, oleh yang demikian, persoalan mengenai sama ada darurat yang akan tamat pada tarikh tersebut (1 Ogos) diteruskan atau tidak atas budi bicara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Baginda sepertimana yang dibangkitkan tidak seharusnya timbul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“…adalah menjadi tanggungjawab jemaah menteri untuk terus menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat. Ia setelah mengambil kira semua keadaan semasa serta faktor-faktor berkaitan termasuk keselamatan orang ramai, aspek sosial dan ekonomi negara,” tambahnya.

Penangguhan pilihan raya adalah salah satu sebab yang dinyatakan untuk pengisytiharan darurat. Ini selepas pilihan raya negeri Sabah tahun lalu menyumbang kepada gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

Azalina memberi teguran kepada Takiyuddin kerana suka mengalihkan tiang gol

Kenyataan daripada Takiyuddin ini dikritik oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said. Azalina yang pernah menyandang jawatan dipegang Takiyuddin, berkata bahawa kerajaan tak seharusnya “mengalihkan tiang gol” ketika darurat hampir berakhir.

“Sekiranya demikian (kabinet akan menasihati Agong), apa gunanya membentuk Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat 2021?Berhenti mengalihkan tiang gol!” – Azalina, melalui hantaran Twitternya

Di bawah Seksyen 2 (1) undang-undang tu, jawatankuasa bebas yang terdiri daripada 19 orang mempunyai satu tugas – untuk memberi nasihat kepada Agong mengenai tarikh darurat harus ditamatkan. Cuma, jawatankuasa tu dilihat mengunci mulut, dengan pengerusinya Arifin Zakaria mengatakan bahawa laporan mereka hanya untuk YDPA.

Peguam Haniff Khatri mengatakan oleh kerana peranan jawatankuasa tu termaktub dalam Ordinan Darurat – kerajaan telah mengalihkan tanggungjawab untuk bagi nasihat kepada Agong tentang tempoh darurat dari kabinet kepada jawatankuasa berkenaan.

Sepatutnya, sebagai menteri parlimen dan perundangan Takiyuddin wajib tentukan kerajaan tak mencampuri urusan tempoh darurat yang terletak pada jawatankuasa khas bebas itu, dan menjamin kerahsiaan dan keperibadian laporan jawatankuasa khas bebas itu dipelihara untuk tatapan dan nasihat Agong je.

Pembukaan Parlimen boleh menjadi kunci kepada keberjayaan kita dalam melawan Covid-19

Kami faham perbincangan tentang darurat dan Perlembagaan ini mungkin akan memeningkan kepala, kerana banyak hal yang teknikal. Oleh sebab itu, kami lebih selesa untuk beri penekanan kepentingan pembukaan semula Parlimen; bukan berbahas perihal undang-undang. Kami yakin pertemuan terbaru pemimpin politik dengan Istana Negara ada membincangkan kewajaran darurat diteruskan.

Sebenarnya, sejak darurat dilaksanakan banyak hal ‘politik’ sedang berlaku; terutamanya kerajaan yang bertindak tanpa sebarang semak dan imbang dari pembangkang. Keadaan ini juga sedikit sebanyak telah merosakkan demokrasi yang ada di negara kita. Untuk menghadapi Covid-19, kerajaan dan pembangkang harus berbincang di Parlimen.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top