Pemimpin politik jumpa Agong timbulkan tanya tanya, ini beberapa cadangan mereka

f1
Pemimpin politik jumpa Agong timbulkan tanya tanya, ini beberapa cadangan mereka

Situasi politik di negara kita tak pernah ‘sejuk’ sejak pertukaran kerajaan pada tahun lepas. Hampir setiap bulan ada je kita dengar cerrita-cerita ahli politik yang ingin berubah pendirian, atau dikatakan telah dipujuk menggunakan jawatan untuk mengekalkan sokongan kepada kerajaan. Keadaan ini kami percayai menjadi penyebab kepada masalah dasar-dasar yang kurang baik telah dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang tempoh menguruskan pandemik Covid-19.

728 X 90

Jika dahulu kita amat inginkan kerajaan yang betul-betul baik dalam menguruskan negara, hari ini kita cuma mahukan ada kerajaan yang stabil dan mampu mentadbir negara tanpa banyak drama politik. Ketika kes Covid-19 berada pada tahap tertinggi di Malaysia, nampaknya rakyat sekali lagi akan disajikan dengan drama politik yang tak habis-habis.

Konflik baharu politik Malaysia bermula? YDPA undang pemimpin-pemimpin politik ke Istana Negara

Pada minggu ini, tujuh pemimpin parti politik telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah (YDPA) Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara. Ketika majlis menghadap itu, setiap parti hanya akan diwakili pemimpin tertinggi masing-masing, sama ada presiden atau pengerusi. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah pemimpin pertama yang menghadap YDPA.

Sebenarnya benda ni merupakan satu kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap YDPA pada setiap Rabu untuk menghadiri mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara. Cuma kita tak pasti dengan agenda majlis menghadap ni, ia dipercayai ada kaitan dengan keadaan semasa negara, terutama isu penularan Covid-19 yang membimbangkan.

Bagi mereka yang dah lupa, pada 11 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong melakukan Pengisytiharan Proklamasi Darurat di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik Covid-19. Seri Paduka turut memperkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat itu hingga 1 Ogos depan atau suatu tarikh lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

f2
Istana sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Via Sinar Harian

Pejabat Perdana Menteri pada 9 Februari lalu, mengumumkan pelantikan 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Jawatankuasa yang ditubuhkan bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya. Cuma, sehingga hari ini kita tak berapa nampak fungsi jawatankuasa yang telah dilantik ni.

Selepas perjumpaan ini, Majlis Raja-Raja Melayu akan adakan mesyuarat tergempar pada 16 Jun untuk bincangkan keadaan Covid-19 di Malaysia. Pertemuan ni akan diadakan di Istana Negara. Katanya pertemuan tu diatur hanya beberapa hari lalu berikutan krisis memerangi Covid-19, program vaksinasi yang lembab ditambah desakan mahukan darurat ditamatkan dan Parlimen bersidang semula.

Tun Mahathir cadang agar Mageran ditubuhkan, PH kata lebih baik buka Parlimen

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahkan dia kemukakan rayuan penamatan Proklamasi Darurat kepada YDPA. Katanya, usul tu antara perkara yang dibawakan ketika lebih satu jam sembah menghadap YDPA.

f2
Anwar. Via MalayMail

“Saya tengok semua langkah yang boleh dilakukan tidak memerlukan darurat. Jadi kita merayu kepada Tuanku supaya sedaya upaya menghalang penerusan (darurat) ini,” – Anwar, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Anwar turut menambah, Parlimen seperti yang kita tahu beberapa bulan lalu, Tuanku telah pun mengeluarkan pandangan kenyataan untuk meminta supaya Parlimen diadakan dengan syarat kerajaan bersetuju. Itu pun tak dilakukan. Anwar jelaskan perkara ini kerana ada persepsi yang berbeza seolah-olah Parlimen tak boleh dilakukan.

Bagi Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad pulak dikatakan telah membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menangani krisis-krisis yang sedang melanda negara. Dia turut menyenaraikan empat krisis yang dihadapi negara iaitu kesihatan, ekonomi, kewangan dan politik yang diyakini mampu diatasi dengan penubuhan Mageran.

Bagaimanapun menurut Dr Mahathir, Al-Sultan Abdullah tak menolak cadangan yang dikemukakannya sebaliknya menitahkan bahawa adalah lebih baik cadangan penubuhan Mageran tu datangnya daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kita berpendapat bahawa Mageran mungkin akan berjaya (selesaikan krisis) kerana dalam badan itu termasuk bukan hanya orang politik tetapi juga pakar-pakar pelbagai bidang. Tapi menurut Yang di-Pertuan Agong kalau nak buat Mageran ini, kerajaan yang ada sekarang (PN) kena cadang kepada Agong.

Cadangan mewujudkan Mageran ini ditolak oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). Dalam satu kenyataan hari ini, PH kata cadangan itu bertentangan dengan prinsip mereka selaku parti yang menjunjung demokrasi berparlimen. Tegas mereka lagi, apa yang diperlukan negara ini ialah pembukaan kembali sidang Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan politik dan Covid-19.

Pakatan Harapan menolak cadangan MAGERAN ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang. Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu COVID-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen,” menurut kenyataan itu.

Apa jua keputusan yang bakal diambil, kita harus pastikan proses semak imbang kembali ke Malaysia

Pada pandangan kami, apa jua mekanisme yang ingin dilakukan oleh kerajaan pada hari ini, ia harus melibatkan pembukaan Parlimen. Darurat perlu ditamatkan, dan biarkan demokrasi kembali berfungsi. Demokrasi memang tak sempurna, tapi ia mampu melahirkan dasar-dasar yang lebih baik daripada apa yang kita ada pada hari ini. Sekurang-kurang dasar dan perbelanjaan yang ingin dikeluarkan melalui beberapa peringkat perbahasan dan boleh didengar oleh rakyat. Ramai rakyat yangg tengah hidup dalam kesengsaraan akibat pandemik Covid-19.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top