Kisah sedih seorang ayah tak mampu bayar RM20 untuk gambar anak…

B2
Kisah sedih seorang ayah tak mampu bayar RM20 untuk gambar anak…

Alam persekolahan adalah detik-detik yang amat bermakna bagi kebanyakan kita. Cuma, kita jarang fikir; disebalik rasa seronok yang kita miliki ketika berada di bangku sekolah, ada ibu bapa yang bekerja keras untuk pastikan kita mampu hadir ke sekolah. Bagi mereka yang datang dari keluarga yang susah – menyara anak untuk memastikan mereka terus bersekolah bukanlah semudah yang difikirkan.

Cerita kali ni benar-benar buat kami rasa sebak dan bersyukur dengan apa yang kami ada. Kadang-kadang nafsu kita nak ada macam-macam harta ni tak pernah habis, tapi mendengar cerita orang yang lebih susah; sering beri kita peringatan untuk ada rasa syukur…

Bapa tanya berapa pakej gambar termurah, dan terus nak pulang…

Zaman sekarang ni, majlis graduasi bukan hanya diadakan untuk pelajar institusi pengajian tinggi tapi dah jadi trend yang melibatkan kanak-kanak di tadika atau prasekolah. Perkongsian seorang individu yang berjumpa dengan seorang bapa yang mengalami masalah kewangan untuk tunaikan permintaan anaknya ambil gambar ketika graduasi mengundang kesedihan warganet.

B1
Via Majalah Pama

Menurut laporan Sinar Harian, kisah tu dikongsikan oleh Irwan yang menggunakan akaun @akuskizo kat Twitter. Irwan ceritakan seorang bapa terpaksa mengajak anaknya untuk pulang ke rumah selepas tak mampu membayar kos bergambar yang berharga RM20.

Brother ni cerita – lepas konvo, ibu bapa yang nak abadikan gambar anak, pergi ke belakang backdrop khas dan ketika tengok jurukamera sediakan Ali untuk bergambar, ada seorang abang ini bertanya tentang pakej bergambar yang ada pada peniaga.

Irwan ni pergi ikut diorang berdua sampai ke luar dewan dan anaknya bertanya nak pergi mana, abang tu jawab nak balik. Anaknya muka sayu kerana ingin ambil gambar macam kawan-kawan lain.

Irwan kata, lelaki itu memberitahu dia tidak membawa duit dan terus menuju ke arah motosikal mereka.

“Aku capai dan pegang lengan anaknya. Jom ambil gambar. Pak cik belanja. Abang tu pandang dan baru perasaan aku ada di belakang. Dia pandang aku dan aku senyum. Aku berkata sekali sekala abang, anak abang kawan anak saya. – Irwandi, seperti dilaporkan Sinar Harian

Sanggup pinjam motosikal majikan untuk hadiri majlis graduasi anak…

Lepas ambil gambar, abang tu cuba nak beritahu sesuatu tapi si Irwandi ni senyum dan cakap, tak mengapa dia pun pernah jadi orang susah. Abang itu terus peluk Irwan dan menangis. Lebih memilukan lelaki tersebut yang bekerja sebagai buruh kimpalan sanggup meminjam motosikal majikannya untuk menghadiri majlis graduasi anaknya dan selepas itu dia akan ke Kuala Pilah kerana mempunyai urusan di sana.

Murung kami tulis artikel ni. Via Giphy

“Muda lagi abang itu dan aku pesan teruskan berusaha untuk keluarga, jangan lemah semangat hanya disebabkan keadaan keluarga pada hari ini. Ini sekadar fasa dan jika berusaha dengan kuat, pedih hari ni akan jadi kenangan paling manis suatu hari nanti,” tulis Irwandi Twitternya, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

B4
Via Sinar Harian

Perkongsian tu tular di media sosial yang meraih 22,000 ulang kicau, 17,100 tanda suka dan rata-rata warganet tersentuh dengan perkongsian tersebut. Antara reaksi netizen;

“Sayu saya rasa, Alhamdulillah kewangan aku masih mampu bagi segala keluarga nak. Kadang nilai RM20 kecil bagi kita namun mereka yang lain mungkin sangat besar dan bermakna. Insya-ALLAH kalau yang berkemampuan, teruskan bersedekah, rezeki pasti melimpah,” tulis @hidayatzev, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Kadang-kadang kita suka menilai orang, sebab kita tak berada di tempatnya…

Bukan sekali, tapi berkali-kali kami dengar orang yang miskin sering dikaitkan dengan kemalasan. Kami akan naik darah apabila dengar benda ni. Kebanyakan orang yang cakap macam ini adalah orang yang sejak kecil hidup dalam keadaan senang dan tak pernah rasa hidup susah. Bagi orang yang pernah hidup susah macam brother baik hati ni, dia akan faham dan tak akan tergamak kata orang miskin tu malas.

Sudah tentu ayah kepada adik ni sedang berusaha keras untuk pastikan anaknya tamat bersekolah, dan anaknya baru je lepas tahap pertama. Lepas ni, dia akan hantar anaknya ke sekolah rendah pulak. Bersama anaknya dia tanamkan harapan supaya dapat membela nasib keluarga diorang kelak. Kami kat ORANGKATA ucapkan tahniah kepada abang yang belanja, dan semoga berjaya kepada seorang ayah yang sedang berhempas pulas membesarkan anak!

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top