Kisah anak KELANTAN, dari jaga kambing ke ijazah kelas pertama di UK

Asasa
Kisah anak KELANTAN, dari jaga kambing ke ijazah kelas pertama di UK

Sebenarnya dalam keadaan sosial media yang semakin toksik dengan cerita-cerita berunsurkan kebencian dan perkauman, ada je cerita rakyat yang sebenarnya mengharukan. Cerita-cerita macam inilah kami kat ORANGKATA cuba buru dan kongsikan pada korang. Kami nak berikan korang cerita-cerita yang mampu memberikan inspirasi dan buatkan jiwa korang lebih bersemangat.

CERITA BUDAK JAGA KAMBING TERBANG KE ENGLAND"Kau asal mana?"'Subang bang'"Tak payah bohong, cakap je aku dah tau…

Posted by Khairul Aiman Hamdan on Isnin, 15 Julai 2019

Kalau korang penat dengan drama-drama politik dan perkauman yang berlaku kat internet, kami pun sama. Mari kita ubati kepenatan tu dengan membaca cerita seorang anak Kelantan yang belajar sampai United Kingdom ni…

Ayahnya ada kebun kelapa sawit dan kambing sebagai ternakan…

Cerita ni tentang Afiq yang pada asalnya cakap dia asal dari Subang apabila ditanya oleh rakan, tapi alih-alih dia ‘kantoi’ dan member dia tahu, Afiq tengah gurau. Sebabnya jarang kita dengar orang asal Subang, tapi bahasa Inggerisnya berloghat Kelantan. Macam mana entah dia cakap bahasa Inggeris dalam loghat Kelantan pun kami tak tahu.

1.1
Via FB Khairul Aiman Hamdan

Member dia tu suka untuk tahu kisah anak-anak Malaysia yang belajar di luar negara. Sebab semua orang ada kisah sendiri. Cerita ni mungkin cerita biasa bagi korang, tapi bagi member Afiq, kisah ni istimewa.

Afiq, budak Kuala Krai dari Kampung Batu Mengkebang ada cerita yang menarik. Selalunya apabila kita cerita kisah anak kampung berjaya ke menara gading atau berjaya dalam hidup benda tu jadi klise. Mungkin selama ini kita sendiri pun tak pernah jumpa.

1.2
Via FB Khairul Aiman Hamdan

Bila member dia ni teliti, pemegang biasiswa JPA ni ada cerita unik sendiri yang mahu dia tuliskan. Anak pasangan Ismail bin Abas dan Norma binti Abdullah ini merupakan seorang insan biasa, lahir di kampung biasa. Dengan ayahnya ada kebun kelapa sawit dan kambing sebagai ternakan. Si ibu, suri rumah sepenuh masa dan kadangkala buat kerja sampingan jualan kain di kampung.

Semasa PMR, dia cuma dapat 4A 4B 1C, dan benda ni buatkan dia sedih…

Ini antara dialog penulis cerita asal dan Afiq;

“Berapa adik beradik kau?”

‘Dua bang, tapi abang saya kelainan upaya. Kaki dia tak kuat macam kita. Jadi saya seorang yang tolong baba jaga kebun dan kambing”.

‘Saya dari kecik sekolah asrama bang. Sekolah pondok. Dari darjah empat, jauh sekolah saya, baba hantar untuk saya belajar elok. Boleh ubah nasib keluarga”.

Respect. Via Giphy

Semasa Afiq tingkatan satu, dia masuk sekolah agama swasta. Ayahnya nak bagi terbaik, dia bayar mahal. Yuran sebulan RM300, ayahnya kerja keras nak bagi segala yang termampu. Cuma masa Afiq PMR, dia kena keluar sekolah tu, sebab keputusan tu keputusannya tak dapat ikut capaian minimum.

Dia cuma dapat 4A 4B 1C, benda ni buatkan dia sedih sebab tak dapat nak banggakan baba dengan umi dia.  Member dia pun tanya, macam mana pulak boleh sampai UK?

Afiq jawab; dia Pulun, pindah sekolah lain, dapat masuk kelas akaun. Dari situ dia sedar, dia minat nombor. Dia tengok matematik dia suka. Apabila peperiksaan percubaan dia dapat 9A, semua orang pandang. Dia usaha sehabis baik lagi, dan dapat SPM 10A1B.

Via Giphy

Zaman remaja Afiq memang banyak dibesarkan dengan kerja kebun dan jaga kambing. Asal ada masa cuti sekolah, jarang sekali dia jadi macam orang lain, bercuti atau ke kelas tambahan. Dia tahu tanggungjawab dia adalah dengan keluarga, susah senang dengan keluarga.

Kalau biasanya, dia akan makan singgang sebagai makanan kegemaran dan lauk ayam. Bukan kerana tak mampu, tapi dah jadi kebiasaan untuk berjimat, makan biasa atau bukan bermewah. Selalunya cuma nasi lauk sayur dengan ikan kering pun dah cukup lega bagi mereka sekeluarga.

Singgang Ayam. Via MyResipi

Selepas keputusan SPM yang cemerlang, dia ditawarkan pengajian A level kelolaan Intec di Shah Alam, selesai A level terus ke University of Essex dalam pengajian Akaun dan Kewangan.

Ketika belajar di Essex, Afiq bekerja Part time sebagai tukang cuci di Universiti…

Apabila member Afiq ni tanya tentang apa perasaan Afiq apabila dia dapat tahu yang dia akan lanjutkan pelajaran kat luar negara, dia jawab macam ni;

‘Ba paling bangga bang, dia tumbang lembu seekor dan kambing seekor. Setakat ni tak ada lagi anak kampung saya terbang gi UK. Senyum sungguh dia. Alang alang dah nazar, saya botakkan kepala’

Ketika belajar di Essex, Afiq bekerja Part time sebagai tukang cuci di Universiti. Afiq nekad, alang-alang dia tak balik dua tahun, dia nak umi dengan baba datang masa dia grad. Apabila Afiq terima ijazah, dia nak umi dengan baba dia ada ketika itu.

Via Essex

Dia pulun kerja untuk dapatkan duit, umi dengan baba dia tak pernah naik kapal terbang. Dia nak bayar tiket mereka naik flight datang sini, sebagai hadiah buat mereka yang besarkan dirinya sampai dia berjaya tamatkan pelajaran.

Perjalanan terpanjang buat ibu bapa Afiq, tapi ia perjalanan yang membanggakan…

Menjelang hari graduasi, ia adalah hari paling gembira buat kedua umi baba Afiq. Dari Kuala Krai ke Kuala Lumpur dengan bas, singgah kat rumah saudara sebelum terbang buat pertama kali di dalam 54 tahun hidup diorang. Dari KLIA pulak transit ke Abu Dhabi, lalu Ke Heathrow, hinggalah ke Colchester. Perjalanan paling panjang dalam hidup diorang.

Asasa
Via FB Khairul Aiman Hamdan

Hari ini akhirnya semua jasa umi babanya terbalas apabila dapat tengok anak harapan di atas pentas dengan Ijazah Kelas Pertama. Afiq jugak akan mula bekerja di salah satu syarikat perakaunan terbesar di negara (Big Four). Perasaan bangga bukan kepalang. Gugur air mata kedua ibu bapa Afiq.

Dari tarik kelapa sawit, jaga kambing, hingga bawak lori, hari ini, anak itu pegang Ijazah paling berharga. Graduan kelas pertama, kursus Perakaunan dan Kewangan, University of Essex. Balasan buat ayah ibu.

 

Cerita ini ditulis oleh Khairul Aiman Hamdan. Sebahagian besar struktur ayat dalam cerita ini telah disunting oleh pasukan editorial ORANGKATA.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top