Melancong ke luar negara, tapi tidur di tepi jalan Itali, ini adab-adab musafir

Vienna3

Apabila kita bersembang tentang percutian atau permusafiran, dah tentu benda pertama yang keluar di kepala kita adalah; berapa banyak wang akan digunakan, dan bagaimana perancangan perjalanan. Lebih-lebih lagi kalau kita nak pergi negara orang, pastinya perancangan rapi akan dilakukan. Kalau anda bertindak sebagai ketua rombongan atau ketua keluarga; lagilah pening, macam-macam benda korang kena aturkan. Dalam masa yang sama, poket pun akan semakin menipis.

Tapi ada seorang mamat ni, macam takde rancangan langsung sampai sanggup duduk tepi jalan…

Bagi Zakuan Faiz, dia ada kongsi pengalamannya tidur di tepi jalan bersama dengan isteri dan bayinya masa bercuti kat Itali.

“Bila saya cakap kami satu family ada tidur tepi jalan kat Eropah, memang kami tidur tepi jalan betul-betul. Tidur kat lantai airport tu biasalah, tak payah cerita pun takpa. Tapi ni betul-betul tepi jalan. Masa kat Itali, kami tidur kat kerusi taman Citta Alta di Milan Bergamo, Itali,” – Zakuan Faiz, seperti yang dilaporkan MStar

Via MStar

Dia kata tempat tu sunyi, tak ada orang. Polis pun tak ada. Dekat tepi kerusi diorang ada paip air yang kerajaan buat untuk minum. So kalau nak minum, minum situ je. Makan biskut-biskut je. Walaweh, kau bagi bini kau minum air paip, kami tak boleh brain betul sikap lelaki ni. Dia tak nak bermalam di hotel sebab nak berjimat.

“Saja je tak nak ambil accomodation sebab nak berjimat. Hotel biasa-biasa pun harga sampai 50 Euro (RM232) satu malam. Baik tidur tepi jalan je free. Banyak lagi boleh buat dengan 50 Euro tu. Ambil hotel sekali je sepanjang empat hari kat Milan tu. Tu pun sebab nak mandi, basuh baju dan restock makanan masa breakfast. Ala, ambil gula dengan Nutella je. Beli roti, ngap,” – Zakuan Faiz, seperti yang dilaporkan MStar

Via MStar

Menurut Zakuan Faiz, dia bersyukur kerana bayi dan isterinya tak banyak kerenah sepanjang percutian itu.

Zakuan turut dedahkan isterinya tak pernah merungut tapi ada sesekali menangis dek kerana tak tahan sakit pinggang menanggung beg dan bayi mereka ketika terkandas 10 jam di lapangan terbang. Kalau korang ikuti lagi cerita mamat ni, memang macam-macam bendalah dia buat dengan anak dan bini dia ketika melancong.

Via MStar

Sesuatu yang kami pun tak boleh brain, kalau kami jadi bini dia, dah lama dah blaaa. Gila apa; dia ni nak melancong atau berlatih jadi pelarian? Kalau tak cukup duit, relaks je lah kat Malaysia. Banyak je tempat menarik yang kita boleh lawat dengan perbelanjaan yang minimal. Melancong sepatutnya jadi detik-detik yang menggembirakan, bukan waktu-waktu sengsara.

Adab-adab bermusafir, antaranya kena pilih ketua kalau nak pergi bermusafir…

Selalunya ketika bercerita tentang permusafiran ni, orang kita lebih cenderung untuk cakap pasal solat jamak dan qasar. Sebab benda ni akan memudahkan urusan kita ketika bermusafir. Yalah, apabila dah berada di tempat orang tu, selalunya kita akan terkejar-kejar, dan masa terasa sempit.

Mufti Wp
Via FB Mufti Wilayah

Jadi kemudahan untuk kita solat jamak dan qasar ni akan memudahkan urusan dan akan pastikan kita tak akan terkejar-kejar dan ada masa yang banyak untuk beraktiviti. Kalau ikut pandangan Mufti Wilayah persekutuan, ada tiga syarat khusus untuk seseorang tu melakukan solat musafir;

Ada tiga syarat sah solat musafir iaitu:

  1. Perjalanan yang jaraknya 81 kilometer dan lebih. Oleh itu, tidak diambil kira perjalanan kurang daripada jarak berkenaan.
  2. Seseorang hendaklah tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar.
  3. Apabila berniat menetap selama empat hari, jadilah tempat yang dituju itu seolah-olah negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap.

Selain tu, perjalanan musafir tu jugak kena tentu tempat tujuannya. Oleh sebab tu, orang yang merayau-rayau tanpa tujuan ke tempat tertentu dan orang yang ikut ketuanya tanpa tahu ke mana hendak dibawanya, perjalanan diorang tak mengharuskan qasar kecuali setelah dah jangkau jarak perjalanan yang jauh.

Salah satu benda yang penting lagi, adalah tujuan untuk bermusafir tu bukanlah bertujuan untuk melakukan dosa seperti bermaksiat, merompak, bunuh dan seumpamanya.

Via Perubatan Ahlan

Salah satu elemen penting jugak dalam bermusafir ni adalah memilih ketua. Walaupun korang bermusafir hanya berdua, korang kena pilih salah seorang untuk ketuai perjalanan. Sebabnya kalau kat tengah-tengah jalan nanti ada isu; ketua boleh selesaikan. So, dalam kes cerita bermalam kat tepi jalan yang kami ceritakan tadi, suami adalah ketua perjalanan.

Kalau jadi ketua permusafiran, pastikanlah anda rancang perjalanan dengan baik…

Sebagai ketua perjalanan, dia sepatutnya merancang dengan lebih baik. Dia tak patut biarkan anak isteri duduk di tepi jalan. Kami malaslah nak jaga tepi atau dalam kain orang lain, tapi ia soal keselamatan jugak. Kalau suami dia bagi anak bini dia bermalam kat tempat-tempat pelik, tak mustahil satu hari nanti diorang akan bermalam kat tempat yang tak selamat.

Melainkan anda memang homeless, tak baik tidur tepi jalan. Via Giphy

Ingat eh, kalau nak pergi melancong atau bermusafir tu, rancanglah perjalanan tu elok-elok. Jangan nanti dah terkena baru nak menyesal. Agama suruh kot, jangan sampai orang lihat agama ni hanya ‘untuk bersakit-sakit’, padahal agama tidak mengajarkan macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *