Kes Rosmah minta ‘duit poket’ RM187.5 juta, ini perkembangan terbaru kes itu

F1
Kes Rosmah minta ‘duit poket’ RM187.5 juta, ini perkembangan terbaru kes itu

Pada Julai tahun ini, saksi ke-16 pendakwaan, Rayyan Radzwill beritahu Mahkamah Tinggi, Datin Seri Rosmah mintak 15 peratus bayaran daripada jumlah keseluruhan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion. Rayyan yang merupakan rakan perniagaan kepada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin kata, dalam pernyataan saksinya di mahkamahnya, jumlah 15 peratus tu berjumlah RM187.5 juta.

728 X 90

Dia kata, pada pertemuan di antara dirinya, Saidi dan Rosmah di rumah Rosmah di Jalan Langgak Duta pada Januari atau Februari 2016, Rosmah kata kepada mereka; keadaan politik sekarang memang perlukan banyak wang dan “kita tengoklah nanti.”

Rosmah inginkan RM187.5 juta untuk projek di Sarawak, pembantunya dapat RM5 juta setahun

Rayyan beritahu mahkamah yang pertemuan tu untuk bincangkan sokongan Rosmah dalam projek solar hibrid dan sumbangan yang perlu diberikan Jepak kepadanya (Rosmah) di atas bantuan yang diberikan. Dia kata; Saidi terlebih dahulu menawarkan sumbangan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek seperti diingatkan Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebelumnya. Dia diingatkan supaya memulakan tawaran bermula dari kadar 10 peratus.

Pada sebelah petang pada hari sama, Datuk Rizal dikatakan berjumpa Rayyan dan Saidi di Lygon Bistro, Sunway Putra Mall, dalam pertemuan itu Rizal beritahu semuanya ‘okay’ cuma peratus sumbangan perlu dinaikkan kepada 15 peratus sebab Rosmah nak 15 peratus. Saidi kata, jumlah tu tinggi dan ia perlu dikurangkan sedikit kerana dia perlu jaga ramai orang lagi dan Rizal beritahu, dia akan semak dan maklum kembali. Rizal juga mintak bahagian dia sebanyak RM5 juta setahun selama lima tahun daripada Saidi. Saidi kata ‘okay’ tanda setuju.

“Pada keesokan hari, Rizal menghubungi saya melalui telefon dan menyatakan nilai 15 peratus iaitu RM187.5 juta itu adalah muktamad dan tidak boleh diubah… Rizal beritahu saya untuk maklumkan kepada Saidi,” – Rayyan, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Rosmah Mansor
Rosmah. Via Berita Harian

Rayyan kata macam tu ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Rosmah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak.

Kes ini telah ditutup oleh pihak pendakwaan, 10 Februari tahun depan nasib Rosmah akan ditentukan

Selepas 23 saksi dipanggil beri keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes Datin Seri Rosmah Mansor yang hadapi tuduhan rasuah berhubung projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak. Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram beritahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan macam tu selepas saksi terakhir, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, dipanggil semula untuk pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan, selesai memberikan keterangan.

Hakim Mohamed Zaini perintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan failkan hujahan bertulis sebelum 28 Disember ini dan 4 Januari depan serta kemukakan jawapan balas pada 29 Januari. Mahkamah turut tetapkan 10 Februari tahun depan untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum memutuskan sama ada Rosmah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut atau diperintahkan untuk membela diri.

Terdahulu Sri Ram maklumkan pihak pendakwaan dah menawarkan 10 saksi kepada pihak pembelaan termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sementara tu, Hakim Mohamed Zaini dah tolak permohonan pendakwaan untuk masukkan rakaman audio mengenai percakapan yang didakwa melibatkan Rosmah dan Najib dan transkripnya, sebagai bukti pendakwaan di mahkamah.

Pngtree Cute Girl In Orange Hijab Confused Illustration In Hand Drawn Style Png Image 2332180
Surat yang dikatakan berkaitan dengan projek ni. Via Sarawak Report

Rosmah hadapi satu tuduhan meminta wang berjumlah RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin. Dia sepatutnya dibicarakan bersama bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor.

Cuma, pada 8 Januari lalu mahkamah bebaskan Rizal daripada tuduhan tu setelah pihak pendakwaan menarik balik keempat-empat tuduhan terhadapnya dan Rizal kemudian menjadi saksi utama pendakwaan. Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Pngtree Cute Girl In Orange Hijab Confused Illustration In Hand Drawn Style Png Image 2332180
Rizal Mansor. Via Astro Awani

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan untuk dirinya sebanyak RM187.5 juta, yang dibuat melalui Rizal, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi. Wang tu sebagai upah bantu Jepak Holdings dapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di ‪No 11, Jalan‬ ‪Langgak‬ ‪Duta,‬ ‪Taman‬ ‪Duta‬, pada 7 September 2017.

Mandi duit. Via Giphy

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings dapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta. Semua kes tu dah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun ini.

 

Artikel ini diambil dan disunting dari laporan Sinar Harian.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top