Lelaki mulia ini beri haiwan liar makanan setiap hari

Lelaki mulia ini beri haiwan liar makanan setiap hari

Adalah satu benda yang tak logik kalau kita kata ada orang yang sanggup korbankan kebanyakan gaji dia untuk beri makanan pada haiwan yang dia tak pelihara pun. Lelaki ni walaupun nampak biasa-biasa saja dengan pakaiannya yang cukup sederhana, itulah yang dia dah lakukan. Beri makanan kepada anjing dan anjing liar tanpa mengharapkan sebearang balasan.

Dia gunakan lebih separuh gajinya untuk beli makanan

Dia sering dikerumuni sekumpulan kucing dan anjing liar yang menunggunya untuk mendapatkan makanan. Dia cuma kerja jaga parkir kereta di pekan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Separuh atau lebih gajinya dihabiskan untuk membeli makanan kepada kucing dan anjing liar di daerah ini.

“Mulianya hati hang walaupun imej nampak biasa-biasa tapi hati siapa yang tahu. Siapa yang tinggal di kawasan Bukit Mertajam pasti akan terserempak dengan budak ni di lorong-lorong kedai atau bawah jambatan,” – Azman Ali melalui perkongsiannya di Facebook

Via MStar

Azman kata, pemuda berusia awal 20-an itu seorang yang pemalu tetapi berkongsi minatnya terhadap kucing, malah membela kira-kira 30 ekor kucing di rumah. Walaupun membela banyak kucing, ia bukan penghalang bagi pemuda itu untuk berkongsi kasihnya kepada haiwan-haiwan di jalanan.

Azman kata perkongsian tersebut dibuat susulan perbualannya bersama pemuda Melayu bernama Anfalazie dua hari lalu, ketika itu pemuda berkenaan sedang memberikan makanan kepada kucing dan anjing jalanan. Namun dia yang bertugas di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memberitahu dia sebenarnya pertama kali terlihat pemuda berkenaan semasa bertugas di sekitar Bukit Mertajam, pada 2017.

“Dia dulu berambut panjang, pakai baju lusuh dengan seluar pun koyak. Sekali pandang, dia memang nampak selekeh. Tapi apa yang dia buat ternyata berbeza. Setiap kali terjumpa, dia biasanya sedang memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan, termasuk anjing-anjing liar. Sekarang dia tidak lagi berambut panjang tapi gayanya masih sama begitu sederhana,” katanya kepada mStar.

Walaupun nampak selekeh, hatinya amat mulia

Pemuda yang dulunya berambut panjang sanggup berhenti di tepi jalan untuk memberi makanan kepada kucing.

Via MStar

Azman berkata, dia difahamkan pemuda tersebut memperoleh gaji hanya RM35 sehari selain turut mengambil upah sebagai pekerja pembersihan. Dengan gaji yang sikit tu, dia mampu untuk membeli makanan buat kucing dan anjing. Dia beli ikan dan ayam mentah di pasar berdekatan dan difahamkan dia berhutang dulu dan bayar sikit-sikit.

“Bayangkan setiap hari dia pergi antara tujuh dan 10 lokasi macam buat pusingan sejauh lima kilometer hanya untuk beri makan kepada kucing dan anjing,” katanya.

Keperibadian pemuda itu begitu dikagumi sehingga Azman amat bersimpati dengan lelaki bujang itu yang menunggang motosikal yang agak uzur. Kesian tengok motornya, tapi dia kata selagi boleh jalan dah kira ok. Katanya, dia sanggup lebihkan kucing termasuk anjing dari dia dan motornya sendiri.

Mulianya hati lelaki ni, moga melimpah rezekinya

Masa kami tulis artikel ni, rasa macam nak mengalir air mata. Bukan mudah nak jumpa orang yang macam lelaki ni. Kita harap rezeki dia melimpah ruah, kalau kebetulan ada orang-orang yang berada terbaca artikel ni – mohon bantulah dia mana yang boleh. Walaupun dia tidak memiliki kekayaan material, tapi dia sudah memiliki kekayaan yang akan dicemburui oleh orang yang lemas dengan dunia, iaitu kekayaan hati.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top