Vivy Yusof dilantik ahli Lembaga Pengarah UiTM, ada yang tak puas hati

Terpilih menjadi Ahli Lembaga Pengarah sesebuah universiti, terutamanya universiti yang terkemuka merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Lebih-lebih lagi kalau seseorang tu dilantik pada usia yang muda. Sebabnya, kalau kita sebut je Lembaga Pengarah Universiti (LPU), mesti kita akan terbayang muka orang tua nerd dengan rambut atau janggut putih. Takkanlah orang muda-muda boleh pegang jawatan macam tu kan?

Usahawan e-dagang dilantik menjadi ahli LPU UiTM

Usahawan e-dagang dan pemilik Fashion Valet Datin Vivy Yusof, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM). Lantikan tu dikongsikan melalui Facebook rasmi UiTM dan turut dimaklumkan melalui Instagram milik Vivy.

Via FB UiTM

Ucapan tahniah itu diterima daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta pengurusan UiTM. Kebanyakan netizen turut mengucapkan tahniah dan terkejut dengan pelantikan tokoh usahawan itu dalam bidang pendidikan negara.

“Saya berharap Vivvy akan buat perubahan khusus dalam tudung rasmi UiTM yang sudah lama tidak diubah,” kata pemilik akaun Noor Shaminy Ilaiz seperti yang dilaporkan oleh Metro

Ada juga pengguna internet yang kata, pelantikan tu adalah sebagai batu loncatan bagi Vivy selain bergelar usahawan. Tapi, macam biasalah, tidak kurang juga netizen yang mempersoalkan lantikan berkenaan kerana beranggapan lebih ramai ahli akademik yang lebih layak memegang jawatan berkenaan.

Kecam jangan tak kecam! Via Tenor

Antara ayat yang dikeluarkan oleh netizen adalah; “tahniah tapi kenapa? Mungkin ada sebab dilantik namun sekurang-kurangnya bagi sebab kenapa. Sejujurnya rasanya ramai lagi ahli akademik yang layak diluar sana, sedihnya,” – Seperti yang dilaporkan oleh Metro

Berjaya menempah nama di peringkat antarabangsa dengan memasarkan produk tempatan

Vivy berjaya menempa nama di persada antarabangsa selepas bergelar pengasas FashionValet yang memasarkan lebih daripada 150 jenama tempatan di bawah satu bumbung. Selain tu, dia juga adalah pemilik dan pengasas kepada perniagaan dUCk yang merangkumi pelbagai barang wanita merangkumi tudung, alat solek dan alat tulis.

Vivy. Via TheVocket

Sementara itu, Vivy melalui catatan di Instagramnya turut berkongsi berita berkenaan. Vivy berkata, dia akan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Saya sangat menghormati Pengerusi dan Ahli Lembaga yang lain atas usaha (terhadap UiTM) yang mereka lakukan. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman yang sama namun saya harap saya dapat menyumbang idea segar dan membawa pembaharuan kepada UiTM dan bermanfaat dalam industri pendidikan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Metro

Dalam dunia keusahawanan, Vivy memenangi banyak anugerah antaranya Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award daripada Tribute To Women Malaysia dan banyak lagi.

Pada April 2017, Vivy disenaraikan sebagai salah satu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia. Semoga pelantikan Vivy sebagai ahli LPU UiTM akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di sana.

 

Laporan asal disediakan oleh Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *