YDPA dukacita dengan tindakan kerajaan, tapi kerajaan kata mereka betul

f1

Semalam kita digemparkan dengan kenyataan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum dapat perkenan Seri Paduka Baginda.

728 X 90

Istana Negara dalam kenyataannya mengatakan Seri Paduka Baginda telah menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 26 Julai lepas tak tepat dan telah mengelirukan Ahli Dewan Rakyat.

YDPA lahirkan rasa dukacita kerana kerajaan tak minta perkenan baginda untuk tamatkan darurat

Melalui kenyataan Istana Negara, YDPA tegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran Perlembagaan, semua pihak perlu patuhi kedaulatan undang-undang. Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

Disebabkan hal ini, YDPA zahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dah dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 yang mengatakan kerajaan dah batalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh YDPA sepanjang tempoh Darurat walaupun belum lagi diperkenan YDPA.

Seri Paduka Baginda turut zahirkan rasa dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Yang Berbahagia Tan Sri Idrus bin Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tak dilaksanakan.

4 copy
Via NST

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Kesal dengan tindakan kerajaan, UMNO minta PM dan Takiyuddin segera letak jawatan

Sebaik sahaja kenyataan ini dikeluarkan oleh Istana Negara, UMNO telah minta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan masing-masing untuk meletakkan jawatan secara terhormat.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, parti itu kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Muhyiddn yang ingkar akan titah YDPA yang mahu semua Ordinan Darurat dibahaskan di Parlimen seiring dengan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Lebih mendukacitakan apabila Seri Paduka Baginda sendiri mendedahkan bahawa pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Menteri Undang-Undang pada Isnin lalu di Parlimen amat mengelirukan kerana hakikatnya belum lagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Tindakan ini jelas merupakan satu bentuk pembohongan kepada Yang di-Pertuan Agong, bahkan membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan,” – Zahid, melalui kenyataan media UMNO

Zahid turut menggesa agar ahli-ahli Parlimen UMNO supaya menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Keputusan itu katanya perlu diambil bagi memenuhi sumpah jawatan selaku ahli Parlimen yang wajib menumpahkan taat setia kepada YDPA dan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa.

Dalam cerita yang berasingan, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dikatakan ada tawarkan diri untuk melepaskannya jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang). Menurut laporan Suara TV, ia akibat kenyataan YDPA yang berada dukacita dengan kerajaan. Berdasarkan sumber dalaman Pas, Takiyuddin dikatakan telah memaklumkan hasrat itu kepada presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Cumanya, dia diminta merujuk keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu.

Nampaknya kerajaan tetap bertegas bahawa mereka telah maklumkan YDPA tentang isu ini

Belum pernah terjadi dalam sejarah kita kerajaan dan Istana Negara saling berbalas kenyataan, tapi itulah yang berlaku semalam. Menurut kerajaaan, semua tindakan yang mereka ambil berhubung pembatalan Ordinan Darurat adalah teratur. Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataannya berkata, ia selaras dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Setelah YDPA bertitah Parlimen perlu dibuka, kerajaan melalui kenyataannya mengatakan mereka telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai 2021. Sebagai persediaan Mesyuarat Khas Parlimen ini, Jemaah Menteri pada 21 Julai 2021 telah adakan perbincangan yang teliti dan ambil beberapa ketetapan.

Antaranya Mesyuarat Khas Parlimen diadakan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Kemudian, Jemaah Menteri tak akan nasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mbuat Proklamasi Darurat baharu setelah darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos 2021. Kemudian terakhir sekali, darurat tak akan disambung. Oleh itu, jemaah Menteri putuskan untuk menasihati Yang diPertuan Agong bagi membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.

Istana dan kerajaan sedang bergaduh. Via Giphy

Susulan ketetapan-ketetapan ini, Pejabat Perdana Menteri pada 22 Julai 2021 telah menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Ordinan ini peruntukkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh YDPA dibatalkan berkuatkuasa pada 21 Julai 2021.

Dikatakan pada 23 Julai 2021, Perdana Menteri telah mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri supaya ordinan-ordinan darurat berkenaan dibatalkan dan memohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya. Pejabat PM mengambil maklum sebagaimana yang dizahirkan di dalam kenyataan media Istana Negara hari ini, Yang di-Pertuan Agong sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda Tuanku perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

Komunikasi di antara kerajaan dan Istana Negara diperlukan untuk mentadbir Malaysia

Apa yang kami boleh katakan adalah jika kerajaan benar-benar menghantar notis kepada YDPA, pada kebiasaanya notis itu datang dengan wakil untuk berbincang secara biasa. Barangkali kerajaan hanya menghantar notis tanpa melakukan perbincangan dengan YDPA sehinggakan baginda merasakan tidak memainkan peranan dalam pembatalan darurat ini. Oleh itu, adalah lebih baik kerajaan meneruskan tradisi berbincang dengan YDPA sebelum melakukan sesuatu, walaupun pada akhirnya keputusan terletak di tangan kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *