Korang mahu masa hadapan orang tersayang terjamin selepas kematian? Cuba kaedah ini

f1

Kita sedang berada dalam dunia yang penuh ketidakpastian, disebabkan hal ini – produk perlindungan kewangan seperti sudah menjadi satu kewajiban untuk seluruh rakyat Malaysia. Menyediakan payung sebelum hujan merupakan langkah yang bijak dalam menghadapi hari-hari mendatang. Sebab itulah kami kerap menyarankan korang untuk cuba membuat perbandingan ketika memilih produk perlindungan.

728 X 90

Ada beberapa aspek yang kita perlu lihat sebelum memilih untuk melanggan apa-apa produk perlindungan, antaranya adalah kekuatan sesebuah syarikat produk perlindungan, kualiti pelan, harga dan kemudahan untuk menuntut faedah ketika ditimpa musibah.

Allianz Malaysia perkenalkan sebuah pelan yang berjaya gabungkan beberapa elemen dalam satu pelan

Baru-baru ini, Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) melancarkan sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan premium (ILP) iaitu Allianz PrimeCover. Kalau korang nak tahu, ia adalah pelan perlindungan pertama di pasaran yang berjaya  gabungkan perlindungan untuk kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) dan pendapatan untuk penyakit kritikal di bawah satu pelan. Allianz PrimeCover ada tiga pilihan untuk jangka masa pembayaran premium iaitu bayaran-enam (tempoh pembayaran premium selama enam tahun), bayaran-10 dan bayaran-penuh dengan jangka masa perlindungan sehingga usia 60, 70, 80 atau 100.

3
CEO Allianz Life, Joseph Gross. Via MalaysiaKini

Jumlah minimum yang dijamin melalui pelan ini ialah RM500,000 untuk individu berumur 50 tahun ke bawah, dan RM350,000 untuk individu yang berumur 51 tahun ke atas. Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross kata produk ini mensasarkan pelanggan yang perlukan perlindungan insurans yang tinggi ketika tengah ada pendapatan dan lebih mudah untuk merancang warisan kewangan bagi generasi seterusnya.

“Allianz PrimeCover bertujuan untuk memberikan perlindungan bagi individu yang diinsuranskan dan keluarganya sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Sekiranya yang diinsuranskan meninggal dunia atau didiagnosis dengan TPD, keluarganya akan tetap mempunyai kewangan yang stabil untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun dengan hanya memiliki harga premium yang berpatutan, pelan tersebut menjamin perlindungan nyawa hingga tiga kali ganda jumlah yang diinsuranskan atau nilai akaun, bergantung kepada jumlah yang lebih tinggi. Pembeli, pada waktu pembelian, juga dapat mempunyai fleksibiliti untuk memilih jangka waktu pembayaran premium dan jangka waktu yang sesuai dengan keperluan dan situasi kewangan mereka,” – Joseph Gross, . Ketua Pegawai Eksekutif Allianz, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Allianz PrimeCover akan sediakan pendapatan untuk penyakit kritikal selama tiga tahun sekiranya individu yang diinsuranskan disahkan menderita penyakit kritikal. Bukan setakat tu je, diorang juga ada manfaat Prime Booster, yang mana ia akan membayar jumlah yang setara dengan 1.5% dari jumlah asas yang diinsuranskan ke atas polisi setiap lima tahun bermula dari tahun polisi ke-20 atau usia 60 tahun, bergantung kepada masa yang lebih lama. Hal ini dapat meningkatkan nilai akaun untuk mencapai lebih banyak simpanan bagi tujuan pewarisan.

Untuk memudahkan pemahaman korang, kami akan berikan beberapa situasi

Untuk memudahkan pemahaman korang tentang bagaimana pelan insurans ini berfungsi, mari kita ambik Ali yang berusia 35 tahun (Kelas Pekerjaan 1 dan Bukan Perokok) sebagai contoh. Dia merancang untuk melindungi isterinya Aminah, 32 tahun, dan anak mereka Abu, 5 tahun, sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada dirinya. Dia membeli Allianz PrimeCover (Full Pay) dengan jumlah diinsurankan sebanyak RM500,000 dengan premium tahunan RM3,600 sehingga umur 80 tahun. Ali juga buat keputusan untuk dilindungi oleh PayorCover sekiranya dia didiagnos dengan penyakit kritikal dan mengalami kehilangan pendapatan.

Situasi Satu: Perlu melakukan pembedahan atau meninggal dunia

Ketika berusia 40 tahun, tiba-tiba Ali perlu menjalani Pembedahan Pintasan Arteri Koronari. Dia menerima Manfaat Pendapatan Penyakit Kritikal (CI Relief Benefit). Amaun yang bersamaan dengan premium asas bulanan akan dibayar ke dalam nilai akaun Ali selama 36 bulan berturut-turut yang akan membantu perjalanannya ke arah pemulihan. Oleh sebab dia juga dilindungi oleh PayorCover, Allianz akan bayar premium asas bagi pihaknya selain Manfaat Pendapatan
Penyakit Kritikal (CI Relief Benefit) yang diterima oleh Ali.

kapal china ceroboh
Ali bukan nama sebenar gitu. Via Twitter

Pada tahun polisi ke-10, Ali meninggal dunia akibat serangan jantung mendadak. Keluarganya akan terima bayaran sekaligus, iaitu Nilai Akaun atau 100% daripada jumlah diinsuranskan (RM500,000), yang mana lebih tinggi daripada polisinya kerana kematiannya bukan akibat Kemalangan.

Situasi Kedua: Meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya

Pada umur 45 tahun, katakan Ali meninggal dunia dalam kemalangan kereta. Oleh sebab kematiannya akibat kemalangan, keluarganya menerima bayaran sekaligus, iaitu nilai akaun atau 200% daripada jumlah diinsuranskan (RM1,000,000), atau yang mana lebih tinggi daripada nilai polisinya.

Situasi Ketiga: Meninggal dunia akibat terperangkap dalam kebakaran

Pada umur 50 tahun, Ali terperangkap di dalam bangunan awam yang terbakar dan meninggal dunia.
Disebabkan kematiannya akibat kemalangan (berlaku semasa di dalam Pengangkutan Awam atau Lif atau Bangunan Awam yang terbakar), keluarganya menerima bayaran sekaligus, iaitu nilai akaun atau 300% daripada jumlah diinsuranskan (RM1,500,000), yang mana lebih tinggi daripada polisinya.

Via Giphy
Situasi Keempat: Meningkatkan nilai akaun untuk mengekalkan polisi sehingga 80 tahun

Pada tahun polisi ke-5, Ali merancang untuk meningkatkan nilai akaunnya untuk membantu mengekalkan polisinya sehingga umur 80 tahun. Dia pun buat keputusan untuk menyertakan WealthCover pada polisinya. Pada umur 60 tahun, dia menerima Prime Booster. Amaun yang bersamaan dengan 1.5% daripada jumlah asas diinsuranskan yang
berjumlah RM7,500 akan dibayar ke dalam nilai akaunnya pada akhir setiap lima (5) tahun polisi sehingga kematangan Polisi.

Nilai akaunnya bertambah menjadi satu jumlah simpanan yang besar dan dia tak perlu risau kerana dia mengetahui keluarganya akan mendapat perlindungan kewangan sekiranya dia sudah tiada.

Produk perlindungan penting untuk orang tersayang, adakah korang setuju?

Sudah tentu ada banyak lagi kebarangkalian yang akan berlaku apabila korang melanggan produk perlindungan kewangan. Korang mesti selalu bertanya kepada pembekal insurans tentang produk yang korang langgan, supaya tak akan ada benda-benda yang mengelirukan akan muncul selepas itu. Kami sarankan korang untuk ambil Allianz PrimeCover ni, sebab ia akan beri jaminan masa hadapan kepada orang-orang yang tersayang. Untuk tingkatkan lagi perlindungan korang, ambik sekali Prime Booster dan Allianz PrimeCover.

Adakah korang bersedia untuk melindungi orang tersayang dengan produk perlindungan kewangan? Kalau korang berminat dengan produk ini, korang boleh layari website Allianz Malaysia. Korang juga boleh baca iklan berkaitan produk Allianz PrimeCover tu di sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *