займ срочно

Menurut Hadi Awang integriti dan tadbir urus yang baik tak cukup, kena ikut agama

f1
Menurut Hadi Awang integriti dan tadbir urus yang baik tak cukup, kena ikut agama

Apabila membicarakan tentang ahli politik, sudah tentu kita akan berhadapan dengan pengikut-pengikut mereka. Antara hal yang paling sukar dikritik dalam dunia ini pula adalah orang-orang agama; mereka sentiasa memiliki pengikut yang akan cuba membela dengan hujah seseorang yang mempunyai ‘keimanan’ yang tinggi tak mungkin melakukan sesuatu yang buruk. Sekarang cuba bayangkan ada pemimpin politik yang merupakan agamawan; kerja-kerja mengkritik itu akan menjadi lebih sukar.

728 X 90

Untuk seseorang ahli politik maju dalam bidangnya, dia harus bersedia menerima pelbagai kritikan supaya peribadi dan akalnya berkembang. Sekiranya seseorang itu jarang menerima kritikan, dia mungkin akan terperangkap dalam dunia sendiri. Dalam bahasa kasarnya, syok sendiri.

Apabila kita ingin mengkritik, harus dipastikan ia mempunyai hujah yang bernas atau sekurang-kurangnya masuk akal

Cuma, dalam mengkritik itu, kita perlu pastikan kita memberikan hujah-hujah yang bernas, bukan main jerit jeee. Contohnya, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad semalam telah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggap sebagai ‘sudah tidak center’ (tidak berapa betul) dalam wawancara baru-baru ini.

4 copy
Hati-hati dalam mengkritik ye bang. Sinar Harian

Dia yang merupakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, ini kerana kenyataan tersebut bukan berniat untuk membuat serangan peribadi terhadap pemimpin PAS itu. Apa yang dia cuba maksudkan adalah dia terlepas cakap ketika dalam wawancara itu.

“Walau bagaimanapun saya mempertahankan kenyataan saya bahawa PAS bukan model politik Islam. Bagi saya beliau (Abdul Hadi) telah mengkhianati perjuangan PAS yang ingin menghayati perjuangan Islam sebenar apabila bekerjasama dengan Umno dan menyertai Kerajaan Perikatan Nasional (PN),” – Khalid, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Menurut Khalid, sikap bersama ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘tebuk bumbung’ Perikatan Nasional telah jauh tersasar daripada perjuangan yang dibawa kepimpinan PAS terdahulu. Katanya perjuangan yang mahu dibawa PAS adalah perjuangan Islam dan bebas daripada perkauman serta penyelewengan. Korang setuju tak mengatakan perjuangan PAS telah tercicir daripada perjuangan asal?

Menurut Hadi integriti dan tadbir urus yang baik sahaja tak boleh, kena ikut agama juga

Sebenarnya kami dah lama tak tulis pasal Haji Hadi. Baru-baru ini dia ada kata pemimpin politik akan rosak dan boleh berubah menjadi penipu sekiranya memisahkan politik daripada agama. Dia berpandangan pemimpin yang macam tu hanya menyebut mengenai keperluan integriti, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang tetapi tidak mengamalkan apa yang dikatakan.

4 copy
Haji Hadi. Via The Malaysia Life

Katanya, situasi itu menjadi penyakit kronik kepada sekularisme dan ideologi yang dibawa walaupun pemikir atau golongan dinamakan sebagai ahli falsafah dalam kalangan mereka melakukan perubahan atau reformasi.

“Rasulullah SAW telah memberi amaran bencana akan menimpa umat Islam apabila berlakunya beberapa perkara antaranya, apabila amanah yang besar (menjadi pemimpin) dianggap sebagai peluang keemasan untuk mendapat habuan. Maka, jawatan yang penting dalam politik berkonsepkan sekularisme akan diusahakan untuk mendapatkannya secara rakus, tanpa akhlak dan maruah diri,” – Hadi Awang, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Kucing sedang cermin diri sendiri. Via Giphy

Dia turut menambah amalan politik berkonsepkan liberal kapitalisme yang bertopengkan demokrasi suara rakyat juga akan berbuat demikian secara terbuka kerana menganggap kebanyakan rakyat mudah ditipu dan lupa. Islam mengharamkan pemerintah kuku besi yang memaksa rakyat. Konsep yang diharamkan ini sering kali wujud dalam pemerintahan sekularisme, termasuk dalam sistem demokrasi apabila sampai ke puncak kuasa kerana tidak beriman.

Bukankah menggunakan agama atau bangsa sebagai perisai cukup berbahaya di Malaysia?

Kami rasa apa yang lebih bahaya di Malaysia adalah kewujudan kumpulan yang sering menggunakan agama untuk menutupi prestasi buruk pemerintahan mereka. Ia bukan sekadar agama, sesekali ada juga yang menggunakan elemen lain seperti semangat bangsa atau hujah ‘berbilang bangsa’. Setiap kelompok akan ada golongan yang dungu. Tak kiralah mereka kelihatan di pihak konservatif atau liberal, masing-masing ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Cuma apa yang paling bahaya dalam isu ini adalah menggunakan agama untuk menyangkal segala kritikan berasas; kerana ia boleh melahirkan penyokong-penyokong yang taasub terhadap pemimpin mereka. Kita kena ingat, andainya ada agamawan yang memilih untuk menyertai politik, mereka sepatutnya dilayan sebagai ahli politik yang memerlukan kritikan setiap hari, bukan sebagai agamawan. Jadi, tak timbul lah isu yang mengatakan kita menghina ulama.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top